Duta Yeo's Malaysia Sempena Ramadhan 2014

Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo's 2014 - Yeo's Malaysia telah melantik beberapa 'selebriti' dunia maya untuk dijadikan duta Yeo's Malaysia sempenan kedatangan bulan Ramadhan 2014. Saya mendapat perkhabaran ini daripada salah seorang blogger terkenal Malaysia yang menjadi salah seorang dari duta baru Yeo's Malaysia.

Tahniah saya ucapkan kepada +Ben Ashaari kerana membuktikan bahawa blogger punyai pengaruh besar dalam masyarakat di negara ini. Alhamdulillah, sedikit sebanyak blogger Malaysia akan dapat tempias dengan penglibatan dan penghormatan ini.

Ben Ashaari - Duta Yeo's Malaysia Sempena Ramadhan 2014  - Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo's 2014

Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo's 2014
Sebenarnya ini bukan pertama kali seorang blogger dilantik menjadi duta produk di Malaysia. Ramai lagi blogger yang punyai pengaruh telah mendapat peluang seperti ini.

Inilah antara peluang yang diberikan kepada blogger Malaysia untuk menaikkan jenama sesuatu produk menerusi penulisan. Saya percaya ramai lagi blogger-blogger hebat yang boleh menulis entri cukup baik sehingga mampu melonjak jenama dan bisnes sesuatu produk.

Buat blogger Malaysia, jika mahu merebut peluang terbaik seperti ini, anda patut tingkatkan ilmu pengetahuan dan tambah pengalaman supaya tahu menghasilkan entri terbaik yang boleh memikat sesiapa sahaja yang membaca. Paling terbaik, saya syorkan supaya lebih ramai blogger belajar mengenai cara menulis menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimization) supaya lebih impak dapat diberikan.

SEO - teknik yang mampu membuatkan entri blog berada di enjin carian Google. Teknik ini bukan sahaja memberikan trafik ke blog, tetapi juga akan membolehkan apa yang disampaikan ... dibaca oleh golongan sasaran yang mencari info mengenainya.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Ben Ashaari menerusi blog Ben Ashaari kerana dipilih menjadi duta kepada produk Yeo's Malaysia sempena Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo's 2014
Ben Ashaari Duta Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo's 2014
Ada contest untuk blogger sempena Ramadhan 2014, boleh rujuk entri ini - Buffet Ramadhan Casa Ombak.



Post a Comment

20 Comments

  1. tahniah. lepas ni bro HH pulak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tumpang gembira atas kejayaannya..ye lepas ni rezeki HH pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah .. moga doakan yang terbaik buat saya sekeluarga.

      Delete
  3. populariti bro Ben Ashaari memang tidak dapat dinafikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm usaha keras pasti akan ada habuannya.

      Delete
  4. Sekarang blogger dipandang tinggi..tahniah abang ben

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suara blogger dah besar, banyak pendedahan diberikan di media massa sekarang.

      Delete
  5. Tahniah Ben Ashaari.. insyaAllah.. sifu HH pun mampu juga tu.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. jadi maskot dan duta kepada Panda kot .. hahahaha

      Delete
  6. Tahniah pada Ben Ashaari>
    Terima Kasih kepada HH yang sudi memberi tips dan panduan pada blogger mengenai SEO.

    ReplyDelete
  7. Blogger pun boleh hidup apa kan sekarang..
    Bila pulak Bro HH nak jadi duta? hehe moga ada rezeki akan datang ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak lihat akan kesempatan untuk saya jadi blogger melainkan saya ubah sedikit cara penulisan di blog .. :)

      Delete
  8. Very useful information. Thank you for sharing it. Thanks 99th.in

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.