Dua cara mencapai cita-cita untuk menjadi seorang penulis blog berjaya saya sambung dari entri sebelum ini - Dua Cara Jadi Penulis Blog Berjaya I. Maafkan saya sebab saya main sembunyi-sembunyi entri sebegini. Saya cuma mahu lihat samada mereka yang singgah dan baca ada kesungguhan untuk menjadi seorang blogger berjaya. Jika keinginannya tinggi, pasti mahu cari dan godek ilmu percuma yang dikongsikan. Bukan semua orang nak kongsi rahsia ini, apatah lagi bila ada yang anggap si beliau itu dah berjaya.

Ok. Sebelum ini, saya katakan untuk menjadi seorang penulis berjaya, anda perlulah mencari gelaran sendiri dalam dunia blog Malaysia. Oppss silap, bukan mencari, tetapi menetapkan gelaran sendiri yang mahu anda capai dalam dunia blog Malaysia itu.

Contoh: Pakar Cuti Bajet, Blogger Mesra Sokmo, Pakar Affiliate Malaysia ... dan sebagainya.

Dah faham? Kalau faham bagus. Bolehlah saya beritahu anda perihal kedua dalam bab Dua Cara Menjadi Penulis Blog Berjaya.

Dua Cara Menjadi Penulis Blog Berjaya II

Panduan blogger - Dua Cara Menjadi Penulis Blog Berjaya II
Perkara kedua ini ada yang anggap kurang etika sedikit. Mungkin sebab mereka tak faham akan konsepnya. Apa yang ingin saya maksudkan ialah anda mestilah menjadi seorang pencuri idea!

Mencuri Idea Blogger Berjaya

Hah. Ajari orang jadi pencuri pulak?

Pencuri idea yang saya maksudkan ini ialah mencuri idea bagaimana untuk menjadi seorang blogger berjaya. Saya pernah beritahu sebelum ini dalam konsep M.E.S.T.I di mana anda perlu ada mentor atau ikutan yang boleh dijadikan sandaran anda untuk cipta satu kejayaan. Makanya, dalam dunia blog Malaysia; cubalah cari satu ... seorang yang boleh anda sandarkan untuk dijadikan mentor dan pembinbing.

Cilok dan curi idea, bukan curi dan cilok hasil kerjanya. Idea itu nampak sama, tetapi berbeza sebab perlaksanaannya boleh jadi berlainan.

Contohnya, saya curi idea Ben Ashaari untuk buat segmen. Dan alhamdulillah, idea dari pelopor dunia blog Malaysia dalam hal segmen-segmen percuma ini telah berjaya menaikkan blog ini dalam dunia blog Malaysia. Saya curi idea tersebut, tetapi saya lakukan dengan cara saya.

Contoh lagi, saya curi idea Denaihati, saya rekabentuk satu banner untuk satu-satu tujuan, saya kongsikan di dalam blog dan saya pelawa sesiapa sahaja untuk ambil banner berbentuk penghargaan itu untuk diletakkan di dalam blog. Idea ini saya curi untuk bina backlinks blog ini.

Ok. Faham dah maksud curi idea blogger berjaya?

Maka, mahu jadi seorang penulis blog berjaya, anda kena ada kemahiran ini untuk curi idea mereka yang telah berjaya dan pratikkan ia. Curi peram tak jadi apa.

Dah curi, jangan lupa ucap terima kasih dan mohon dihalalkan ilmu yang diambil. Bukan apa, takut sebab dok niat mencuri, ilmu yang berguna jadi sia-sia nanti .. hehehe...

Semoga bermanfaat.

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dah faham..sebenarnya mencuri idea ni ada terfikir nak buat tapi bimbang tuan punya yang asal tengok blog kita nanti dia kata kita tiru dia pulak..

    BalasPadam
  2. Huhu...dengan mencuri inilah saya berjaya dapat 1 sen dari blog, hasil penulisan semata-mata...huhu...tak salah nak curi idea kan? Kena pandai huraikan balik...

    BalasPadam
  3. Kipidap HH.. Semoga anda terus berinfomasi.. Hidup untuk memberi kata denaihati, ilmu untuk dikongsi sesuai untuk HH.. Hehe..

    BalasPadam
  4. bab curi idea tu menarik, tapi nak olah ayat sendiri susah juga

    BalasPadam
  5. ehhhh..

    ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

    ehh?

    BalasPadam
  6. Sekejap dikatakan tidak curi... tapi curi idea saja,
    Sekejap yang lain, kena minta halal pulak ?
    ... Payah ! Pening ! Merapu !...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika pening, baca sekali lagi ... highlight bab pening tu dan search sekali lagi. :) biasalah pening. Pening itu menunjukan kita guna akal untuk fikir. Yang tak pening tu sbb dia malas nak fikir. :)

      Padam
    2. baca dan fahami dengan santai, sure faham apa maksud disitu :) :D

      Padam
  7. Hehe. Uncle HH, lepas ni kalau PG kata pinjam artikel, halalkan tau :D
    Tak nak kata 'curi', nak kata 'pinjam'. Sedap sikit :D

    BalasPadam
  8. bina kejayaan di atas kejayaan org lain :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement