Sekalung tahniah buat Yasmin Noorul Amin, guru kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle kerana tersenarai sebagai 50 guru terbaik dunia. Guru berumur 38 tahun ini yang sebelum ini merupakan seorang jurutera, telah dicalonkan dan telah disenarai pendek untuk anugerah Hadiah Guru Global.

Anugerah Hadiah Guru Global ini menawarkan hadiah utama USD1 juta kepada penerimanya. Ia dianjurkan oleh Yayasan Varkey GERMS yang berpusat di Dubai, UAE. Yayasan ini satu-satunya di dunia yang memberikan pengiktirafan luar biasa kepada golongan pendidik seluruh dunia.

Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik Dunia

Kecemerlangan guru La Salle bernama Yasmin Noorul Amin ini memang terbukti kerana sebelum ini pernah menerima anugerah kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008. Memetik kata-kata guru ini di dalam The Star - "An engineer by thinking. A chemistry teacher by profession. That sums up who I am" memang terbaiklah.
Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik Dunia

Menjadi Guru Untuk Penuhi Impian Bapa

Yasmin Noorul Amin sebelum ini merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta 13 tahun dahulu. Dia kemudiannya berhenti kerana mahu memenuhi impian bapanya untuk melihat dirinya menjadi seorang pendidik. Langkah drastik itu telah mengakibatkan Yasmin Noorul Amin tidak menyesal malah dia kini menyanyangi kerjaya pendidik yang sedang dipegang.

Dalam anugerah ini, seramai 50 guru disenaraipendek untuk dipilih sebagai guru terbaik dunia. Dan pada 15 Februari 2015 ini, seramai 10 calon terbaik akan diputuskan oleh Yayasan Varkey GERMS. Pengumuman 10 calon dan juga pemenang akan dibuat di Forum Pendidikan Dunia di Dubai pada 16 Mac 2015.

Anugerah setaraf 'Hadiah Nobel' ini beroperasi di bawah naungan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum. Pemenang akan menjadi duta global Yayasan Varkey GEMS, menghadiri acara dan berucap di forum awam tentang memartabatkan profesyen perguruan.

Wahh .. hebat hebat. Bagus juga yayasan ini memberikan pengiktirafan tertinggi sebegini kerana kerjaya seorang guru atau pendidik bukannya mudah.

Saya doakan agar Cikgu Yasmin berjaya mengharumkan negara, dan meletakkan guru-guru Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. Syabas.

Kredit dan sumber: Kosmo, TheStar

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah hebatnyaaaa....seorang yang berwawasan tinggi..tabik untuk cikgu!

    BalasPadam
  2. tugas berat, bukan mudah menjadi seorang pendidik.. tahniah cikgu yasmin..

    BalasPadam
  3. siapa kata cikgu malaysia tak hebat..terbaiklah semua cikgu malaysia

    BalasPadam
  4. teringat pada cikgu-cikgu yang telah banyak berjasa selama ini..

    BalasPadam
  5. Anugerah hadiah guru global.. Tahniah cikgu Yasmin!

    BalasPadam
  6. Wow hebat sekali Cikgu Yasmin :).. Terbaik punya

    BalasPadam
  7. cikgu ni ibarat lilin, malaysia perlu melahirkan cikgu cikgu sebegini supaya ia dpt mencerminkan pendidikan di malaysia dan melahirkan insan yg cermelang dlm kehidupan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement