Ramai gak yang sentap bila ada masyarakat yang sifatkan blogger Malaysia ramai kaki sebar fitnah. Kata mereka, blogger sebegini hanya mahu dapatkan trafik tinggi dan raih populariti mudah. Ya, saya sendiri akui memang wujud golongan blogger yang sebegini. Tapi agak tidak adil jika mahu samakan semua blogger seperti ini.

Trafik memang penting untuk sesebuah blog. Bukan mudah nak dapatkan trafik tinggi, apatah lagi apabila blog tersebut sebuah blog peribadi yang cerita pasal kisah dan kejadian seharian. Lagi kalau blog hanya banyak hiasan daripada isi, jadi memang beratlah sikit nak dapatkan pembaca budiman yang menjadi pengikut setia baca blog setiap hari.

Bukan Semua Blogger Malaysia Kaki Fitnah

Terbaru isu murtad beramai-ramai di gereja. Di bawah ini adalah antara isu sensitif yang disifatkan sebagai satu fitnah, yang dikaitkan pula dengan blogger Malaysia, sebagai antara penyebab penyebaran dan memainkan isu ini.

Bukan semua blogger Malaysia kaki fitnah. Ada tu yang secara tak sengaja akibat termudah percaya - terbuat silap jadi penyebar berita dan informasi yang kurang lengkap dan kurang kredibiliti. Manusia. Namapun manusia, selalu sangat terpesona dengan kebendaan dunia, dan dalam hal ini cuba untuk sebarkan info yang mereka fikir ia benar, walhal ia sebenarnya satu bentuk kepalsuan.

Gagalnya seorang blogger mencari kebenaran dan ketepatan sesuatu maklumat sebelum sebarkan menerusi laman sosial dan juga blog akan mengakibatkan masalah dan timbul fitnah.

Saya sendiri pernah lakukan kesilapan ini. Apa yang perlu dibuat selepas melakukan salah silap tanpa sengaja ini adalah dua benda; permohonan maaf dan pembetulan blog post tersebut .. atau cara kedua, padamkan entri tersebut di dalam blog.

Bahaya apabila kita menulis tanpa sumber tepat. Media sosial dah jadi satu senjata penyebaran yang boleh jadi dua - penyebaran perkara sulit yang benar, dan penyebaran perkara yang sulit tapi berunsur dakyah, hasutan dan fitnah.

Carilah Ilmu - Belajar Menulis Blog dengan Baik

Untuk elak melakukan perkara-perkara seperti ini berulang, seharusnya sebagai blogger Malaysia; perlu tingkatkan ilmu, perlu tahu cara menulis blog yang sebenar, dan mengetahui bagaimana cara mendapatkan informasi dan mengesahkan akan kebenarannya.

Blogger Malaysia boleh kejar trafik berjuta-juta tapi pastikan tidak menjadi blogger Malaysia kaki sebar fitnah yang boleh porak-perandakan masyarakat di Malaysia. Dalam bab menulis, kena tahu menulis dengan cara halus dan mengesankan, ibarat menarik rambut dari tepung. Rambut dapat diambil, tepung tidak berselerak.

Ambillah pengajaran daripada kesilapan blogger lain. Jangan sampai kita jadi penyebar sesuatu yang tidak benar dan tidak betul. Sokong entri-entri yang sebegini dengan sumber tepat dan pautan yang ada kredibiliti.

Maaf andai entri ini kalau buatkan rasa tidak selesa. Andai saya ada salah dan silap sebelum ini, saya mohon sejuta kemaafan pada yang mungkin ada sekelumit tidak puas dengan apa yang saya telah sampaikan menerusi blog ini.

p.s: Isu Murtad memang isu dah lama berlaku di Malaysia, tidak disangkal, tetapi kena bijak tanggani, dan menjadi tanggungjawab dakwah buat muslimin dan muslimat.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju..kdng timm sndri pun ada jugk buat entry yg xsepatutnya..pastu pepndailah padam balik..tpi kdng2 jumpa jugk blog yg semta2 cerita bnda bukn..tajuk pun 18 sx semua..

    BalasPadam
  2. ada komen facebook lak... nak komen kat mana satu ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana-mana satu boleh. Sedang uji keberkesanan untuk viral post

      Padam
  3. itu yang di katakan kerana nila setitik habis susu sebelanga ... kadang-kadang kita nieh jangan terlalu cepat sangat tekan button share dan terus percaya apa yang di sampaikan .. kita sendiri boleh mencari kebenaran apa yang di sampaikan bila benda tu dah betul baru lah kita kongsi dan kalau bentu tak betul kita betul kan supaya tak ada yang kongsi benda yang tak betul tuh

    BalasPadam
  4. hmm.. Saya sebenarnya tak berapa suka sangat blog yang cerita pasal gosip, dalam kata lain pasal retis.. Kebanyakan banyak fitnah daripada fakta..tapi saya tak cakap semua blog.. Kadang2 yang komen pun ada banyak yang negatif daripada positif.. Bayangkan kalau dalam blog banyak fitnah, pastu pembaca lak jenis yang terima bulat2, pastu p share.. Kira lah banyak mana saham yang admin tu kumpul.. Astaghfirullah.. Lebih baik buat blog yang boleh bantu kita masa kita sudah tiada nanti.. Selagi orang baca, selagi tu lah, pahala kita bertambah.. :) Ni pandangan saya sahaja.. Kalau ada salah silap, mintok maaf deh.. hehe

    BalasPadam
  5. aku pun cukup marah ngan blogger gini..langsung takde rasa ada nilai moral..

    aiseh..takde URL lagi nak tinggalkan..huhu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement