Syok-syok ada ribuan pengikut di Instagram, tetapi bila hari ini login ke akaun Instagram, yang tinggal cuma ratusan sahaja. Itupun belum tentu yang ratusan itu akan kekal menjadi follower di Instagram. Dek kerana itu, mula rasa terjejas terutama dari segi populariti. Mana pengikut sedia ada yang benar-benar follow, nampak pengurangan ketara - lalu hilang kepercayaan terutama pada Instagram yang berbentuk Instashop.
"Ceh.. ingatkan betullah Instashop ni ramai peminat, tapi rupanya semua pengikut hantu sahaja..." kata yang nampak perubahan ini...hoho...

Kenapa Follower Instagram Berkurangan?
Jadi, apakah sebab follower Instagram ini berkurangan?Sebenarnya, apa yang berlaku ialah pihak pengendali Instagram telah melakukan pembersihan akaun-akaun di laman sosial itu. Mana-mana akaun Instagram yang palsu akan dipadamkan oleh mereka. Akaun palsu ini bermaksud pemilik akaun tersebut sebenarnya tidak wujud, malah tiada alamat email yang sah disertakan. Pengikut atau pemilik akaun ini dianggap sebagai pengikut hantu ...


Tiada Email Sah - Akaun Dipadam
Mana-mana akaun yang tidak disahkan email pemilik maka ia akan dianggap sebagai satu akaun Instagram palsu, dan seterusnya dipadam dalam sistem pengkalan data Instagram.Kerana itulah, ada pemilik Instagram yang melihatkan jumlah follower akaun Instagram milik mereka telah berkurangan - kerana kebanyakannya adalah merupakan akaun palsu atau akaun hantu yang tidak ditentusah pemilik menerusi email.
Hoho.
[+] Jika nak dapatkan follower Instagram genuine, cuba praktik tips berikut - Tips Tambah Follower Instagram Secara Percuma
Effect mungkin dirasa pada mereka yang ada pengikut yang ramai, dan yang pernah melanggan servis menambahkan pengikut di Instagram. Apabila perkara seperti ini berlaku, mula terasa diri sebenarnya telah tertipu dengan angka yang sebenarnya adalah nombor-nombor yang tiada maknanya.
Jadi, kepada pemilik akaun Instagram yang ciput pengikut, tak perlulah rasa rendah diri ye, sebab belum tentu jumlah pengikut yang ramai itu benar-benar wujud. Tak perlu sedih sangat .... hoho.
Kepada yang buat duit dengan Instagram, kena pastikan akaun anda itu sentiasa aktif dan punyai follower yang juga aktif, akaun anda mungkin nanti akan juga dianggap sebagai akaun tidak sah ... dan mungkin akaun Instashop anda miliki itu dikenakan bayaran oleh pengendali tidak lama lagi... hoho ...
Siapa ada akaun Instagram yang real bukan fake, dijemput dan dipersilakan untuk jadi pengikut di Instagram milik saya .. hoho ..
URL Instagram - http://instagram.com/hasrulhassan (setakat post ini ditulis baru ada 1072 pengikut)
Semoga pencerahan ini bermanfaat untuk pemilik Instagram yang terpinga-pinga kenapa pengikut mereka dah berkurangan secara mendadak.
dah follow dah rasanya.... sudi2kn lah datang like hehehe
BalasPadamOohhh.. macam tu rupanya.. faham2.. mekasih sifu HH berkongsi. Meh la singgah blog dan ig @fatihahfazlin333 sy ye.. hihi
BalasPadamOk noted with thanks.. ;)
BalasPadammacam fb jugak ni , like fanpage kurang . nasib la x berapa aktif sgt kat insta . xde la ralat sgt . huhuu
BalasPadamrasanya dah follow HH... HH ada follow saya balik tak? hehe
BalasPadamkalah dengan media lain
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.