9 Persoalan Mengenai Hosting Sendiri
Hosting sendiri tu macam mana sebenarnya?
Hosting itu bermakna anda meletakkan segala data di sebuah server khas yang telah disediakan. Apabila berkata web hosting, ini bermakna anda meletakkan semua data berkaitan web anda di sebuah server yang disediakan - samada anda sediakan sendiri atau anda menyewa dari web hosting services.Bayaran tahunan tu, maksudnya setiap tahun kita kena bayar fee lah ye.
Bayaran tahunan, ya, anda perlu bayar untuk penyediaan perkhidmatan ini. Selalunya pihak pentadbir server akan menghubungi untuk lanjutkan sewaan atau menyediakan tawaran yang lain.[post_ads]
Hosting sendiri, space akan limited. Kalau nak guna lebih, kena tambah duit lagi?
Ya, bandwidth adalah bergantung kepada keupayaan server yang meletakkan data web anda, dan ia juga bergantung kepada kelajuan server berkenaan serta bandwidth yang telah diberikan. Jumlah data pula bergantung kepada jumlah space atau ruang storan yang diberikan.Bandwith tu semua bagai, apa dia ye?
Berapa banyak data yang boleh ditransfer, dimuatturun dan dimuatnaik. Bayangkan satu komputer yang ada port USB....makin banyak port ..makin banyak USB leh cucuk.Apa kebaikan paling utama dan sebab orang pilih hosting berbanding guna blogspot ni?
Blogspot percuma, manakala hosting berbayar. Pilih hosting supaya nampak lebih profesional dan banyak benda boleh dilakukan jika mengunakan hosting sendiri. Blog pernigaan sangat bagus kalau guna hosting sendiri. Boleh dapatkan data pelanggan dan tingkatkan jualan.Tips dan perkara utama yang perlu diambil kira untuk memilih pakej hosting yang terbaik?
Kebolehupayaan, khidmat selepas pembelian hosting. Uptime penting agar laman web yang ada hosting kat server itu sentiasa ada dalam dunia maya.Macam mana nak transfer semua data blog kita ni?
Jika anda pengguna blog yang percuma, anda boleh cuba aplikasi yang ada disediakan oleh kebanyakkan web services atau hosting provider. Malah, anda boleh download data dari blogspot untuk dimuatnaik pada server baru, asalkan anda menggunakan platform (menulis blog) yang sama. Selalunya, pengguna2 hosting sendiri atau berbayar ini menggunakan platform wordpress dan bukannya blogspot - jadi anda mungkin tak boleh transfer melainkan ada aplikasi yang diberikan yang membolehkan anda berbuat demikian.Kalau tak guna hosting sendiri, tak boleh ke?
Boleh. Saya sendiri tak guna hosting sendiri untuk blog ini. Ben Ashaari pun tak guna hosting sendiri. Malah banyak blog yang popular tak guna hosting sendiri. Blog web hosting sendiri lebih sesuai kepada laman web bisnes, laman web untuk menjana pendapatan.Ada keburukan atau kelemahan tak berhosting sendiri ni?
Bagi saya, kelemahannya hanyalah tertakluk pada Google yang menyediakan khidmat ini. Jika syarikat Google bankrup, barulah perlu risau. Anda mungkin kehilangan blog anda buat selamanya .... itupun kalau Google ada masalah besar mengenainya.Jawapan yang saya berikan adalah separa teknikal dan ia merupakan pendapat berdasarkan pengetahuan sedikit saya. Mungkin ada blogger lain yang boleh menambah.
[post_ads_2]
Persoalan ini diajukan oleh: Innanie Ariffin
Terima kasih, saya tertanya-tanya juga benda ni
BalasPadamsaya memang merancang untuk guna blog hosting sendiri yang khusus untuk komersial dan pakej bisnes!
BalasPadamada banyak advantage lain sebenarnya kalau ada hosting ni..bukan takat 'nampak profesional' sahaja..memasing ada pro dan kontra bergantung kepada kegunaan je le.
BalasPadamRisiko tu tetap ada..sama ada percuma atau berbayar..percuma, risiko blog anda didelete adalah tinggi jika blog yang dibuat disyaki oleh Google melanggar Terms yang ditetapkan atau banyak report negatif mengenai blog berkenaan..setakat pengalaman aku le..
tapi hosting sndiri pun ada risikonya..seperti orang akan hack maklumat, tetapi biasanya penyedia hosting akan tolong recover balik dan kita boleh manage sendiri semuanya dari cpanel yang disediakan membuatkan kita lebih tahu dengan keseluruhan maklumat web kita...:D
Terima kasih atas penerangan cukup baik ni .. harap ada yang baca ulasan ni baru clear sdikit mengenai hosting
Padamoo mcm tu baru faham >.<
BalasPadamartikel yang bermanfaat, harap dapat membantu sesiapa yang baru nak menceburi bidang blog dsb.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.