Cara letak butang share di bahagian bawah tengah blog. Agak lama juga saya tidak kongsikan widget-widget menarik yang boleh anda letakkan di dalam blogspot anda. Perletakkan widget-widget seperti ini bukan sekadar menghias blog tetapi juga untuk membolehkan entri anda mendapat trafik yang dikehendaki menerusi laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus, Pinterest dan sebagainya.

Saya akan kongsikan satu widget menarik yang boleh anda letakkan di dalam blogspot anda, iaitu widget perkongsian atau sharing widget dalam bentuk butang (button). Butang share ini akan kelihatan di bahagian bawah, di kedudukan tengah-tengah blogspot anda. Satu widget yang simple dan paling penting sekali ia merupakan widget perkongsian yang bersifat responsif.

Widget responsif bermaksud kedudukan, reka bentuk widget butang share ini akan sama dalam apa juga jenis peranti yang digunakan untuk membuka blogspot anda.

Cara Letak Butang Share Di Kedudukan Bawah Tengah Blog

Cara Letak Butang Share Bawah Tengah Blog

Ok.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Salin (Ctrl-A, ctrl-C) kod HTML/CSS di bawah ini.


Sekarang, buka dashboard blogspot anda, pilih template, pilih edit HTML. Letakkan kod tersebut dalam bahagian BODY blogspot anda (tekan Ctrl-F dan tulis BODY). Masukkan samada di awal atau akhir bahagian BODY.

Kalau ikut saya, saya akan letakkan kod tersebut di bawah div class post-header atau di bahagian div class post-footer.

Kaedah Alternatif

Jika rasa susah nak buat cara meletakkan di dalam HTML, anda boleh sahaja Add a Widget. Iaitu pergi ke bahagian dashboard blogspot anda, pilih Layout, kemudian Add a Widget, pilih HTML/Javascript dan masukkan kod HTML/CSS yang telah anda salin tadi.

Simpan. Dan kemudian lihat hasilnya seperti paparan di bawah ini.
Cara Letak Butang Share Bawah Tengah Blog
Paparan di bawah memperlihatkan bahawa widget share atau perkongsian ini adalah responsif di dalam peranti-peranti mudah alih terkini.
Cara Letak Butang Share Bawah Tengah Blog

Cara Letak Butang Share Bawah Tengah Blog
Amacam? Nampak menarik tak? Lagipun butang ini jenis floating-share. Walaupun anda tidak nampak jumlah bilangan entri ini dikongsikan namun butang share yang diletakkan di bawah tengah blogspot anda sangat mesra mobile, lalu memberikan impak yang akan memudahkan entri blog anda dikongsi terus di laman sosial di peranti-peranti seperti iPhone, Samsung S6, telefon pintar lain dan juga tablet dan iPad.

Ok ye. Selamat mencuba.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Cubalah, ia sebenarnya menarik, tetapi bergantung juga dengan template blog yang kita gunakan.

      Padam
  2. terima kasih untuk tips ini. saya dah cuba menarik sangat :D

    BalasPadam
  3. tq for sharing. Boleh try ni.. :)

    BalasPadam
  4. Thanks HH. Dah letak kat blog ☺

    BalasPadam
  5. terbaikla. berjaya! :D terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca blog ini dan mencuba tutorial widget yang saya kongsikan. :)

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement