Senarai Top 10 Digi WWWOW Awards 2014 - Akhirnya telahpun keluar senarai peserta top 10 dalam Digi WWWOW Awards bagi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan, iaitu E-Niaga, Karya Digital dan juga Komuniti. Tahun ini ramai juga peserta dan blogger yang sertai pertandingan ini bagi merebut hadiah-hadiah lumayan yang disediakan.

Top 10 Digi WWWOW Awards 2014, blog saya tidak berjaya berada di dalam senarai top 10.
Top 10 Digi WWWOW Awards 2014
Untuk info, saya masuk bertanding dengan mewakilkan blog saya ini dalam kategori Karya Digital. Mungkin undi tak cukup banyak, jadi blog saya tidak terpilih. Mungkin juga pihak juri tak berapa berkenan dengan blog saya ni. Saya ada menulis mengenai harapan saya yang mahu menang dalam Digi WWWOW Awards ini di entri ini - Calon Digi WWWOW 2014 Karya Digital

Top 10 Digi WWWOW Awards 2014 Kategori Karya Digital

Top 10 Digi WWWOW Awards 2014 Kategori Karya Digital
Tak mengapalah. Saya sememangnya dah dapat mengagak bahawa blog saya tidak berjaya berada di dalam senarai terpilih. Lagipun, promosi berkaitan anugerah dan pertandingan ini memang slow, hanya rancak di awal pencalonan sahaja. Jadi, keputusan yang diberikan dalam top 10 Digi WWWOW Awards 2014 memang telah dijangka takkan tercalon akhir. :)

Ini merupakan cubaan kedua saya untuk dapatkan pendedahan lebih buat blog saya ini di persada lebih tinggi. Mungkin tahun 2015, saya tidak lagi mencalonkan diri dalam Digi WWWOW Awards 2014. Beri ruang dan peluang untuk blogger lain yang lebih layak.

Sebenarnya, Digi WWWOW Awards pernah ada kontroversinya melibatkan blogger. Dan pernah saya tulis juga bahawa kerana kontroversi keputusan yang dikeluarkan, ramai blogger hebat-hebat yang telah menarik diri dan boikot anugerah ini.
Digi WWWOW Awards 2014
Digi WWWOW Awards 2014 - Kredit Foto: www.coretananuar.com
Tapi ini cerita dulu, cerita sekitar tahun 2013. Nak tahu cerita dan kisah Digi WWOW Awards? Anda boleh baca entri-entri tersebut di sini - Digi WWWOW Awards

Digi WWWOW Awards 2014, tahniah kepada semua top 10 dalam ketiga kategori yang dipertandingkan iaitu E-Niaga, Karya Digital dan Komuniti. Anda sudah semakin dekat untuk menang hadiah-hadiah best yang disediakan .. untung besar kalau menang anugerah ini.

Untuk senarai penuh Top 10 Digi WWWOW Awards 2014, anda boleh lihat di sini - http://www.wwwow.my/top10.aspx


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tak mengapa, next time boleh cuba lagi. Apapun, tahniah bagi mereka yang terpilih

    BalasPadam
  2. wah penampakkan imej mia kassim di situ, tahniah kepada mia...

    BalasPadam
  3. tak nampak pun Tuan HH calonkan diri.. takder promosi pun

    BalasPadam
  4. Selamat berjaya kepada mereka yang mencalonkan blog.

    BalasPadam
  5. Sebenarnya saya pun kurang faham dengan peraturan dalam award ni... agak susah dan sedikit selekeh dengan peraturan yang banyak ...sebab tu la ambik keputusan tak nak masuk dalam award ni.

    Anyway, wish a good luck for the top 10.

    BalasPadam
  6. Boleh tengok dari 2012-2014 .... format diorang ditukar secara total yang tidak berikan apa-apa kelebihan untuk blogger....walaupun yang ada niche blog yang spesifik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement