Terharu. Saya sangat berterima kasih kepada semua pembaca budiman, dan pengunjung yang telah sudi memeriahkan blog ini dengan komen-komen terbaik anda. Sudah cecah lebih 40 ribu komen sehingga entri ini ditulis.

Komen yang diberikan adalah input untuk saya. Ramai juga blogger-blogger hebat yang singgah dan telah kongsikan banyak tips lain berkaitan dengan entri dan post yang telah saya terbitkan. Saya berharap lebih ramai lagi akan singgah, baca dan komen. Entri-entri yang ada adalah dinamika ilmu blogging yang saya kongsikan. Ada sahaja benda baru dikongsikan oleh pembaca lain menerusi ruangan komen.

40 Ribu - Tak Terkata Saya ...

Sekali lagi, saya sangat berterima kasih kepada semua yang telah sudi memeriahkan lagi isi kandungan blog ini. Percayalah, saya membaca setiap komen-komen yang anda tinggalkan.

In Sha Allah, mana yang saya fikir perlu dibalas, saya akan balas seadanya. Mana yang komennya tidak dibalas, jangan marah-marah ye.

Kepada yang berkongsi tips dan panduan berkaitan, saya berterima kasih kepada anda kerana tidak lokek ilmu dan sudi berkongsi dengan pembaca yang lain - walaupun blog ini bukan blog anda... tetapi anda menjadikan ia sebahagian dari dunia blogging anda.

Input-input di dalam komen saya terima dengan senang dan terbuka hati. Hanya jika komen yang bersifat tidak meransang minda sahaja akan dipadamkan - itupun kurang daripada 5% daripada 40454 jumlah komen yang ada.

Terima kasih, dan semoga kita semua dapat maju lagi dan lagi dan lagi .. bersama. In Sha Allah.

22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah hh...perkongsian hh mmg berisi...teruskan berkongsi...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga ia dapat inspirasikan lebih ramai blogger Malaysia lain .. in Sha Allah, blogger nusantara juga.

      Padam
  2. WOW..TAHNIAH MR.HASRUL/moga blog ini terus maju dan suksess. blog ini inspirasi saya.

    BalasPadam
  3. Hebat tak terkata..:)

    BalasPadam
  4. hahaha. saya ingatkan banga Hasrul dapat RM40 hasil berblogging. Tahniah abang Hasrul...

    BalasPadam
  5. Tahniah abang hasrul..untuk pengetahuan abang,saya dah senaraikan blog abang dalam bloglist saya.http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/2014/11/azlanrumadi-bloglist.html

    saya sebagai blogger yang baru meminta pandangan abang hasrul untuk meningkatkan mutu blogging saya.

    Terima kasih segalanya.

    BalasPadam
  6. Wah hebat..tu tanda penghargaan pengomen2 tegar buat blog ni...(takde pertandingan pengomen ngetop ke?)..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm tak ada widget yang sesuai saya leh guna, dulu ada guna tapi ada malware la pulak ..

      Padam
  7. Perghhhh....
    Mau berpinau nak membalasnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana yang perlu dijawab, saya akan jawablah tapi biasalah, saya manusia .. kadangkala ada terlepas pandang. Ada tak jawab di ruangan komen, saya balas di FB atau email.

      Padam
  8. Tahniah!! saya pun tgh berusaha tingkatkan traffic, follower dan jumlah komen di blog... berpandukan tips yang Encik email. Thanks... banyak perubahan kat blog...
    http://enyyusnizar.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh alhamdulillah, saya masih cuba nak lengkapkan KELAS ONLINE saya tu ... :) semoga terhibur dengan celoteh dalam email saya ..

      Padam
  9. Wow. Banyaknya. Best2. Moga tn HH tersebut berkongsi.

    BalasPadam
  10. memang banyak tu. tahniah bro. ramai pengunjung ramah tamah....

    BalasPadam
  11. tahniah !!..blog power,input perkongsian dari blog ni pon banyak.yang jenguk selalu banyak.komennya mesti banyak.hehe.

    BalasPadam
  12. tahniah..memang seronok baca blog ni..:D

    BalasPadam
  13. Fuh banyak tu 40k. makin meningkat pulak tu. In Shaa Allah ia akan jadi RM

    BalasPadam
  14. WoW!!! Tahniah abg HH.. semoga abg HH terus berjaya dan masih mahu berkongsi tips2 dgn kami yg serba kekurangan tidak tahu ini..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement