"Harga tiket masuk Taman Burung Kuala Lumpur mahal!" begitulah rasa kecewa anak-anak saya bila nak masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur. Saya dan isteri rasa tak sanggup nak keluar duit untuk melihat burung dengan harga sebegitu. Saya fikir tak berbaloi, sebab saya pernah pergi ke taman burung lain yang harga tiket tidaklah sampai mencecah RM25 seorang.

Bulan Disember 2014, saya dah famili adalah gi makan angin sekitar ibu kota. Ada la pergi ke Planetarium Negara, Butterfly Park, Tugu Negara, dan beberapa tempat menarik lain termasuklah ke Taman Burung Kuala Lumpur. Jenuh juga mencari lokasi taman burung ini walaupun menggunakan perisian Waze dalam telefon Samsung S3 milik wife.

Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur

Pusing punya pusing punya pusing, campur belok sini sikit, belok sana sikit akhirnya jumpalah lokasi Taman Burung Kuala Lumpur ni. Memang niat di hati nak masuk ke dalam taman burung, sebab nak tahu apakah keistimewaan taman burung ini yang dikatakan antara terbesar di Asia Tenggara dan mendapatkan jolokan World's Largest Free-flight Walk-in Aviary.
Lokasi Peta Map Taman Burung KL - Kuala Lumpur Bird Park

Harga Tiket Masuk Taman Burung Kuala Lumpur - RM25 Seorang

Tapi, bila dah sampai dan lihat senarai harga tiket masuk yang dikenakan, terpaksalah pendam hasrat yang ada. Terus saya buang lokasi ini sebagai tempat bajet untuk destinasi makan angin...hoho .. harga tiket semahal RM25 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak boleh buat lari bajet dan memang tak sesuai untuk keluarga dari kampung macam kami.

Anda pernah pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur tak? Saya tahu ramai rakan blogger saya yang pernah pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur ini, siap ambil gambar cantik-cantik beraneka burung pelbagai spesies luar dalam negara yang ada. Saya baca ulasan Taman Burung Kuala Lumpur memang banyak burung rare ada dalam taman ni, tapi itulah .... tak kena dengan bajet makan angin saya dan keluargalah ...

Mungkin pihak pengurusan boleh buat sesuatu mengenai harga tiket yang saya anggap mahal (anak saya pun kata mahal) bagi menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan, rakyat Malaysia pembayar cukai untuk melihat apa yang menarik dalam Taman Burung Kuala Lumpur.

Apa kata anda yang dah pergi? Best tak? Berbaloi tak bayar RM25 seorang untuk lihat burung-burung dalam Taman Burung Kuala Lumpur?

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement