Ok. Sebelum ini, saya katakan untuk menjadi seorang penulis berjaya, anda perlulah mencari gelaran sendiri dalam dunia blog Malaysia. Oppss silap, bukan mencari, tetapi menetapkan gelaran sendiri yang mahu anda capai dalam dunia blog Malaysia itu.
Contoh: Pakar Cuti Bajet, Blogger Mesra Sokmo, Pakar Affiliate Malaysia ... dan sebagainya.
Dah faham? Kalau faham bagus. Bolehlah saya beritahu anda perihal kedua dalam bab Dua Cara Menjadi Penulis Blog Berjaya.
Dua Cara Menjadi Penulis Blog Berjaya II
Perkara kedua ini ada yang anggap kurang etika sedikit. Mungkin sebab mereka tak faham akan konsepnya. Apa yang ingin saya maksudkan ialah anda mestilah menjadi seorang pencuri idea!Mencuri Idea Blogger Berjaya
Hah. Ajari orang jadi pencuri pulak?Pencuri idea yang saya maksudkan ini ialah mencuri idea bagaimana untuk menjadi seorang blogger berjaya. Saya pernah beritahu sebelum ini dalam konsep M.E.S.T.I di mana anda perlu ada mentor atau ikutan yang boleh dijadikan sandaran anda untuk cipta satu kejayaan. Makanya, dalam dunia blog Malaysia; cubalah cari satu ... seorang yang boleh anda sandarkan untuk dijadikan mentor dan pembinbing.
Cilok dan curi idea, bukan curi dan cilok hasil kerjanya. Idea itu nampak sama, tetapi berbeza sebab perlaksanaannya boleh jadi berlainan.
Contohnya, saya curi idea Ben Ashaari untuk buat segmen. Dan alhamdulillah, idea dari pelopor dunia blog Malaysia dalam hal segmen-segmen percuma ini telah berjaya menaikkan blog ini dalam dunia blog Malaysia. Saya curi idea tersebut, tetapi saya lakukan dengan cara saya.
Contoh lagi, saya curi idea Denaihati, saya rekabentuk satu banner untuk satu-satu tujuan, saya kongsikan di dalam blog dan saya pelawa sesiapa sahaja untuk ambil banner berbentuk penghargaan itu untuk diletakkan di dalam blog. Idea ini saya curi untuk bina backlinks blog ini.
Ok. Faham dah maksud curi idea blogger berjaya?
Maka, mahu jadi seorang penulis blog berjaya, anda kena ada kemahiran ini untuk curi idea mereka yang telah berjaya dan pratikkan ia. Curi peram tak jadi apa.
Dah curi, jangan lupa ucap terima kasih dan mohon dihalalkan ilmu yang diambil. Bukan apa, takut sebab dok niat mencuri, ilmu yang berguna jadi sia-sia nanti .. hehehe...
Semoga bermanfaat.
ok..jom kita curi..ehehe
BalasPadamDah faham..sebenarnya mencuri idea ni ada terfikir nak buat tapi bimbang tuan punya yang asal tengok blog kita nanti dia kata kita tiru dia pulak..
BalasPadamnice..thumb up for u boss....
BalasPadamgreat piece of sharing abang HH...
BalasPadamHuhu...dengan mencuri inilah saya berjaya dapat 1 sen dari blog, hasil penulisan semata-mata...huhu...tak salah nak curi idea kan? Kena pandai huraikan balik...
BalasPadamKipidap HH.. Semoga anda terus berinfomasi.. Hidup untuk memberi kata denaihati, ilmu untuk dikongsi sesuai untuk HH.. Hehe..
BalasPadamtq for info...jom curi idea...
BalasPadambab curi idea tu menarik, tapi nak olah ayat sendiri susah juga
BalasPadamehhhh..
BalasPadamehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
ehh?
Sekejap dikatakan tidak curi... tapi curi idea saja,
BalasPadamSekejap yang lain, kena minta halal pulak ?
... Payah ! Pening ! Merapu !...
Jika pening, baca sekali lagi ... highlight bab pening tu dan search sekali lagi. :) biasalah pening. Pening itu menunjukan kita guna akal untuk fikir. Yang tak pening tu sbb dia malas nak fikir. :)
Padambaca dan fahami dengan santai, sure faham apa maksud disitu :) :D
PadamHehe. Uncle HH, lepas ni kalau PG kata pinjam artikel, halalkan tau :D
BalasPadamTak nak kata 'curi', nak kata 'pinjam'. Sedap sikit :D
tq HH
BalasPadambina kejayaan di atas kejayaan org lain :D
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.