Betul atau tidak andai saya katakan bahawa blogger lelaki tak suka glamor? Saya harap akan ada komen-komen membina yang boleh dikongsikan di akhir entri ini nanti. Saya tahu ramai yang ada pendapat lagi bernas nak diketengahkan. Tapi sebelum itu, boleh baca pandangan dan pendapat 20 sen saya, tak suka tak mengapa, tapi harapnya ia dibaca. Suka ... Like je. :)

Blogger lelaki tak suka glamor. Ramai blogger lelaki ada yang simpan kuku dalam gengam tangan. Mereka ini kebanyakkan blogger underground. Mereka lebih suka tampil berjaya dengan hasil penulisan, dan income berganda-ganda daripada blog mereka. Jarang mereka buka rahsia kejayaan, tetapi lebih kepada membuktikan dalam diam.

Blogger Lelaki Kebanyakkan Tak Suka Glamor

Blogger Lelaki Tak Suka Glamor
Blogger lelaki tak suka glamor, itu sebab blogger lelaki jarang ada gambar dalam blog entri mereka. Lebih pentingkan penulisan dari gambar diri mereka yang sana sini selfie (walaupun ada yang gila buat).

Dan saya boleh katakan ramai yang gunakan profile yang tak berapa nak jelas, nama samaran yang pelik-pelik dan ada yang muncul sebagai bukan seorang lelaki.

Blogger lelaki tak suka glamor tapi jika mereka diberikan perhatian, ada yang mungkin senyum lebar.

Blogger lelaki tak suka glamor, itu sebab mereka tak kisah pun blog tak ada pengikut, dan tak kesah pun blog mereka tak menang anugerah atau diberikan perhatian dalam dunia blog Malaysia.

Tapi ...

Dalam dunia blog Malaysia, blogger lelaki jugalah yang banyak buat onar. Maaf kata, ada yang tak mahu glamor kerana mereka mahu bercerita sesuatu yang akan membuatkan mereka dibenci dan tidak digemari. Mereka sorok identiti kerana tidak mahu dipertangungjawabkan.

Ya, memang mereka tidak mahu glamor tetapi ... ada tindakan mereka itu cetus kontroversi, malah ada yang melaga-lagakan dan ada pula bersifat fitnah. Mereka blogger lelaki yang suka kejar trafik blog dan lihat angka pageviews bertambah beribu-ribu setiap hari.

Tak suka glamor .... tapi ada benda lain yang mereka mahukan.

Beza dengan blogger wanita ... beza apa? Boleh baca semula dan bandingkan sendiri.


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Diri saya suka glamour tapi tak dapat pun jadi glamour...mungkin bukan rezeki... Bukan senang nak jadi glamour macam anda, Ben atau Mak Dara..

    BalasPadam
  2. Glamor...oh tidak, cukuplah dikenali dgn nama ini. Tapi sikit2 dah mula dedahkan identiti...
    Cukuplah hanya melihat HH yg dah glamor... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha .. saya glamor? Glamor la sangat ... tak sapa pun kenal saya BM weihhh...

      Padam
  3. Low profil. Hihi

    Like http://facebook.com/ouofmindblog utk byk info nenarik!

    BalasPadam
  4. Tak glamour tak apa, asalkan apa yang kita kongsi itu berguna kepada semua orang, terutamanya diri kita sendiri. ^_^

    BalasPadam
  5. orang tak glamour takpa, entry glamour cantik

    BalasPadam
  6. tak suke glamor sebab segan. buat blog ni pun senyap2 tak bagitahu kengkawan. hahahah

    BalasPadam
  7. glamor? Yang deno kenal blogger lelaki glamor mr. HH, Ben Ashaari, Papamifz.. Emm dah lupa dah.. heee^^

    BalasPadam
  8. yea btul... menulis skdr nk highlight words... bukan nk highlight diri... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement