Saya nak kongsikan dua petua atau amalan yang sangat penting sebelum pergi bercuti. Saya dan isteri telah melakukan dua petua ini sejak beberapa tahun ini, dan alhamdulillah, amalan ini memang satu yang mujarab untuk memastikan percutian yang bakal anda rancangkan berjalan dengan selamat.

Saya pasti ada di kalangan anda yang amalkan dua petua ini. Ianya adalah petua bagi memastikan setiap percutian anda samada luar atau dalam negara berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah. Masalah yang saya maksudkan ialah seperti kemalangan, kerosakan kereta, keputusan wang, anak hilang dan sebagainya.

Pasti sekali perkara-perkara buruk ini tidak mahu berlaku, ye tak? Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, menerusi dua petua ini, anda akan dihindarkan daripada perkara-perkara tidak diingini.
2 Amalan Penting Sebelum Pergi Bercuti Dengan Selamat

2 Amalan Penting Sebelum Pergi Bercuti Dengan Selamat

Apakah dua petua atau amalan tersebut?

Bersedekah

Bersedekahlah setiap hari walaupun ianya hanya RM1. Apabila anda telah punyai rancangan untuk pergi bercuti, niatkan tujuan bercuti itu dengan niat yang baik. Kemudian, bermula daripada perancangan anda untuk bercuti sehingga tarikh anda pergi bercuti, maka amalkan sedekah setiap hari jika mampu dan berkesempatan.

Anda boleh sedekah menerusi banyak sumber, samada bersedekah di masjid, di jalanan, bersedekah secara online dan macam-macam lagi. Tidak semestinya bersedekah dengan wang ringgit, anda boleh lakukannya dengan pelbagai cara. Senyuman juga merupakan satu sedekah yang baik.
2 Amalan Penting Sebelum Pergi Bercuti Dengan Selamat

Melunaskan Hutang

Jika ada bil-bil tertunggak, jelaskan segera sebelum anda pergi bercuti. Amalan ini penting supaya nanti anda tidak berasa risau gusar ketika bercuti. Ia juga merupakan amalan yang bagus agar kehidupan tidak dibebani hutang. Elakkan riba di dalam urusan menjelaskan hutang ini. Jika ada hutang yang tidak boleh dielakkan, pastikan anda membayar walau sedikit. Niatkan diri bahawa anda mahu menjelaskan hutang dengan sebaiknya.

Inilah dua amalan yang saya dan isteri sering buat sebelum pergi bercuti. Malah, petua ini dikongsikan juga oleh beberapa rakan kami yang kerap pergi bercuti dan melancong. In Sha Allah, perjalanan percutian anda akan selamat dan dilindungi oleh Allah S.W.T.
2 Amalan Penting Sebelum Pergi Bercuti Dengan Selamat
Jika anda tidak buat perancangan bercuti, atau dengan kata lain plan percutian mengejut, sebelum anda berangkat, cuba ambil kesempatan bersedekah. Sedekah itu penting. Cara paling mudah, singgah di mana-mana masjid, masukkan wang sedekah ke dalam tabung masjid. In Sha Allah, percutian anda yang mengejut ini akan selamat perjalanannya.

Jangan lupa amalkan doa naik kenderaan, dan doa meninggalkan rumah.

Semoga bermanfaat.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement