Sebagai blogger yang ada blog bersifat personal atau peribadi, bagaimana anda nak tulis satu entri blog personal tetapi ada informasi untuk dimanfaatkan. Bukan satu cerita kosong tanpa ada satu benda yang boleh diguna-pakai dan membantu yang lain?
Contoh Blog Personal - www.ziezah.com |
Cara Tulis Entri Blog Personal Tapi Berinformasi
Ok, mudah sahaja.Sebagai contoh, anda menulis mengenai kisah kecewanya anda dalam bercinta.
Anda boleh bercerita soal kisah hati duka lara anda segala bagai. Boleh je cerita anda menangis sedu sedan dari pagi sampai malam, tapi dalam entri tersebut, boleh sahaja anda selitkan doa untuk tenangkan hati, atau tips bagaimana nak redakan kegelisahan dan kesedihan. Boleh ikut cara anda atau anda kongsikan sahaja daripada sumber-sumber yang boleh menjadi rujukan sahih.
Contoh Blog Personal - amysigadisweird.blogspot.com |
Sebagai contoh kedua, anda menulis mengenai anda tersesat jalan semasa nak pergi kenduri kahwin seorang rakan yang duduk ceruk kampung mana ntah.
Anda boleh cerita kisah perjalanan anda dari A sampai Z, cerita kawasan mana anda sesat larat sampai anda pening dan jadi risau. Boleh sahaja selitkan penggunaan teknologi yang anda guna dalam hadapi sesat larat tersebut, contohnya macam guna aplikasi Waze atau Google Maps sebagai contoh. Paling tidak, ada yang tak tahu boleh tahu ada aplikasi yang boleh guna untuk mencari jalan atau destinasi tertentu - walaupun hakikatnya kat tempat anda sesat tu tak ada line internet atau coverage telefon... hehehe...
Ok, satu lagi contoh.
Katakan anda menulis sebuah entri personal mengenai gelagat anak-anak anda bermain pasir di pantai. Anda boleh sahaja kongsikan peta ke pantai yang anda dengan anak-anak anda suka ria. Atau anda boleh berikan tips untuk para ibu bapa boleh bermain sama dengan anak-anak di pantai.
Berikan Nilai Kepada Pembaca
Anda boleh tulis secara terus atau boleh dalam bentuk point. Jadi, penulisan entri masih lagi bersifat personal, tetapi ada informasi yang boleh dimanfaatkan oleh sesiapa jua yang baca blog anda.Tips menulis entri personal berinformasi ini saya dah pernah cerita, jadi entri kali ini bolehlah anggap sebagai tambahan perisa atau sebagai ulang ingat apa yang dah saya beritahu sebelum ini. In Sha Allah, dengan cara penulisan begini, entri anda lebih nilai kepada pembaca blog anda. Tiada akan ada lagi cakap-cakap mengatakan .. "Buat apa baca blog tu .. blog sampah je semata .. pui..."
Erkk .. aishhh .. tak jelas lagi ke camner nak tulis entri personal yang ada informasi ni?
Ok ... saya berikan satu tajuk entri dari blog rakan blogger ...
Harap dah jelas kot bagaimana nak tulis entri blog personal yang berinformasi.
In Sha Allah. Menulis biar memberikan sesuatu. jika tidak dapat segunung, berikan sebukit, jika tidak dapat sebukit, berilah sebusut .. jika tidak mampu berikan sebusut, cukuplah berikan hamparan butiran pasir.
Perkongsian yang menarik :) Boleh cuba.
ReplyDeleteTerima kasih .. cuba je .. in Sha Allah, akan nampak hasilnya dalam jangka panjang
DeleteBaguslah Has
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi...harus dipraktikkan ni...
ReplyDeleteterima kasih bro hasrulhassan....tips yang sangat menarik dan berguna bagi blogger personal
ReplyDeleteterima kasih..satu panduan yang berguna nie tuan!
ReplyDeleteInsyaAllah boleh cuba buat camnie...tapi kadang2 terlepas pandang jugak jadi entri syok sendiri hehe...
ReplyDeletePERKONGSIAN YG BAIK BRO HH :)
ReplyDeletetrima kasih atas perkongsian nie..sungguh bermanfaat buat Cik Nur :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga apa yang saya sampaikan ini dapat bantu Cik Nur hasilkan lebih banyak entri bersifat personal tetapi dalam masa sama beri manfaat kepada yang lain.
Deleteterima kasih atas cadangan tersebut HH.. boleh apply lepas nih..:)
ReplyDeleteSangat bagus dan mudah dimengerti penjelasan tentang bagaimana kita menulis entri blog personal yang berinformasi, terima kasih bro
ReplyDeleteSama-sama, harap penerangan yang ada ini cukup jelas buat mereka yang mahu tahu cara penulisan terbaik bagi sebuah blog personal.
Deleteerk.. terkejut ada gambar saya punya blog dekat sini. haha. thanks for the tips anyway. biasalah, kita manusia ni bila dah start menulis, kadang-kadang boleh melencong juga kan. kena selalu ingatkan diri.
ReplyDeleteMelencong? Apa yang dipaparkan dalam sebuah blog personal, ada informasi adalah sesuatu yang bagus.
Deletethanks for da tips mr HH^^
ReplyDeletenice sharing..terima kasih :)
ReplyDeleteTerima ksih atas perkogsian Bro HH
ReplyDeleteTerima kasih HH perkongsian yg baik untuk blog personal/ entry personal. Boleh gunakan untuk entry berikutnya
ReplyDeleteitulah yang sedang saya fikirkan bila line celcom mula meragam.berusaha membuat entry yang berinformasi meskipun cuma blog personel.Thanks for this tips.
ReplyDeletenice tip....
ReplyDeleteberguna sangat entry ni.. boleh majukan lagi dalm berblog. :)
ReplyDeletejom kita sama2 berusaha :D
DeleteHai tuan...jika tuan inginkan contoh lagi pada masa akan datang, bolehlah ambil dari blog saya ya..sangat dialu-alukan...terima kasih tuan...
ReplyDeletePerkongsian yang menarik. Tq for sharing. Lepas ni boleh tingkatkan usaha.. xD
ReplyDeleteSetuju! Entri kodong akan membuatkan hilang minat utk membaca
ReplyDeletekodong tu apa ye
Deletebetul. penulisan dari hati lebih menarik daripada sharing macam robot. :)))
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.