Pemain terbaik Piala Dunia FIFA 2014 telah pun diumumkan sebaik sahaja tamat temasya bolasepak terbesar dunia ini, dengan menyaksikan pasukan Germany menewaskan pasukan Argentina, dengan kemenangan 1 - 0. Kemenangan itu diperoleh setelah tamat 90 minit perlawanan, dan jaringan diperoleh pada minit-minit akhir separuh masa kedua tambahan.

Walaupun pasukan Germany telah berjaya merangkul kejuaraan Piala Dunia FIFA 2014 kali ini, namun pemilik Golden Ball FIFA 2014 atau pemain terbaik bukanlah dimenangi oleh pemain pasukan itu. Hanya penjaga gol Germany sahaja berjaya dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik, iaitu Golden Glove - Manuel Neuer.

Pemain Terbaik Piala Dunia FIFA 2014

Pemain terbaik Piala Dunia FIFA 2014 kali ini dimenangi oleh Lionel Messi daripada pasukan Argentina, dan diikuti pula oleh Thomas Mueller dan Arjen Robben di tempat ketiga. Thomas Mueller adalah penyerang pasukan Germany manakala Arjen Robben daripada pasukan Netherlands (Belanda).
Pemain Terbaik Piala Dunia FIFA 2014
Lionel Messi dalam pusingan akhir Piala Dunia telah berjaya menyumbat sebanyak 4 gol, jumlah sama yang dijaringkan oleh penyerang sensasi pasukan Brazil Neymar. Penjaring terbanyak Piala Dunia FIFA 2014 kali ini atau Golden Boot ialah James Rodriguez diikuti Silver Boot; Thomas Mueller, dan Neymar sebagai penerima Bronze Boot.
Pemain Terbaik Piala Dunia FIFA 2014
Lionel Messi dinobatkan sebagai pemenang Adidas Golden Ball atau pemain terbaik dengan penampilan 7 perlawanan tanpa sebarang kad kuning atau merah, walaupun terbabit dengan 6 kali kesalahan. Penyerang dari Argentina ini telah melakukan banyak cubaan ke gawang pasukan lawan dengan 26 daripada adalah tendangan ke arah kotak penalti.

--

Dalam seronok kita dok sorak kemenangan pasukan Piala Dunia FIFA 2014 ini, jangan dilupa ketika perlawanan ini berlangsung, ada umat muslimin muslimat, sedara seagama Islam sedang hadapi saat-saat sukar. Bantu mereka.



9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Akhirnya juara piala dunia berpihak kepada Jerman. Yang lain2 cuba lagi lain tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu lagi 4 tahun... hmm Malaysia nak jadi tuan rumah ni .. :)

      Padam
  3. kesian tu yg bagi jg sebagai pemain terbaik hehehe

    BalasPadam
  4. Tahniah German dan semua yang dapat anugerah wc2014. jumpa lagi 2018 di Rusia jika panjang umur...heeee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement