Apakah soalan-soalan temuduga yang bakal ditanya untuk calon-calon yang telah berjaya di dalam peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Ramai yang teringin nak tahu bentuk-bentuk soalan temuduga yang bakal ditanya oleh penemuduga jawatan SPA, terutama buat calon-calon peperiksaan online SPA yang telah berjaya lulus. Untung buat calon-calon ini, kerana telah ada satu panduan khas disediakan untuk mereka.

Untung betul ni. Dulu, semasa saya nak memohon kerja kerajaan menerusi SPA, memang jenuh. Isi borang online sikit punya banyak kategori nak kena isi, selepas itu ... kena lihat mana peluang terbuka yang ada. Bila ada nampak yang kena dengan citarasa, terus mohon. Mohon belum tentu diterima, tetapi alhamdulillah, merasalah juga pergi peperiksaan bertulis SPA di Dewan Sri Pinang sebanyak 2 kali.

Pengalaman Hadapi Peperiksaan Bertulis Jawatan SPA

Pengalaman Lulus Exam dan Temuduga Jawatan SPA

Pertama kali peperiksaan bertulis SPA, saya syak saya gagal sebab tak ada apa-apa lanjutan selepas itu. Kemudian, pada peperiksaan kedua, barulah saya berjaya dan dapat peluang untuk hadir ke sesi temuduga.

Pelik tak pelik, saya ambil exam SPA di Penang, tetapi temuduga saya di Ipoh.

Ingat lagi betapa sukarnya ketika nak hadapi peperiksaan bertulis. Ketika itu, rujukan saya hanyalah perpustakaan awam. Nasib baiklah saya ada akses ke perpustakaan untuk dapatkan rujukan terbaik. Tapi jenuh jugaklah nak belek satu persatu buku-buku di rak untuk mencari rujukan dan panduan terbaik terutama berkaitan isu-isu penting bagi jawatan yang saya telah mohon.

Jadi, usaha terasa berbaloi bila kali kedua peperiksaan SPA, saya berjaya lulus dan telah disenaraikan pula untuk ditemuduga bagi jawatan yang saya inginkan dalam kerja kerajaan.

Pengalaman Temuduga Jawatan SPA

Tahu tak, semasa saya dapat temuduga SPA, saya baru je nak berkahwin. Jadi agak kelam kabut sikitlah. Persediaan saya boleh dikatakan kosong, tak tahu apa yang bakal ditanya, dan tak tahu apa yang perlu saya buat untuk hadapi temuduga tersebut.

Paling saya ingat, bila saya sahaja calon temuduga yang hadir tanpa ada blazer. Nasib baiklah ketika itu, tunangan saya (isteri saya sekarang) ada benda tu, pinjamlah menerusi dia. Serius, saya rasa ketika itu, diri sayalah paling tidak kacak walau sebenar-benarnya jika tak pakai blazer tu, sayalah yang paling macho .. hahahaa...
Pengalaman Temuduga Jawatan SPA

Soalan-Soalan Temuduga SPA

Ketar lutut ooo nak masuk bilik temuduga yang ada 3 orang semua tahap pakai spek dan beruban putih. Apa yang saya ingat ketika itu saya ditanya soalan-soalan ini:
  • Soalan berkisar latar belakang
  • Soalan mengenai kerjaya yang diminta
  • Soalan mengenai masalah dan cara penyelesaiannya
  • Soalan popular - "Sanggupkah anda dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak?"

Rasanya, saya boleh je menjawab dengan baik. Nasihat kawan-kawan saya yang pernah hadapi temuduga kerja kerajaan dengan SPA, yang penting mesti bersuara, jangan dok diam bisu bila kena tanya. Jadi, saya jawab semua soalan walaupun kurang pasti betul atau tidak .. hahaha... janji jawab!

Hmm .. 15 minit kot saya ditemuduga, walaupun saya merasakan ada calon sebelum saya yang kena temuduga lebih lama dari saya.

Tak berjaya. Itulah yang saya terima di dalam surat jawapan daripada pihak SPA sebulan selepas itu.

Bukan rezeki saya.

Tak ada persediaan, tiada rujukan. Saya tidak jangka apa yang bakal ditanya, dan saya main jawab ikut selera dan ikut sekadar apa yang saya tahu. Boleh katakan persediaan saya untuk temuduga itu kosong.

Dulu Tak Ada Rujukan, Sekarang Dah Ada Panduan Temuduga

Untung calon-calon temuduga jawatan SPA sekarang ni, ada ebook khusus boleh jadikan panduan dan rujukan. Ebook Bijak Temuduga daripada Tim Infokerjaya adalah salah satunya. Salah satu ebook untuk persediaan hadapi temuduga kerajaan yang saya fikir elok dimiliki oleh calon-calon yang berjaya lulus peperiksaan online SPA dan dipanggil untuk temuduga jawatan SPA ini.

Jika anda merupakan calon yang mungkin nak tahu soalan-soalan temuduga jawatan SPA, dan melakukan persediaan perlu untuk hadapi temuduga kerja jawatan SPA yang diminta, maka dapatkan segera ebook Bijak Temuduga ini yang dibuka terhad untuk jualan bagi mereka yang mahukannya.

Jangan jadi seperti saya, yang langsung kelam kabut dan tidak keruan ketika dapat panggilan untuk temuduga kerja jawatan SPA dulu.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada rujukan lagi mudah, boleh belajar sebelum interview

    BalasPadam
  2. Pengalaman yang menarik...
    Jom terjah Papaglamz

    http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-ll-kawen-jom.html?m=1

    BalasPadam
  3. SAlam HH...
    Eyza baru jea melalui pengalaman temuduga SPA...
    Cuma x ada rezki... :(

    BalasPadam
  4. dulu-dulu main redah je...heee. tapi saingan tak macam sekarang, ramai yg baik. yg dipilih terbaik antara yg baik.

    BalasPadam
  5. first time pegi memang menggeletar jek..ahaha

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang sangat menarik...

    BalasPadam
  7. saya nak kongsi pengalaman saya .. maaf le kalau cerita agak berterabur hehe

    http://lemahgemalai.blogspot.com/2015/04/pengalaman-temuduga-yang-semuanya_27.html

    BalasPadam
  8. kenapa soalan "Sanggupkah anda dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak?" begitu popular? bunyiknya macam sabah sarawak tmpt yang susah aje....heheheh tapi saya juga pernah temuduga jawtan SPA..soalannya "Sanggupkah anda dihantar bertugas ke Semenanjung ?"...ni tukang IV ni saje jer nak takutkan calon kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement