The Liebster Award - Perghhh ... lama tak kena tag tag menerusi blog ni. Kali akhir kalau tak silap tahun 2010 kot ... ke 2011. Masa tu memang meriahlah dunia blog Malaysia ni dengan aktiviti tag rakan-rakan blogger ni, samada segmen atau giveaway ke apa ke ... skarang ni, dah jarang dah blogger buat.

Tak sangka, kali ini ditag oleh rakan blogger cun, cantik manis .. muda lagi kau ... 23 tahun tu.

Terima kasih kerana tag nama saya dalam The Liebster Award, saya terima seadanya. In Sha Allah saya akan jawab dengan terang lagi jujur soalan-soalan yang diajukan tu .... apakah soalannya? Huhuhu.. kena baca la sampai abis ... ye tak?
The Liebster Award

Kena Tag dan Jawab Soalan

Kena jawab beberapa soalan dan pertanyaan oleh blogger Hunyeda. Mencabar gak soalan diberikan. Kena fikir masak-masak dan bina ayat baikkk punya.

Jadi, saya nak kongsikan kepada anda semua ... soalan-soalan yang perlu saya jawab yang dinyatakan oleh blogger Hunyeda menerusi entri ini - The Liebster Award #2

Awas, jawapan-jawapan yang akan saya berikan akan membuatkan anda tak suka pada saya .. hahahaha ... ok ok ... kita tengok dulu ehhh ... jangan nak main senyum-senyum sinis ehh ... saya tak nampak, tapi Tuhan nampak ..
The Liebster Award - Kena Tag Awek Cun

The Liebster Award

Eh jap ... ada yang tak tahu apa kebendanya Liebster Award ni ... ok, sebelum saya jawab soalan-soalan dari blogger +Huny eda  ... biar saya kasik sedikit info berkaitan The Liebster Award ni.

  • Anugerah The Liebster Award ini hanya wujud di internet sahaja. Kat luar tak mandang benda ni. Ia merupakan award yang diberikan dari seorang blogger kepada blogger yang lain menerusi fungsi tag.
  • Jika nak berikan award ini, kita kena tag dan sebutkan dalam entri khas The Liebster Award. Lepas tu kena bagitahu kat empunya blog atau blogger mengenai award yang diberikan.
  • Asal usul award ini difahamkan dari Jerman, sebab perkataan Liebster itu dari bahasa Jerman bermaksud - dearest, sweetest, kindest, nicest, beloved, lovely, kind, pleasant, valued, cute, endearing, welcome, sweetheart and boyfriend .... errkk pandai-pandailah anda translate sendiri ye.
  • Konsepnya seakan surat berantai, tapi dalam dunia blog ... boleh dikatakan sebagai entri berantai, di mana seorang blogger itu akan buat entri, berikan pada yang layak; selepas jawab dan sediakan soalan-soalan baru.
  • Sebagai blogger yang kena tag, boleh juga untuk tidak menerima award diberikan. Jadi, dia hanya perlu jawab soalan diberikan tanpa perlu kemukakan soalan dan tag rakan blogger lain.
  • The Liebster Award ada pelbagai variasi lain tetapi konsepnya sama macam diberitahu awal tadi, penerima kena beritahu menerima award diberikan, dan berikan url entri di blog yang memberikan award tersebut. 
  • Satu kaedah untuk mempromosikan blog-blog baru dan juga membina backlinks berkualiti menerusi kata kunci The Liebster Award.

Soalan The Liebster Award dari Hunyeda

  1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan? Menyeronokkan, Gelap, Penyanyang
  2. Berapa lama dah berblogging? Sejak dari tahun 2008
  3. Jenis perempuan yang anda tidak suka? Terlalu suka shopping benda yang tidak patut atau tidak perlu
  4. Apa yang anda fikir bila bangun dari tidur? Mandi dan sholat
  5. Apa anda buat bila masa lapang? Memancing, bawa anak-anak berjalan suka ria
  6. Kalau diberi peluang, anda nak jadi apa, n why? Nak jadi menteri, sebab nak betulkan apa yang boleh untuk kebaikan masyarakat
  7. Kalau anda menyatakan yang anda minat seorang artis lelaki, kacak, adakah anda akan di kategorikan gay oleh bf/istri? Tidak, mereka faham saya macamana dan tahu selera saya ... hehehe
  8. Apakah definisi lelaki jambu pada pendapat anda? Lelaki jambu tak tahu, tetapi lelaki merah jambu saya tahu .. beliau ialah abangensem.com
  9. Apakah ciri-ciri wanita berjaya bagi pandangan anda? Ada anak yang ramai berjaya dunia akhirat
  10. Komen sedikit mengenai blog hunyeda? Merah jambu dengan hijau tak serasi ... sila cari kombinasi yang lain ... hehehe tetapi dari segi penampilan ... sesuailah dengan personaliti seorang gadis yang masih single dan malu malu kucing.

Ok dah ... siap.

Saya nak tag sesiapa sahaja yang teringin nak jawab 5 soalan saya di bawah. Jika dah jawab, sila beritahu saya nanti ye ... mekasih.

The Liebster Award dari HASRULHASSAN.COM

  1. Dimanakah kampung anda, dan apakah keistimewaannya?
  2. Siapakah blogger yang anda teringin sangat nak jumpa? Berikan seorang blogger lelaki dan seorang blogger wanita.
  3. Dari mana tahu mengenai blog HASRULHASSAN.COM?
  4. Adakah anda pernah dapat duit menerusi blog anda? Jika pernah dari sumber apa?
  5. Namakan lima blogger yang kerap singgah dan baca blog anda.
Jangan lupa ambil award tu dan tempek ehh ...



12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ahhaaa... kena tag awek cun yer bro... ketaq nak jawab? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaha.... tu la pasal ... lama tak kena approach oleh seorang awek .. hehehehe

      Padam
  2. CN dah jawab soklan2 tu..hehe

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/05/the-liebster-award-dari-hasrulhassancom.html

    BalasPadam
  3. baru saja selesai mengarang untuk award yang ditag secara rasmi.... hmmm agak2 kalau rajin nanti YB jawab juga... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. ok tu ... jangan lupa bagitahu saya ye ...

      Padam
  4. Pergh kawab trus awek cun tag..hehe

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, huda join http://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-dari-hasrulhassancom.html

    BalasPadam
  6. wah..ahahahhahaha..cun sangat..thanks bro dah jawap soalan..ngeeee.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama .. harap menepati yang diharapkan.

      Padam
  7. The Liebster Award 2nd times baca pasal benda ni. 1st times kat anajingga.blogspot dia pun kena tag dan mentag. Sebelum 2 minggu lepas tak pernah tahu ada award cenggini. Errrmmmmm... Cool....

    BalasPadam
  8. yeahh..nampak sgt pentadbiran skarang tak berapa betul kan.. hehehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement