Kecewa. Nampaknya anak-anak saya terpaksa menerima realiti bahawa zaman filem 'kodak' telahpun berkubur. Kasihan je tengok reaksi muka sorang-sorang bila diberitahu oleh kedai gambar yang filem 'kodak' tak boleh diproses.

Sebenarnya, kamera jenis filem ini dah lama ada dalam simpanan. Ianya milik isteri saya. Hari tu anak saya yang kecil mahukan kamera sendiri, hari-hari memujuk saya untuk beli kamera kompak. Segalanya bermula bila dia pernah ternampak sebuah kamera kompak warna pink dijual di Jusco Bukit Mertajam. Harga dipaparkan adalah RM299.00.

Dan satu hari, hasil idea isteri saya .. selongkarlah balik inventori yang ada, lalu jumpa kembali kamera lama. Ada filem Samsung Prime 100 di dalamnya. Cuma bateri sahaja dah tak ada. Maka terpaksalah saya mencari bateri untuk kamera Olympus Superzoom 80G AF. Perghh susah juga nak mencari sebab tak banyak kedai yang menjual bateri kamera siri ini.

Berakhirnya Zaman 'Kodak' Filem


Olympus Superzoom 80G AF
Alhamdulilah, akhirnya jumpa juga bateri. Tuan punya kedai gambar siap terkejut kerana saya masih lagi mencari bateri jenis itu. Dia kata dah sangat jarang bateri tu nak dijumpai, yang ada cuma stok-stok lama sahaja. Fuhh .. nasib baik jumpa ...

Sebaik sahaja tukar bateri, maka riang-rialah anak-anak saya dapat sebuah kamera sendiri. Masing-masing teruja nak guna, memandangkan masih ada baki filem yang belum digunakan. Klik sana sini dengan kamera Olympus Superzoom 80G yang isteri saya beli semasa berada di Singapura.

Akhirnya, 'kodak' filem habis setelah 35 shot dihasilkan.

Sekarang, masa nak lihat apa kandungan dan hasil ambil gambar. Anak-anak saya siap pelik melihatkan saya keluarkan filem Samsung daripada bahagian belakang kamera Olympus.
Olympus Superzoom 80G

"Abah, mana gambar? tak keluar pun ..." kata awal anak saya Maira 4 tahun.
"Kena cuci kat kedai dulu ...." kata saya.

Maka, setelah sehari ... saya pun ajak anak-anak saya ke kedai gambar.

"Ooo ini aaa tak cuci lagi dah. Orang tak guna dah. Tak jual dah ni. Mesin cuci pun dah tak ada .."

Erkk .... begitulah kata pemilik kedai cuci gambar di Pekan Parit Buntar (bukan kedai yang sama saya beli bateri kamera). Terkujat-kujat saya. Dan anak-anak saya semuanya menampakkan wajah kecewa, diam tak terkata sebab hajat nak melihat hasil bidikan kamera 'baru' tak kesampaian.

Hmm .. benarlah, zaman 'kodak' filem dah pun berakhir. Kalau dah mesin cuci gambar filem pun tak ada, bagaimana nak cuci ...  maka, kandungan 'kodak' filem itu akan terus jadi misteri, dan saya syak ada gambar wife saya kenang-kenangan dia semasa berkunjung ke Singapura ... hoho.

Kamera Olympus Superzoom 80G ini masih saya simpan. Jika ada sesiapa yang nak beli, boleh hubungi saya. Ia sudah menjadi satu koleksi rare ... :)

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ayah saya masih ada simpan kamera lama nih,, klasik ooo,, - kedaionlinemy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm memang klasik .. belum lagi tgk versi kamera DSLR yang camni lagi ... hoho

      Padam
  2. Hohoho.. Dah lama tak guna kamera kodak ni... rindu pula.. Ayah ena punya dulu guna kamera kodak.. sekarang dah ada dslr, tak guna dah kamera tu.. simpan dalam almari je

    BalasPadam
  3. dulu pnah guna...skrg kamera cmni dah brhbuk kat rumah..haha

    BalasPadam
  4. Salam
    untuk pengetahuan saudara masih ada perkhidmatan mencuci filem di Kuala Lumpur
    Paling femes dan berkualiti adalah di bang bang gang, publika

    http://www.lomography.com/more/photolabs/3429-bang-bang-geng

    BalasPadam
  5. hu3..sunggu nostalgia zaman dulu2 kan..nak tengok hasil gamabr bukan sama macam sekarang..kena tunggu siap dicuci dahulu..lepas tu sekali tengok gambar tak cantik..memang tak edit dah..hahaha

    BalasPadam
  6. Selamat menyambut tahun 2015..seketiak lagi. Maafi jika ada kesalahahn ya HH. wah sama lah masih simpan kamera pakai filem ni..still lawa kan..so jual ke atau jadi antik kat rumah...)

    BalasPadam
  7. jadi kenangan ...menggamit memory..)

    BalasPadam
  8. saya salah seorang pengguna analog kamera..
    zaman kodak masih belum berakhir..
    masih ramai yang menggunakannya sekarang.
    feel kamera analog lain dgn digital :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement