Kisah sama juga berlaku pada rakan blogger saya, +sabree hussin apabila bercerita mengenai teknik dan taktik Lazada ini sehingga menjeratnya untuk membeli sebuah ... err sebijik punching ball! Anda boleh tengok macamana dan bagaimana rakan blogger yang juga seorang internet marketer ini akhirnya membeli punching ball dari Lazada di sini - Strategi Pengiklanan Syarikat Lazada
Taktik Licik Lazada Menjerat Pelanggan
Apakah taktik licik diguna pakai oleh Lazada yang mampu menjerat pelanggan seperti rakan blogger saya tadi?
Inilah teknik dan taktik dinamakan retargeting atau juga disebut juga sebagai remarketing.
Apa yang berlaku ialah ...
Apabila kita singgah pertama kali di laman web jualan online Lazada Malaysia, laman web tersebut akan menyimpan data-data mengenai kelakuan atau behaviour pengunjung laman webnya. Ia akan mencatatkan apa yang kita cari, mana produk yang kita lihat, mana produk yang kita berikan perhatian dan jenis produk itu.
Lalu, apabila kita meninggalkan laman web tersebut, dan singgah di tempat lain contohnya Facebook; maklumat ini yang telah dikumpul dan dikutip akan dijadikan sebagai sumber untuk sesuatu iklan oleh Lazada menjerat bakal pelanggannya tadi. Iklan tersebut akan muncul di sebelah tepi bahagian Facebook, dan menariknya ialah ia keluarkan iklan yang menunjukkan produk yang telah kita berikan perhatian semasa berada di laman web Lazada.
Ok.
Saya tunjukkan dalam bentuk visual di bawah.
Saya telah masuk ke laman web Lazada untuk mencari rak kasut dan juga almari baju, dan lihat bagaimana iklan Lazada itu mengikut saya ke mana-mana sahaja semasa saya menggunakan internet.
Teknik dan taktik inilah yang telah membuatkan saya dan isteri telah membeli banyak barang secara online dari Lazada Malaysia. Jika anda pembaca setia blog ini, sudah tentu dah baca mengenai pengalaman saya beli belah di Lazada secara online.
Banyak juga barang telah saya beli - ada kipas, ada microwave, ada penyapu elektrik untuk emak saya, ada jam tangan dan macam-macam lagilah.
Teknik remarketing atau retargeting ini telah membuatkan Lazada berjaya membuat jualan jutaan ringgit setiap kali ada promosi. Serius, saya sendiri dapat tempias bila dapat beberapa komisen menerusi affiliate Lazada.
Iklan Lazada Target Individu Yang Sama
Apa yang dilakukan oleh Lazada ialah target produk kepada individu sama setiap kali online atau menggunakan pelayar internet. Maka, bakal pelanggan yang mulanya sekadar mahu mencari informasi mengenai produk itu, akan akhirnya terjerat untuk membeli, samada disebabkan ada tawaran menarik diberikan, atau kerana memang hati sudah mula dipengaruhi oleh iklan yang sama mengikuti setiap jejak langkah.Cara ini buat mereka yang pakar dalam bidang IT mungkin boleh buat, tetapi sekarang sudah ada cara lebih mudah. Anda boleh lakukan teknik dan taktik yang sama dilakukan oleh Lazada untuk menjerat pelanggan menjadi pembeli dengan Instant Retargeter.
Guna Software Untuk Remarketing dan Retargeting Pelanggan Anda
Software Instant Retargeter ini dijual menerusi Ashadee.com untuk sesiapa yang berminat. Terutama sekali usahawan yang mahu tingkatkan sales produk mereka menerusi Facebook. Jadi, ia merupakan satu software yang sangat sangat baik yang boleh digunakan oleh usahawan online.Untuk lebih info, anda boleh lihat apa itu Instant Retargeter di sini - Instant Retargeter - Gandakan Jualan Bisnes Online Anda
:)
ReplyDeleteteknik nak menghabiskan duit kite kan..tapi seumur hidup..kite tak pernah beli brg dengan lazada..
ReplyDeletetak berminat sgt...
haha..betul, aritu tgok handbag..tiap kali bukak fb, asyik keluar je gambar handbag tu..geram tgok
ReplyDeleteHaha. Geram2 boleh terbeli tu ... :P
Deleteha ah memang betol.... kadang kita baru nak usha je... tapi bila dia iklan gak di FB, asyik pandang je barang yang kita usha tu. tu yang boleh termakan perangkap tu!
ReplyDeleteoo patutlah, saya mmg suka gadget dan selalu beli kat lazada, tp bila pegi blog lain mmg dia paparkan gadjet, pelik gak saya.. kekadang terkata gak dalam ati... pandai plak lazada ni tau apa yg aku berkenan nak beli
ReplyDeleteHaha. Itulah pasal .. nampak tak bagaimana teknik dan taktik licik Lazada ini? Psiko ooo ..
Deletememang merimaskan bila iklan Lazada asyik muncul jer memang ler bosan. macam kena follow jer..kita masuk sometimes nak survey apa latest trend in market.
ReplyDeleteooo gitu rupanya, patutlah asyik-asyik dok iklan mainan kanak-kanak aje ehehe
ReplyDeleteHaha kantoi cari mainan kat Lazada
DeleteHa.. sy pon pembeli tegar dari lazada. Heheh tp bukan la sebab terpengaruh dgn iklan2 yg ada di blog or fb. Sy yg gatal g cri sendiri kt lazada. sbb rasanya macam murah beli dari sana.
ReplyDeleteTp baru2 ni saya perasan mcm yg en.hasrul bgtaw tu. Sy dah agak jugak. Mesti dorg ada sistem yg store apa yg sy cari di lazada. Sbb pegi mana2 pon iklan produk yg sama je muncul.. hehee
Ha, yang tu memang tak boleh nak elak la .. haha
Deletehaha tuan..lazada adalah pengiklan dlm google adsense..tuan tidak boleh band lazada sbb iklan lazada ada dalam blog tuan..nanti kena band oleh google adsense nanti.. haha
ReplyDeleteAdsense benarkan affiliate. :)
Deletehmmmmmm
ReplyDeletelazada memusingkan
ReplyDeletekenapa selalu muncul yah lazada
ReplyDeletekadang muncul di blog kita otomatis
ReplyDeletePatutlah kerap muncul powerbank je..adehaiii..
ReplyDeleteHaha. Dah terbeli ke Kathy?
DeleteHebat strategi Lazada. Bukannya menipu pun, kan?
ReplyDeleteTak, Lazada tidak menipu, ia gunakan strategi tadi - remarketing atau retargeting .. sehingga iklannya muncul dalam sosial media pelanggannya... :)
Deletelazada ni banyak kes aku dgr. mcm mcm alasan dieorg kasi. pastu costumer servise dia semua biadap biadap
ReplyDeleteSetakat ini, Lazada pada saya brikan servis yang bagus. Barang ok, sampai pun ok walaupun COD. Belum lagi kecewa dengan pembelian di Lazada ... :) alhamdulillah.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.