Sudahkah anda memberikan sesuatu untuk penduduk Palestin dan Gaza? Jangan persoal orang lain, jangan tanya orang lain, tetapi tanyalah diri sendiri samada anda telah lakukan sesuatu untuk membantu rakyat Palestin yang sedang sengsara akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Ramai antara kita suka tanya dan persoalkan orang lain, tetapi hakikatnya diri sendiri tidak melakukan apa-apapun.

Blogger Malaysia #SaveGaza

Blogger Malaysia ada peluang untuk bantu. Apa yang saya kongsikan ini adalah merupakan setitik air di lautan usaha yang saya pasti ramai blogger Malaysia boleh lakukan. Mudah sahaja, apa yang perlu anda buat ialah meletakkan banner-banner #SaveGaza ini di blog masing-masing.

Banner ini bukan banner bersifat keuntungan, ia merupakan banner ketegasan pendirian blogger Malaysia yang mengutuk apa yang telah dilakukan oleh Israel. Apa yang dilakukan oleh Israel patut dikecam, bukan setakat di luar sana tetapi juga di alam siber ini.
Israel menyerang Gaza
Apa yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin dan Gaza bukan lagi terbatas soal agama, tetapi ia sudah membabitkan nilai kemanusiaan itu sendiri. Hanya mereka yang tiada sifat kemanusiaan sahaja yang akan membenarkan perlakuan regim Israel ini.

Gaza dirobek Israel lagi. Israel mengebom dan membunuh orang-orang yang tidak berdosa, melibatkan wanita dan kanak-kanak. Jika diikut dari segi undang-undang peperangan di Konvensyen Geneva, apa yang telah dilakukan regim zionist Israel bukan setakat melanggar dan mencabul undang-undang dunia ini, tetapi telah melanggar batasan segala undang-undang agama di dunia. Mana ada agama di dunia yang membenarkan pembunuhan beramai-ramai wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Banner Khas #SaveGaza Dari Denaihati

Maka, saya unjurkan kepada anda semua, seandainya anda memiliki blog, letakkanlah banner ini sebagai tanda anda mengecam apa yang dilakukan oleh Israel, dan selamatkan Gaza.
Save Gaza Denaihati
Save Gaza Denaihati
Save Gaza Denaihati

Saya tak minta anda untuk hulurkan sumbangan wang ringgit apatah lagi untuk boikot barangan produk Israel, kerana kemampuan setiap dari kita adalah terbatas. Jika anda mampu untuk berikan sumbangan dana seperti menyumbang ke Aman Palestin, maka buatlah. Jika tidak, anda mungkin boleh lakukan boikot terhadap produk-produk yang didakwa menyumbang kepada kezaliman Israel, selagi anda yakin dan sahih bahawa ianya telah dilakukan dan diistiharkan oleh pemilik produk itu.

Jika itu dirasakan sukar untuk dilakukan, maka berdoalah dengan Doa Qunut Nazilah supaya membolehkan mereka yang teraniya di Palestin serta Gaza dikurniakan bantuan oleh Allah S.W.T.

Apa yang berlaku di semenanjung Gaza dan Palestin adalah bukan satu perkara baru semalam terjadi. Ia telah bermula sejak sekian lama. Israel seolah bongkak dengan apa yang mereka lakukan. Walaupun ada kecaman dunia, tapi pemimpin pemimpin Zionis Israel terus terusan melakukan kemusnahan dan biadap mereka menceroboh tanah halal milik Palestin.

Suarakan pendirian anda. Jika anda merasakan agak berat juga untuk letakkan banner SaveGaza yang disediakan oleh Denaihati ini, maka setidak-tidaknya sebarkan usaha ini kepada rakan-rakan yang lain.

Jangan jadi seperti saya. Dan kerana itu, saya tulis entri ini dengan kepakaran saya dalam SEO untuk menyemarakkan lagi bantahan dunia, termasuklah dunia blog Malaysia ke atas apa yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin dan Gaza.
Korban Gaza Meningkat Kepada 162
Adakah anda bersama saya? Hanya tindakan anda sahaja yang membuktikannya.

In Sha Allah, Tuhan melihat kebaikan yang anda lakukan. Dan Ramadhan ini buatlah sesuatu yang paling bermakna dalam hidup anda sebagai seorang muslim, sebagai seorang insan, sebagai seorang yang cintakan perdamaian dan bukan bunuh membunuh seperti apa yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin dan Gaza.
Ingin boikot? Baca ulasan dan penerangan yang diberikan oleh UZAI - Hukum Berniaga atau Berurusan dengan Syarikat Yahudi

#SaveGaza.
#DoakanGaza

Al Maa’idah : Ayat 42 yang bermaksud:
"Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil." (QS. 5:42)



15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement