Kenal Pokok Bunga Kemboja Cina tak? Tak kenal? Maka saya akan perkenalkan kepada anda. Pokok bunga ini sangat cantik, dan menjadi kegemaran jiran-jiran keturunan Cina saya untuk dijadikan pokok hiasan. Selain cantik dengan bunganya yang ada pelbagai warna, ia sesuai dijadikan pokok seni bonzai.

Yap, pokok ini boleh 'dididik' menjadi pokok bonzai. Tapi serius, makan masa bertahun nak jadikan ia pokok bonzai yang cantik. Saya ada tanya seorang tauke cina bagaimana nak buat ia jadi pokok bonzai, nanti saya kongsikan kepada anda - itupun jika nak cuba tukar pokok Bunga Kemboja Cina biasa ni jadi Pokok Bunga Kemboja Cina ala-ala kemetot.

Pokok Bunga Kemboja Cina

Cara Tanam Pokok Kemboja Cina

Pokok Bunga Kemboja Cina ni saya dapat daripada pemberian mak sedara dua pupu sebelah mak saya. Ada juga benih pokok ini saya dapat daripada jiran Cina saya. Ada dua cara nak tanam pokok bunga ni, satu menerusi batang pokok dan kedua menerusi biji benih daripada buah pokok Bunga Kemboja Cina ni.


Bagi saya, paling mudah tanam guna benih. Boleh baca cara nak tanam pokok ni di sini - Kemboja Cina

Tips Tanam Pokok Bunga

Kata orang tua-tua, nak tanam pokok kena tengok orangnya juga. Bukan semua orang ada 'bakat' nak tanam pokok-pokok ni, lagi-lagi pokok jenis berbuah. Apa yang saya diketahuikan oleh set-set otai tanam pokok, orang yang nak tanam pokok kena rasi, mesti bersifat sejuk. Orang 'tangan panas' tak boleh atau tanam takkan menjadi. Mungkin ada enzim tertentu pada tapak tangan kot yang pengaruhi.... hoho ... anak saya kata, pakailah sarung tangan kalau nak tanam pokok, tak adalah kena mengena dengan tangan tu ... hoho ..

Pokok Bunga Kemboja Cina atau dikenali dengan nama saintifik Adenium kena tanam pada pasu besar kalau nak dia membesar cantik dan dijadikan pokok hiasan pokok bonzai. Kalau anda tanam pasu kecik, pokok ini tak dapat membesar terutama bahagian akar dan batangnya. Bahagian akar dan batang pokok inilah yang boleh anda ubahsuai menjadikan ia sebuah pokok bonzai yang cantik.

Ia dikenali dengan nama saintifik Adenium obesum merupakan pokok dari famili apocynaceae. Ia sejenis pokok yang berbunga cantik. Berasal dari Africa Timur dan Selatan Arab. Juga digelar dengan gelaran desert rose iaitu rose padang pasir mungkin kerana bunganya seakan ros dan hidup subur di kawasan yang kurang air.

Teknik Tanam Pokok Bunga Kemboja Cina Jadi Pokok Bonzai

Teknik yang dikongsikan kepada saya oleh seorang tauke cina untuk jadikan Pokok Bunga Kemboja Cina ni pokok bonzai:
  • Tanam dalam pasu besar
  • Siram air minima, air banyak akan rosakkan akar dan batang pokok
  • Pangkas atau potong bahagian batang pokok
  • Gunakan tali atau dawai halus untuk ikat bahagian tertentu batang pokok bagi bantutkan pembesaran normal
  • Lilitkan batang sesama batang untuk hasilkan bentuk pokok bonzai yang menarik
  • Letak baja pertumbuhan daun, bukan pertumbuhan bunga
  • Letakkan ia pada tempat yang dapat sinar matahari maksima

Teknik di atas ambil masa lama, dan bukan masa sekejap nak jadikan pokok ini sebuah pokok bonzai yang cantik. Anda kena bersabar sedikit. Dan ia ada musuh utama dalam proses pembesarannya. Nanti saya akan ceritakan kemudian.
Pokok Bunga Kemboja Cina memang cantik dijadikan pokok hiasan laman anda. Bunganya ada pelbagai warna, ada merah, kuning, putih, biru ... kebanyakkannya adalah kacukan. Anda boleh juga tanam dua pokok dijadikan satu pokok dua warna bunga dengan teknik pokok bonzai tadi, caranya tanam dari dua benih berbeza dalam satu pokok, dan kemudian ikat dua batang pokok ini secara bersama. Ia akan bertaut dan hasilkan sebuah pokok bonzai yang ada dua warna bunga.

Oh ya, lupa nak bagitahu .. pokok ini beracun, walaupun beracun tapi ulat beluncas suka sangat makan daun pokok ini. Hairan tak? Hmm selalu memang pokok yang ada bahaya tertentu memang suka haiwan dan serangga ni dok serang. Racunnya ialah pada getah pokok ini, jika termakan memang boleh bawa akibat yang buruk.

Hoho .. house husband yang gemar pokok bunga ... siapa yang ada tips lain, bolehlah kongsi nanti ye.

22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tidak pernh dengar pulak pokok ni beracun.. nasib termakan je baru da racun, kalo sentuh pn beracun, mampus la..huhu (joking)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda cantik memang ada 'senjata' macam bunga mawar ada durinya. :)

      Padam
  2. bapak saya suka tanam bunga. tapi setakat ini tak ada pulak dia tanam bunga kemboja. biasa bunga kemboja ni jumpa kt kubur. tapi warna putih. betul tak? ke saya yang tak kenal bunga? huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erkk .. hmm ia antara pokok yang mudah nak dijaga ... tak perlu siram banyak air, tetapi musuh dia ada .. iaitu ulat beluncas.

      Padam
  3. dulu banyak pokok ni kat rumah...sejak pencemaran baja berlebihan...habis semua mati...

    BalasPadam
  4. Ni pokok yg orang cina kata bawa 'ong' tu ek?

    BalasPadam
  5. Dulu banyak pokok ni kat rumah. Memang cantik.

    BalasPadam
  6. Warna merah cantik berbanding warna putih

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  7. bunga ni cam pempuan perangainya. haha

    BalasPadam
  8. pokok ni ada tanam dekat rumah.. lepas tu akan keluar mcm tanduk panjang.. ada jiran beritahu dalam tu ada benih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup betul. Dalamnya ada biji benih, bentuk dia ada bulu2 halus, leper je. :)

      Padam
    2. walaupun bonzai,ada keluar benih gak ke?

      Padam
    3. Ya, ada .. dia memanjang je buah benih dia.

      Padam
  9. kwn ucu ada tanam pokok kemboja tu dalam pasu...tp sering da masalah daun gugur kemudian pokok terus mati. kenapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk bahagian bawah pasu, tak boleh ada pelapik sbb air tak leh bertakung. Akar dia tak boleh ada banyak air, nanti mereput ... :)

      Padam
  10. Mmg mkn masa yg lama ka.. aduu.. sy geram tgk pokok kemboja ni.. dh 2 thn sy jaga. Tapi.. lmbat nya.. baja tiap smggu pkai.. yg organik pya.. baja lain xcuba pn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm tak juga. Paling penting ke letak tempat banyak cahaya matahari.

      Padam
  11. Ubi lembik cmna nk buat ya.. Sy baru beli. Ubah ke pasu ubi mkin lembik plak. Pdhal siram semua sama ja.. Buat ms skg sy dah xsiram. Kena ujan pn tak.. hya letak bawah bumbung. Ada cara tak utk pulihkan ubi lembik.

    BalasPadam
  12. Batang (ubi) lembik.. Bagaimana nk atasi ye?

    BalasPadam
  13. Salam encik. Saya ada bunga kemboja cina berwarna hitam dan merah, tapi dalam masa yang sama, ada keluar bunga kemboja berwarna pink. Maksudnya, saya punya kemboja tu kacukan ke encik?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement