Projek Iqra' Shopping Raya 2014 (#shoppingraya2014) di Sungai Dua, Pulau Pinang. Ini merupakan pembabitan pertama saya bersama Projek Iqra'. Alhamdulillah, segalanya telah berlangsung dengan sangat baik sekali. Saya gembira telah dapat terbabit dengan Shopping Raya 2014, dan bersama dengan team dan sukarelawan projek ini yang rata-rata telah memberikan yang terbaik bagi menggembirakan anak-anak penduduk miskin sekitar Seberang Perai Utara.

Projek Iqra Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang

Shopping Raya 2014 di Pulau Pinang membabitkan hampir 30 orang anak-anak yatim dan miskin dari keluarga yang terdiri dari ibu tunggal, bapa tunggal dan yang kurang berkemampuan sekitar Seberang Perai Utara. Dengan bantuan Adun Sungai Dua, YB Muhamad Yusoff Hj Mohd Noor inilah pertama kali pihak Projek Iqra' tidak melibatkan mana-mana Rumah Kebajikan atau Rumah Anak Yatim dalam Projek Shopping Raya.
Projek Iqra Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang
Saya telah terbabit sebagai rakan media sosial untuk projek kali ini. Anak-anak yang terpilih untuk Shopping Raya 2014 Projek Iqra' merupakan anak-anak kurang berkemampuan dan miskin sekitar Dewan Undangan Sungai Dua, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Majlis penyerahan anak-anak untuk Shopping Raya 2014 telah dilakukan di perkarangan Masjid Jamek Al Marbawi, Merbau Kudong, Sungai Dua, Pulau Pinang pada 6 Julai 2014.
Projek Iqra Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang
Sambutan amat baik, samada daripada peserta mahupun sukarelawan yang terbabit untuk Shopping Raya 2014 ini.

Saya telah tiba di perkarangan Masjid Merbau Kudong jam 9:30 pagi untuk taklimat, serta penyerahan anak-anak Shopping Raya 2014 kepada sukarelawan yang telah mendaftar. Majlis itu turut dihadiri oleh Adun Sungai Dua, YB Muhamad Yusoff; yang turut sama menghulurkan sumbangan untuk Projek Iqra'.

Saya kongsikan sedikit gambar-gambar Projek Iqra' Shopping Raya 2014 di majlis penyerahan ini. In Sha Allah, di entri lain, saya akan kongsikan kemeriahan dan kegembiraan anak-anak ini Shopping Raya bersama sukarelawan yang segak-segak dan lawa-lawa belaka .. hehehe...
Projek Iqra Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang
Projek Iqra Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang
Projek Iqra Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang
Projek Iqra Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang
Projek Iqra Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang
Di mana mereka anak-anak ini Shopping Raya 2014, in Sha Allah .. saya akan tunjukkan nanti .. :)
Projek Iqra Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang
Oh ya, kepada anda yang mungkin mahu terlibat dengan Projek Iqra, khususnya bagi projek #ShoppingRaya2014 ini, bolehlah singgah ke laman web Projek Iqra' - http://www.projekiqra.com/cs_cause/shopping-raya-2014/

Atau boleh baca entri saya sebelum ini - Shopping Raya 2014 - Program Kebajikan Projek Iqra'



13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. allhamdulillah.. aktiviti plg bermaknakan... smg dilimpahkan pahala hh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, tahun depan akan ada lagi, marilah meriahkan program ni menjadi sukarelawan .. ada banyak aktiviti lain lagi ..

      Padam
  2. Alhamdulillah, semoga projek iqra ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.. kalau dekat, dah lama ena join sekali ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu ena jadi doktor .. hoho baru best .... leh main main check darah .. weee .. :P

      Padam
  3. ohhh... ingatkan dekat lembah klang je.

    Terima kasih yang menyumbang tenaga dan wang. semoga rezeki kalian melimpah ruah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Projek ni projek satu Malaysia .. pahang, negeri sembilan, melaka, selangor, kedah, penang ...

      Padam
  4. semoga program and usaha seperti ini berterusan. :)

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Hari tu saya ada war-warkan kat facebook .. untuk blogger join sekali .. :)

      Padam
  6. mudah-mudahan program sebegini terus mendapat tempat di hari masyarat kini..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah program yang terbaik dan sangat membantu terutamanya dibulan ramadhan ni.

    BalasPadam
  8. Program yg sangat baik.. alhamdulilah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement