Dapatkan dua template blogspot yang mesra SEO secara percuma. Dua template untuk blogspot ini bukan sahaja mesra SEO (Search Engine Optimization) tetapi juga merupakan template-template yang responsif. Sebuah template blog yang responsif sangat perlu di zaman sekarang, yang kebanyakan orang kini boleh akses blog hanya dari peranti mudah alih seperti tablet, ipad mahupun telefon pintar.

Dua template blogspot SEO yang responsif ini adalah hasil kerja berkualiti rakan blogger dari Indonesia. Memang mantap SEO template blogspot yang direka-cipta ini. Saya sendiri ada menggunakan beberapa template dari blogger Indonesia. Memang terbaik!.

Download Template Blogspot SEO Responsif Percuma

Template blogspot SEO responsif yang pertama saya kongsikan ini ialah Sang SEO Responsif daripada blogger Kang Mousir.
Dua Template Blogspot SEO Percuma
Anda boleh lihat demo template ini di sini - Sang SEO dan muat turun versi percuma template ini di sini - Download Sang SEO Blogspot Template Responsif

Template ini sangat ringan dan sesuai untuk blogger yang mahu optimasi Adsense sebagai sumber utama buat duit dengan blog. Ia juga merupakan antara template mesra pengunjung dan mematuhi peraturan asas sebuah blog SEO template terbaik - valid CSS3, valid HTML5, HCard Author and Updated (fungsi dalam Google Webmaster Tools). Untuk penerangan lebih lanjut mengenai struktur dan kelebihan-kelebihan lain yang ada dalam template blogspot SEO percuma ini, anda boleh baca di sini - Sang SEO Responsive Blogger Template - Free

Template blogspot SEO responsif yang kedua pula ialah Kompi Males Resposif Blogger Template. Template dua warna hitam putih ini memang dah ramai blogger Indonesia guna. Walaupun hanya dua warna yang digunakan, namun ia tetap menarik bukan sahaja penampilan tetapi juga kelebihan-kelebihan yang ada di dalam template ini.
Dua Template Blogspot SEO Percuma
Anda boleh tengok demo template ini di sini - Kompi Males dan baca kelebihan template ini dari pemilik rekabentuknya - Kompi Males Blogger Template Responsif

Muat turun percuma template SEO responsif ini di pautan ini - Download Blogger SEO Template Responsif Kompi Males

Template-template ini merupakan template asas tetapi masih banyak kelebihan berbanding dengan template premium. Anda boleh muat turun percuma dan menggunakannya secara percuma di blog anda. Untuk meningkatkan lagi keupayaan SEO template blogspot ini, baca entri-entri saya berkaitan SEO blogspot, in Sha Allah, ia akan dapat membantu sebagaimana ia telah bantu blog saya capai rank Alexa 300 terbaik di Malaysia dan dapat 10-15 ribu pageviews sehari.

Semoga bermanfaat.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement