Misteri kehilangan MH370. Apakah sebenarnya berlaku kepada pesawat yang membawa 227 penumpang bersama 12 anak kapal ini? Buat masa ini, tiada satu pun bukti yang boleh menerangkan dengan jelas apa yang telah berlaku kepada pesawat MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.

Pesawat MH370 Boeing 777 telah hilang dari radar pengawasan udara semasa melintasi sempadan kawalan udara Malaysia - Vietnam. Sehingga entri ini ditulis, masih belum ada tanda-tanda ia akan dijumpai dalam sedikit masa. Bersandarkan kepada beberapa data yang dikumpul dan dibuat analisis, pakar-pakar pencarian percaya ia telah hilang di bahagian selatan Lautan Hindi yang amat luas.

Misteri Kehilangan MH370 - Teori dan Hakikat

Misteri Kehilangan MH370 - Teori dan Hakikat

Pencarian kehilangan pesawat itu masih diteruskan dengan pelbagai aset canggih disediakan pelbagai negara terutama dari Australia, Malaysia dan juga China. Walaupun begitu, pencarian dianggap sukar kerana lokasi kehilangan pesawat adalah merupakan satu tempat yang terpencil dan sangat sedikit yang mengetahui mengenainya.

Saya sebagai seorang yang ada rasa ingin tahu yang sangat kuat memang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya telah terjadi kepada pesawat MH370, apatah lagi bila mengenangkan nasib 227 penumpang beserta 12 anak kapal. Pelbagai teori telah didatangkan bersama dengan kehilangan pesawat penerbangan dari Kuala Lumpur ke China ini. Setiap hari saya mencari dan menantikan informasi terkini MH370 secara online.

Teori Kehilangan MH370

Misteri Kehilangan MH370 - Teori dan Hakikat

Berikut adalah beberapa teori yang telah saya kumpulkan secara am (tanpa detail) berkaitan kehilangan pesawat MH370.
  1. Pesawat telah diterbangkan oleh juruterbang ke kawasan lain atas arahan dari pihak tertentu yang bukan merupakan penumpang pesawat.
  2. Pesawat telah 'dirampas' menerusi alat kawalan jauh dan dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui.
  3. Pesawat telah dirampas oleh penumpang yang ada latar belakang mencurigakan dan disyaki sebagai pengganas; dan diarahkan untuk pergi ke satu tempat rahsia yang tidak diketahui umum.

Ok. Kenapa saya memilih tiga teori ini untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370?

Pertamanya, sehingga ke saat entri ini ditulis, tiada lagi bukti yang menunjukkan ia terhempas - samada kewujudan bangkai atau serpihan pesawat. Malah tiada bukti yang menunjukkan mayat penumpang dan anak kapal ditemui di dalam pencarian kehilangan MH370 di bahagian selatan Lautan Hindi ini.

Keduanya, tiada satu bukti atau sebab yang boleh diterima oleh rakyat biasa seperti saya yang menunjukkan pesawat itu menghala ke selatan Lautan Hindi untuk berada di dalam status hilang. Agak pelik kerana ia tersasar sangat jauh dan menuju ke satu tempat yang tiada berpenghuni.

Diego Garcia

Dan kerana itu, satu perkara yang harus dilihat berdasarkan teori yang saya katakan di atas ialah lokasi. Jika ia tidak terhempas, maka ia tentu berada di satu lokasi lain. Persoalannya ialah, di manakah lokasi tersebut? Adakah ianya benar didakwa ramai penganalisis bebas, bahawa MH370 berada di Diego Garcia?
Misteri Kehilangan MH370 - Teori dan Hakikat

Namun, teori tetap akan jadi teori selagi tiada bukti kukuh sepertimana sebab yang membuatkan banyak pakar aviasi mempercayai ia hilang di selatan Lautan Hindi.

Hakikat MH370

Walaupun banyak pihak terutama dari kalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mangsa yang mendesak untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik, secara hakikatnya setelah lebih 300 hari pencarian dilakukan, nyata tiada sebarang tanda yang pesawat ini akan ditemui.

Inilah ketentuan dan hakikat. Hakikat bahawa dalam lebih 300 hari pencarian MH370 tersebut, pihak terbabit terpaksa mengikuti peraturan ditetapkan di dalam Chicago Convention. Mahu atau tidak, satu kenyataan rasmi perlu dikeluarkan untuk tujuan-tujuan tertentu.


Qada' Qadar

Sebagai seorang Muslim yang percaya akan ketentuan Qada' dan Qadar; maka wajib menerima hakikat bahawa mangsa yang terlibat kemungkinan besar tidak akan ditemui. Misteri ini hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu akan kebenarannya. Dan kepada Allah S.W.T tempat kita berserah dan mempercayai bahawa apa yang berlaku ini merupakan satu petunjuk bahawa Allah S.W.T sedang menguji keimanan kita semua, sama yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung.
Misteri Kehilangan MH370 - Teori dan Hakikat

Kehilangan MH370 akan tetap dikenang dan seandainya Allah S.W.T mengkehendaki, in Sha Allah, satu hari nanti ia pasti akan diketahui jua walaupun dihalang oleh mereka yang merasakan diri mereka lebih berkuasa ke atas kita.

Al Fatihah.
Al Fatihah MH370





Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement