Blog Pecah Rekod 2014

Blog saya akhirnya berjaya pecah rekod terbaik yang pernah dicatatkan sebelum ini. Satu perkembangan dan kejayaan peribadi saya yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah, impian blogger yang dulunya sekadar angan-angan yang akhirnya berjaya direalisasikan.

Memang berbaloi rasanya bila melihat blog berjaya naik dari satu tahap ke satu tahap. Dulu terperosok tanpa siapa yang tahu, kini alhamdulillah, dengan apa yang dicatatkan hari ini, boleh menjadi satu motivasi berterusan buat diri saya. Motivasi untuk terus berdaya saing dengan keyakinan bahawa apa yang saya tulis di dalam blog ini boleh pergi jauh.

Tak ramai blogger yang menulis seperti saya. Kalau adapun, susah nak terus bertahan. Nak naik itu mungkin boleh, tapi nak bertahan dan terus berada di tempat sepatutnya tu memang payah. Saya pernah alami kejatuhan, saya pernah alami kehampaan. Itu normal. Dalam kehidupan biasa pun ia berlaku saban waktu.

Blog Pecah Rekod 2014 - Rank Alexa dan Bounce Rate


Blog Pecah Rekod 2014
Alhamdulillah, tahun 2014, blog ini telah memecahkan rekod tersendiri. Rank Alexa telah melonjak sehingga menempuh dan berjaya berada di bawah 140. Sebelum ini, blog ini pernah berada di kedudukan 142 ... tetapi tidak lama, yang kemudian jatuh sehingga ke angka 300 lebih.

Dengan usaha yang ada, saya juga telah berjaya dapat kadar bouce rate yang rendah. Sesuatu yang dah lama saya ingin capai menerusi blog ini.

Saya tunggu lebih 3 tahun untuk blog ini dapatkan bouce rate serendah 40%. Selama ini blog saya mencatat bounce rate tinggi antara 70-80 peratus! Saya pernah nukilkan kekecewaan saya mengenai hal ini menerusi entri Blog Saya Gagal, Bouce Rate Tinggi dan Bounce Rate Tinggi Blog Tak Efisien

Catat Bounce Rate Terendah - 39.59%

Itu adalah antara entri-entri yang saya tulis berkaitan bouce rate pada tahun 2011 dan 2012. Dan dengan segala ilmu yang saya cedok dan amalkan selama 3 tahun tersebut, akhirnya bulan Ogos 2014 menampakkan blog ini berjaya catat kadar bouce rate terendah iaitu 39.59%.

Blog Pecah Rekod 2014
Tips yang saya gunakan adalah daripada rakan blogger Denaihati menerusi entri Bouce Rate Blog Beautifulnara Memang Gila dan sifu saya di dalam dunia blog sejak 2010 iaitu Ariff Shah menerusi entri Tips Merendahkan Bouce Rate

Ada juga beberapa tips saya kongsikan, dan anda boleh cuba, in Sha Allah, akan berjaya nanti. Saya dah berjaya buktikan ianya boleh dilakukan walau makan 2-3 tahun untuk mencapainya. Penting, sebagai blogger yang mahukan kejayaan, cekal dan terus berusaha. Tingkatkan ilmu dan amalkan sedaya yang boleh.

Dan terima kasih buat semua yang terus memberikan sokongan kepada blog ini.


Post a Comment

47 Comments

  1. Replies
    1. Semoga blog KakiTravel juga akan berjaya dapat seperti ini.

      Delete
    2. tahniah,, mmg legend dari otai HH - kedaionlinemy.com

      Delete
  2. memang mantap melatop bah ..memang terkenal Tahnia

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah saya juga mendapat Bounce Rate
    33.76%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah lagi hebat ... tahniah tahniah.

      Delete
    2. Saya buka blog, ada malware la .... malware LIKE.JS

      Delete
  4. Assalamualaikum.Blogger macam saya yg baru masih merangkak lagi ni.Harap dapa tunjuk ajar dari tuan dgn tips dan kaedah yg mnjadikan blog mencapai satu tahap yg membanggakan..Tahniah tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, baca je kandungan blog ini ... ada banyak tips dan panduan blogging saya sertakan.

      Delete
  5. Replies
    1. Terima kasih Puan Amanda Suria. Sokongan dari pembaca dan pengunjung blog sangat saya hargai.

      Delete
  6. Tahniah sifu HH. Semoga rezeki terus berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fadhil. In Sha Allah, moga Allah perkenan dan permudahkan untuk diri saya dan keluarga.

      Delete
  7. berkat pakai template baru kot

    ReplyDelete
  8. tahniah sifu HH, sekurangnya rasa lega usaha terbalas. Senyum berganda. Lepas ni makin maju ke depan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... lain macam je bicara maju ke depan ... :) :P

      Delete
  9. Tahniah abg HH :) semoga sukses selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kiera .. in Sha Allah. Doakan ye.

      Delete
  10. tahniah..satu pencapaian yang membanggakan saya juga tuan!

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...bro HH,

    moga blog bro HH semakin sukses dan sentiasa menyajikan informasi dan teknik2 seo yang terbaik untuk tatapan kami semua..

    mselim3

    pls: Pape tahniah mselim3 ucapkan... keep up bro HH..

    ReplyDelete
  12. Nak mencapai kejayaan memang boleh...tapi untuk mengekalkannya itu paling sukar, Tahniah! kerana terus bertahan dan bertambah baik serta berjaya!

    ReplyDelete
  13. always follow any tips here .. dan ...dan...dan... bro dah banyak meningkat di google :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, itupun atas bantuan dan sokongan ramai blogger lain termasuklah blogger yang baru

      Delete
  14. Masih boleh maju lagi ni...target bawah 100 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mustahil. In Sha Allah, saya akan cuba. Tetapi yang susahnya ialah nak maintain utk berada di tempat terbaik.

      Delete
  15. Replies
    1. Weschairs .. terima kasih banyak-banyak kerana masih sudi berikan sokongan kepada blog ini.

      Delete
  16. Tahniah dan semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  17. wow... tahniah...

    semoga terus sukses...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. In Sha Allah ... moga Allah S.W.T perkenankan doa-doa kalian semua.

      Delete
  18. Apa agaknya perbezaan BR google dgn alexa ye? Mana yg lebih baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bounce Rate adalah indikasi menunjukkan perlakuan pengunjung ke blog. Jika tinggi, maka pengunjung hanya singgah sekali dan berlalu pergi. Tak melihat entri2 lain yang ada.

      Alexa pula ialah berkaitan trafik ke blog.

      Yang bagus ialah kedua-duanya mesti seiring, trafik tinggi dan pengunjung pula habiskan masa lebih dalam blog.

      Delete
  19. Tahniah sifu HH, nak ikut jejak tetapi makin lama makin terhakis..redha dgn apa yang kita dapat. Betul tak?

    ReplyDelete
  20. tahniah HH. memang hasil kerja yg berbaloi-baloi :)

    ReplyDelete
  21. tahniah-tahniah, semuga terus mantap lah lepas ni...hujung tahun 50% turun lagi kot...

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak, alhamdulillah ...

      Delete
  23. Baru terkedek2 baca dan ceduk elmu bounce rate ni. terima kasih :)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.