Tweet tersebut telah dirakam oleh pihak SKMM, sebagai pendakwa dalam kes ini. Ia dianggap sebagai barang bukti kes yang digunakan untuk mendakwa Effi Nazrel Saharudin (1Obefiend).
Pemilik BlogSerius Kena Dakwa Hina Agong?
Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.Dalam pendakwaan tersebut, 1Obefiend mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan.
Saya kongsikan kepada anda siaran akhbar yang telah dikeluarkan oleh pihak SKMM atas pendakwaan tersebut iaitu pengguna twitter hina Agong yang merujuk kepada akaun twitter milik 1Obefiend yang juga merupakan penulis blog blogserius.blogspot.com.
Saya tiada komen untuk kes ini memandangkan ia masih lagi dalam siasatan dan akan dibicarakan di Mahkamah.
Cuma mungkin secangkir nasihat buat semua pemilik akaun laman sosial; dalam menyuarakan pendapat, kena fikir samada tindakan itu akan membawa mudarat atau tidak. Malaysia ada undang-undang dan salurannya. Perlu tertib dalam menyuarakan bahas dan pandangan.
SKMM menjalankan tugasnya memastikan keharmonian. Dan pengguna laman sosial juga harus bertanggungjawab untuk memastikan keharmonian itu dijaga.
Benang basah memang sukar nak ditegakkan .. tak percaya, cubalah buat. :)
Setuju sangat-sangat. Jadilah blogger yang mendidik. Jangan asyik nak melampiaskan caci maki sahaj di dunia maya.
ReplyDeletesetuju
ReplyDeletewoww.. terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata tanggung sendiri
ReplyDeletein peace OBE
ReplyDeleteberfikir dulu sebelum bertindak...
ReplyDeleteSebelum nak buat sesuatu guna akal fikiran yang waras ..Jgn dah terhantuk baru nak tergadah ..mmg tak guna dah masa tu ...
ReplyDelete#peringatanbuatdirisendiri sentiasa berfikir dengan akal yang waras...
ReplyDeletePeringatan untuk diri sendiri juga, berkata baik, bersangka baik bukannya kerana nak jadi terbaik sebaliknya agar kita berubah kepada keadaan yg lebih baik. Tulisan lebih tajam dari mata pedang..
ReplyDeleteemm,bila menulis ni..kena berhati hati..org sentiasa mencari kesalahan kita..jadi berhati hati la dgn isu sensitif..
ReplyDeletejadi blogger pun kena jaga kata2, sebelum tulis apa2 kena fikir banyak kali dulu..
ReplyDeleteKesian jugak sebenarnya..
ReplyDeleteBahaya..fikir dulu sebelum buat sesuatu..saya setuju dengan statement akhir bro tu.."benang yang basah sukar untuk ditegakkan"..
ReplyDeleteHarap blogger dan rakan media sosial yang lain mengambil iktibar daripada perkara ni..
Apa pun All The Best untuk Effi Nazrel..
Harap yang terbaik untuk saudara Effi..dan pengajaran untuk yang lain..
ReplyDeleteJadi pengajaran kepada diri sendiri dan blogger2 lain..
ReplyDeletejgn taksub sgt yo,
ReplyDeletepadan muka biar jadi pengajaran.jadi blogger yg ade adab jgn main ikut sedap mulut je. agung tu kan raja berdaulat kalau nk tegur pun jgn sampai menghina
ReplyDeletekes terlajak kayuh ni...
ReplyDeleteDah lama juga benda ni baru SKMM dapat buat kes kat mahkamah.. Pengalaman aku, kalau dah jadi kes mahkamah ni amat memenatkan jiwa dan raga. Menghabiskan duit dan masa.
ReplyDeleteterlajak perahu boleh diundur, terlajak tweet parah menanti
ReplyDeleteSian obe ..bini dah le preknen..ada ke duit nak bayar tu?
ReplyDeleteSalam..pd pendapat aku,kenyataan Obefiend tu ada kebenarannya.Satu persoalan,selama kita hidup di Malaysia ni ada ke mana2 raja or sultan ni tlg kita mengurangkan beban hidup?Tengok keadaan sekeliling,rakyat ramai susah tapi mereka hidup senang lenang..Fikirkan bersama...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.