Rumah Teh Jepun di Bukit Tinggi. Selama ini saya kepingin nak sampai dan tiba di Bukit Tinggi, Pahang. Ramai yang kata tempat di Bukit Tinggi ada tarikannya tersendiri. Jadi, baru-baru ini semasa saya dalam perjalanan bercuti ke Kuala Terengganu, saya sempatlah singgah di Bukit Tinggi, dan mahu tahu apakah yang best sangat mengenai tempat ini.

Alhamdulillah, saya dan seisi keluarga tiba juga di Bukit Tinggi. Apa yang ada di Bukit Tinggi ini? Salah satu destinasi yang saya dan keluarga sempat singgah ialah Rumah Teh Jepun. Rumah Teh Jepun ini dikatakan yang pertama di dunia dalam hutan tropika! Wahh ... sungguh tidak saya sangka sama sekali bahawa rumah Teh Jepun di Bukit Tinggi begitu istimewa di dalam lipatan sejarah tanahair.

Rumah Teh Jepun di Japanese Village Bukit Tinggi

Rumah Teh Jepun Bukit Tinggi
Agak dingin juga suasana di Bukit Tinggi, tetapi tidak terbanding kesejukkannya dengan suasana dingin di Bukit Fraser, Pahang.

Harga Tiket Masuk Perkampungan Jepun

Saya mulanya ingatkan bahawa nak ke rumah Teh Jepun ini adalah percuma, rupa-rupanya berbayar. Harga tiket untuk ke rumah Teh Jepun yang terletak di dalam Perkampungan Jepun Bukit Tinggi adalah:
  • Dewasa - RM12 seorang
  • Kanak-Kanak - RM8 seorang
Harga tiket ke Perkampungan Jepun, Bukit Tinggi, Pahang
Japanese Village
Wife saya kata tak ada apa-apa yang menarik di Perkampungan Jepun (Japanese Village), malah anak-anak saya juga kata perkara yang sama. Apa yang ada hanyalah sebuah rumah Teh Jepun yang dibina sangat cantik di dalam kawasan hutan hujan tropika.

Persekitaran yang dingin dan kecantikan pada Taman Jepun di Perkampungan Jepun ini mungkin antara yang menarik pada pandangan sesetengah pelawat, tetapi bagi kami sekeluarga, ia hanya biasa-biasa sahaja, dan tidak berbaloi dengan harga tiket yang perlu dibayar.
Rumah Teh Jepun Bukit Tinggi
Nak lagi rasa kurang berbaloi adalah apabila terpaksa lelahkan diri mendaki ke kawasan ini dari tempat parkir. Memang agak memenatkan walaupun dalam suasana yang agak dingin dan sejuk.

Apapun, mungkin buat sesetengah orang ia satu yang amat unik dan tidak terdapat di mana-mana, jadi bayaran RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dianggap biasa sahaja.
Rumah Teh Jepun Bukit Tinggi
Perkampungan Jepun Bukit Tinggi, Pahang
Rumah Teh Jepun Bukit Tinggi
Pernah pergi ke Rumah Teh Jepun, Perkampungan Jepun di Bukit Tinggi? Alhamdulillah, hajat saya untuk ke Bukit Tinggi sudah tercapai, dan mungkin ini adalah kehadiran kami pertama dan terakhir seandainya tiada tarikan yang lebih menarik di Perkampungan Jepun akan datang... hoho... yang boleh dianggap berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement