Calon DiGi WWWOW 2014 Karya Digital

Tersenarai sudah sebagai calon DiGi WWWOW 2014 dalam kategori Karya Digital. Kali ini, saya calonkan blog ini menggunakan akaun Facebook, dua pencalonan sebelum ini menggunakan akaun Twitter telah ditolak. Mengapa bertanding dalam DiGi WWWOW 2014 kali ini?

Sebenarnya saya agak teragak-agak untuk mencalonkan blog ini tetapi apabila memikirkan arah tuju lebih jauh sebagai seorang blogger sepenuh masa, mesti ada wawasan dan cita-cita untuk pergi lebih jauh. Bukan mengharapkan penghargaan, tetapi ini merupakan peluang untuk saya memberi lebih daripada sekadar dari sebuah blog.

Calon DiGi WWWOW 2014 Karya Digital

Digi wwwow 2014 calon karya digital
Bagaimana DiGi WWWOW 2014 ini akan membantu saya bersama blog ini?

Pertama sekali saya sangat sangat sangat tertarik dengan beberapa hadiah yang ditawarkan. Wang tunai adalah salah satu darinya, tetapi yang lebih menarik ialah ada peluang untuk mendapat ilmu baru dan pengalaman menarik:

  • Kursus eksklusif Google Adwords dan Analytics selama 5 hari bernilai RM6,250.
  • Sesi bertemu dan beramah mesra dengan Ketua bahagian Editorial dan Kandungan MSN di pejabat Microsoft di Singapura. Sepasang (2 tiket) penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura. Penginapan 1 malam (1 bilik/2 orang) di Singapura.
  • Lawatan 3H2M ke Yahoo SEA HQ di Singapura termasuk Penerbangan + Penginapan + Makanan untuk bertemu Editor Urusan SEA dan platform editorial Yahoo yang berpengalaman. 
Kalau nak ikut keupayaan diri memang tak dapatlah ditunaikan, jadi .... menjadi hasrat saya untuk timba 3 pengalaman tersebut. Bukan senang dapat, jadi saya ingin mencuba mendapatkannya menerusi DiGi WWWOW 2014 dalam kategori Karya Digital.

Ketar Gentar dan Harapan

Walaupun ada sedikit gentar dan ketar apabila mengetahui akan ada sessi pembentangan idea selepas berjaya menjadi 10 pilihan terbaik, saya akan cuba untuk merealisasikan impian atas kemampuan yang ada.
Calon DiGi WWWOW 2014 Karya Digital
Saya tahu ramai rakan blogger hebat-hebat sedang berentap dalam kategori yang sama. Tapi bukan pematah semangat untuk saya bersaing atas daya yang ada. Siapapun boleh layak jika idea bernas boleh diketengahkan.

Impian dan Hasrat Jika Menang DiGi WWWOW 2014

Anda tahu apa yang sedang saya fikirkan seandainya menang dan berjaya dalam DiGi WWWOW 2014 ini?

Saya ingin mengukuhkan jenama blog ini supaya menjadi rujukan, panduan blogger blogspot di Nusantara. Walaupun ilmu blog saya tidak tinggi mana, namun saya percaya dengan sokongan rakan-rakan blogger seperti anda, in Sha Allah, ia boleh dicapai. Saya tahu ramai hati baik yang menjadi pembaca setia blog ini walaupun wajah mereka tidak pernah tampil dalam ruangan komen atau entri blog ini.

DiGi WWWOW 2014

Saya mahu lebih ramai blogger terutama blogger blogspot yang baru nak kenal dunia blog mantap ilmu dan tahu bagaimana menghasilkan blog dengan baik, berjiwa, berpengetahuan dan bertata-tertib. Saya mahu salurkan segala ilmu dan pengetahuan saya dalam blog untuk semua dengan lebih baik - menerusi seminar, bengkel atau kelas.

Saya ingin ramai blogger Malaysia jana income dari blog. Saya mahu ramai blogger jana saham dunia akhirat. Saya mahu blog dijadikan sebaran ilmu dan pengetahuan. Saya mahu blogger Malaysia dihormati dan disegani.

Jiwa Besar di Lewat Usia

Haha.

Hasrat memang nampak besar, kerana jiwa besar. Jiwa besar di lewat usia. Mahu buktikan sesuatu pada mereka yang pernah mencebik bibir dan memandang sinis apabila saya katakan saya seorang penulis blog.

Saya mahu anak saya bangga mengatakan pada cikgunya bahawa ayahnya seorang blogger sepenuh masa dan sedang mencurahkan ilmu pengetahuan ke seluruh dunia!

Itu hasrat saya. Dan hasrat saya secara jujur dan ikhlasnya ialah mahu anda UNDI blog ini dalam kategori Karya Digital - seandainya anda mahu membantu dalam merealisasikan impian ini.

Undi -  http://is.gd/undi_hasrulhassan

Terima kasih.

p.s: Saya mungkin tidak akan dapat membalas jasa mereka yang undi blog ini. Namun, saya berharap seandainya ada sebesar zarah kebaikan yang ada dari blog ini boleh dikongsi, saya rela berkongsi. In Sha Allah.


{ 13 comments.. read them below or add one }

Siti Anirah Azuri Siti Anirah Azuri April 08, 2014
InsyaAllah akan berjaya bagi yang berusaha..
:) Undi untuk HH
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy April 08, 2014
Ok..dah voted,,HH layak untuk menyertainya dan berharap blog nie akan memenangi pertandingan awards tu nanti...insyallah...
Kenit Cinonet Kenit Cinonet April 08, 2014
done voted bro. All the best! Teruskan berjiwa besaq, jangan besaq kepala sudah kihkihkih :D
Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum April 08, 2014
moning drop here early moning
Diyana Hani Diyana Hani April 08, 2014
yeah!! done vote untuk hari ini....HH memang layak menyertainya....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 08, 2014
Terima kasih sebab memberikan sokongan
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 08, 2014
Terima kasih banyak2 ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 08, 2014
Terima kasih Diyana Hani .. must appreciate.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 08, 2014
HAhaha .. amboi sempat lagi tu ngata ..hahaha ... apapun terima kasih banyak-banyak
Khir Khalid Khir Khalid April 08, 2014
Dah vote HH... Semoga berjaya.. aamiin.. :)
kamil salleh kamil salleh April 09, 2014
Salam... Moga apa saja hasrat terhadap impian dan cita-cita aksn berjaya. Peluang sentiasa ada jika kita berusaha merebutnya wslaupun sebesar mana peluang itu. Insya Allah tuan HH akan berjaya.
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal April 10, 2014
Assalamualaikum.. bro HH,

alhamdulillah... dah selesai vote.... moga bro berjaya dengan yang dicita2 kan...amin.

mselim3
kamil salleh kamil salleh June 12, 2014
Dah keluar senarai finalist untuk anugerah ini. Tak nampak rakan-rakan kita yang masuk... adalah sorang dua yang kita kenali melalui blog mereka.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.