Tempoh hari saya ada cerita sedikit berkaitan DoFollow dan NoFollow dalam perspektif untuk meningkatkan Pagerank, dan juga mendapatkan komen yang banyak. Kali ini, saya nak bincangkan sedikit mengenai kelebihan blog atau link NoFollow, sebab kenapa? Sebab ada yang tak percaya apabila saya katakan bahawa link nofollow pun ada kelebihannya.

Jadi, apakah kelebihan yang ada pada blog atau link nofollow? Tang mana nak buat teknik ni? Bila?
Apa Kelebihan Blog Atau Link NoFollow?

In Sha Allah, saya cuba ceritakan serba sedikit dan berikan tips mudah berkaitan bagaimana nak ambil kesempatan dengan link nofollow. Sebelum itu, saya kongsikan sedikit penerangan yang diambil daripada Wikipedia mengenai NoFollow ini.
NoFollow is a value that can be assigned to the rel attribute of an HTML a element to instruct some search engines that a hyperlink should not influence the link target's ranking in the search engine's index. It is intended to reduce the effectiveness of certain types of search engine spam, thereby improving the quality of search engine results and preventing spam indexing from occurring.

Kelebihan Blog atau Link NoFollow

Ruangan Komen Bebas Serangan Spam

Hindari blog dari terkena serangan komen-komen berbentuk spam tanpa nama, atau daripada menjadi tumpuan komen-komen spam bina backlink daripada servis bina backlinks yang merugikan.

Blog atau ruangan komen yang memberikan status dofollow link akan menyebabkan banyak komen masuk adalah komen berbentuk spam. Jika ini berlaku, ia boleh memudaratkan blog kerana Google akan melabelkan blog anda sebagai sarang spam, dan tidak bagus untuk enjin carian mereka.
Apa Kelebihan Blog Atau Link NoFollow?

Maka, dengan menjadikan ruangan komen atau sesetengah link sebagai nofollow link, serangan komen-komen berbentuk spam dapat dihindari.

Mengapa berlaku? Pastilah kerana nak dapatkan backlinks berkualiti dari blog yang ada PR bagus, supaya PR blog yang tukang spam ini dapat naikkan PR blog mereka.

Mesra SEO

Macam pelik, tetapi itulah antara kebenarannya. Blog yang mempunyai link nofollow dan ruangan komen nofollow adalah lebih mesra SEO. Ini adalah disebabkan ada kawalan supaya tidak mudah backlink tercipta tanpa persetujuan pemilik blog. Blog bukan tempat 'ladang' spam dalam membina backlink yang tidak berkualiti.

Google sukakan blog-blog yang ada akses terhad kepada pembinaan backlink ini. Jadi, nofollow link yang ada di dalam blog sedikit sebanyak memberikan tanda pada Google bahawa blog kita tidak sewenang-wenangnya berikan backlinks.

Google Pagerank Lebih Stabil

Google Pagerank (PR) lebih stabil, tidak mudah turun naik. Jika hari ini PR2, ia akan kekal lebih lama berbanding dengan blog yang hari ini PR2 .. esok lusa dah turun jadi PR1 atau PR0.

Itu serba sedikit pengetahuan saya mengenai nofollow link. Jika nak tahu lagi, boleh tonton video ini daripada pakar yang bertanggungjawab mengenai enjin carina di Google - Matt Cutts


Bila Nak Gunakan Teknik NoFollow?

Kandungan Kurang Kredibiliti

Jika anda tidak yakin akan kandungan sesebuah blog atau sumber, maka anda perlu letakkan rel atau attribute nofollow pada link tersebut. Teknik ini saya gunakan kepada sumber-sumber berita, kerana adakalanya berita yang dijadikan sumber itu tidak lengkap atau kadangkala terpadam atau dipadamkan. Jadi, buat apa berikan backlinks kepada sesuatu yang mungkin tidak akan wujud lama. Begitu juga untuk link-link berkaitan kontes serta link yang ada terlalu banyak backlink dofollow yang wujud dalam sesebuah blog. Google akan anggap kita cuba manipulasi link atau buat satu tindakan tak beretika naikkan pagerank blog.

Bagaimana nak set nofollow link dalam blog? Baca sini - Apa Itu DoFollow dan NoFollow - Cara Setting Link dalam Blog

Link Berbayar atau Laman Ping seperti Busuk

Semak backlink yang anda berikan kepada link-link laman ping seperti Facebook Page, Busuk, Kartikel yang ada banyak backlinks disumberkan. Pastikan anda set backlink atau pautan blog anda ke laman-laman tersebut sebagai nofollow.

Begitu juga dengan link-link berbayar atau pengiklanan. Sekiranya ia bukan satu niche dengan blog, setkan nofollow link pada pautan tersebut.

Prioriti Kepada Robot Enjin Carian

Setkan nofollow kepada link-link yang ada dalam blog anda yang tidak berikan sebarang manfaat secara langsung dengan blog anda. Seperti contoh saya katakan tadi, link atau pautan kepada pengiklanan; terutama yang berbeza niche dengan blog anda.

Setkan nofollow link kepada pautan yang tidak menggambarkan kandungan blog anda. Contoh seperti link untuk download eboook dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini akan berikan lebih pemahaman anda mengenai blog atau link nofollow.




21 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. makin banyak baca makin pening. Apa yang sepatutnya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya? Baca balik ... Faham betul betul akan Kegunaan nofollow ... Dofollow ...ia bergantung dgn jenis pautan, atau apa kita nak. Jika nak blog byk komen, setkan dofollow...maka akan sukalah org nak komen sbb dpt dofollow link utk naikkan pr blog. Tapi, ia juga pada masa sama ... Akan tarik perhatian org utk spam ruang komen...disebabkan kelebihan dofollow.

      Padam
    2. Utk dptkan dua dua kelebihan, anda perlu secara manual set dan reset dofollow dan nofollow blog anda atau link yang anda bina.

      Contoh, anda tulis satu entri pasal busuk.org atau page blog orang lain, anda setkan nofollow ke pautan itu.

      Padam
    3. Makin banyak membaca, makin rasa kosong...kosong..kosongg
      macam najwa huhu

      rasa macam nak berguru depan-depan pasal nofollow dan do follow

      Padam
  2. ahahah..mula2 ok lagi..dah dekat nak habis pening....kena baca 2 3 kali baru faham...

    BalasPadam
  3. Agak terkapai2 bila membaca ni. Kene perlu teliti dengan terma dan kosa kota.

    BalasPadam
  4. hiiii..singgah sini dan follow untuk cari ilmu dunia blogging..

    harap sudi beri tujuk ajar.. ^_^

    BalasPadam
  5. Faham entri ni.. tp kena slow2 sbb nanti boleh jadi konfius juga. Otak saya ni lambat sikit loading bab2 ni semua.. mmg perlukan kesabaran untuk mengelakkan kecelaruan minda huhu.. t kasih HH.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... saya baca pun kadang2 keliru gak.

      Padam
  6. ingatkan nofollow nie mendatangkan kemudaratan , rupanya ade benefit dia tersendiri .. pendedahan baru ni :)
    abg HH , saya jmput abg join segmen saya , saya nak buat review pasal blog ..
    hope abg sudi join : http://www.faizuddinfuad.com/2014/05/segmen-blog-review.html

    BalasPadam
  7. Memang kena banyak diperbetulkan blog saya ni

    BalasPadam
  8. uish ade jugak eh spam komen dengan backlinks tajuk bahasa melayu? ni kes manusia guna servis/tools mana la ni. cer bro klik link tu semua pi blog mana. nak tengok gak sapa punya kerja tu. memalukan je.

    Apa yang saya dapat tangkap dari penulisan bro HH ni, ianya lebih kepada link yang relevan dengan niche blog kita. jikalau link itu tidak relevan dengan niche blog kita, lebih baik nofollow kan sahaja link tu. tu ringkasnya lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia main masuk je .. bukan kita bahasa pun.

      Padam
  9. Sebagai pengguna platform blogger, saya tak kisah sangat sebab ruangan komen memang nofollow. Saya hanya berikan dofollow sekiranya ia sesuai dengan artikel saya.

    BalasPadam
  10. Assalamu'alaikum.

    Tambahkan lagi perkongsian, memang menarik ilmu PERCUMA ;)

    BalasPadam
  11. Alamak, sebelum ni banyak tak ambil port pun pasal dofollow denga nofollow ni

    BalasPadam
  12. Sebelum ni aku berblogging tanpa ilmu. Mmg tak pernah aku kisah psl bab seo ke, PR ke, skrg ni barulah aku nk bljr2 mengenai ilmu blog ni, setelah lbh kurg 2 tahun berblogging tanpa ilmu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEO best .. leh buat duit dengannya ... :)

      Padam
  13. iush... saya dah ada 17++ entri. banyaknya kena semak balik... satu-satu kena bukak... ada software ke nak semak? atau google ada provide service? tambh untuk link bermasaah atau broken link...

    BalasPadam
  14. sy pun sudah pening.
    boleh tak sir jawabkan utk sy,
    nak guna nofollow ke dofollow? :S

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement