Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua rakan-rakan pembaca budiman blog ini. Hari ini, 22 Mei 2015 blog telah berjaya mencapai hits atau pageviews sebanyak 12 juta. Satu lagi pencapaian yang ingin saya kenang.

Jika dahulu, saya yang juga seperti anda tidak pernah impikan angka yang sebenar ini dapat dicapai. Tetapi, alhamdulillah, dengan ambil guna beberapa tips blogging daripada beberapa orang blogger yang telah berjaya, saya akhirnya membuktikan bahawa sebuah blog yang rata-rata pengisiannya mengenai tips blogging dapat juga jejak angka pageviews yang besar.

Serius. Bukan mudah blogger House Husband seperti saya untuk dapatkan trafik sebegini. Apatah lagi ia dilakukan dalam tahun yang penuh dengan saingan daripada banyak blog-blog hebat.

Blog Capai 12 Juta Pageviews (Hits) 

12 Juta Pageviews Hari Ini
Saya pernah diberitahu bahawa blog seperti saya agak sukar nak dapat capaian hits yang besar, apatah lagi kalau tidak diselitkan dengan beberapa cerita sensasi dan kontroversi.

Ya, memang mudah nak dapat hits tinggi jika sesebuah blog itu sering menulis mengenai cerita-cerita berkenaan, apatah lagi apabila ia mengaitkan nama selebriti dan tokoh popular. Saya akui ada juga selitkan beberapa entri yang mengundang trafik tak dijangka, tapi saya cuba untuk tidak praktikkan sesuatu yang boleh dianggap sebagai entri murahan oleh sesetengah pembaca blog.

Alhamdulillah, entri popular blog ini sering sahaja bersilih ganti dengan paparan-paparan yang saya fikir tidaklah terlalu kontroversi sangat - lebih kepada pengetahuan dan ilmu serta informasi yang dapat dimanfaatkan semua.

Hits Disokong Entri Popular

Anda boleh perhatikan tajuk-tajuk entri popular seminggu blog ini.
Entri popular hasrulhassan.com
Sebenarnya, untuk mendapatkan hits yang tinggi bagi sebuah blog, apa yang perlu dilakukan ialah peka dengan apa yang orang mahu baca. Jika kita tahu apa yang pencari maklumat mahukan, in Sha Allah .. blog yang tak ramai follower pun boleh dapatkan hits tinggi.

Apa yang anda lihat dalam popular posts yang saya tampilkan di atas, semua entri-entri tersebut perlu ditulis atas kapasiti kerajinan tertentu. Kena rajin cari maklumat, cari sumber dan kemudian tulis mengikut lenggok bahasa dan pemahaman sendiri.

Anda juga boleh lakukan perkara yang sama untuk blog anda. Kadangkala cerita biasa tapi bila diolah dengan baik, ia boleh menjadi antara post paling popular sepanjang zaman... hoho .. tanpa perlu gunakan pendekatan penuh kontroversi atau petik nama-nama yang mengundang pembacaan .. hoho.

Sekali lagi terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada blog ini. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T, semoga ada rezeki yang lebih baik dariNYA nanti.


15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wahhh .. dasyat betoii laa.. ada guna kuasa power renjers neh..hehe, hits tu depa kira mcm mana ha?? saya x brapa nak paham sikit la dgn hits2 neh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hits tu pageviews - berapa kali orang buka blog ... :) dan baca entri.

      Padam
  2. Tshniah bro HH dah dpt 2 juta pageview... ambi tak check berapa Pageviewnya.

    BalasPadam
  3. Tahniah. Bro !! semoga terus berjaya dan menjadi contoh buat semua

    BalasPadam
  4. tahniah abg Hasrul. klu blog fyna nih jauh lagi nih. ^__^

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Ramai lagi yang lebih hebat daripada saya.

      Padam
  6. tahniah tuan.. boleh jadi role model utk para blogger

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum...bro HH,

    tahniah dapat 12Juta PV...

    mselim3

    BalasPadam
  8. wah!!!tahniah bro HH! terbaiklah!!!

    BalasPadam
  9. tahniah.moga saya pun boleh ikut jejak langkah bro hasrul
    http://admya.blogspot.my/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement