Dukacita. Inilah yang boleh saya gambarkan perasaan saya dan isteri apabila mendengar perkhabaran akan kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ketika perkhabaran kemangkatan baginda sultan diterima, saya dan keluarga sedang dalam perjalanan bercuti ke Kelantan.

Desas-desus akan geringnya Paduka Sultan telah lama saya dengar. Tetapi apabila saya bertanya kepada mereka yang ada hubungan dengan pihak istana, ramai yang menafikan. Perkara biasa dan salah satu rahsia kerajaan negeri, jadi saya faham akan situasi.

Bertanya saya pada seorang rakan yang merupakan pengawal istana Sultan Perak ..

"Ehh Nazim (bukan nama sebenar), betul ke Sultan Azlan sakit tenat?"
"Ishh .. khabar angin je tu .... alhamdulilah, baginda Sultan sihat .. in Sha Allah..."

Ini dialog sebulan dahulu semasa hadir kenduri di kampung saya di Batu Gajah, Perak.

Paduka Sultan Orang Batu Gajah

Ya, saya kelahiran Batu Gajah, Perak, sama tempatnya dengan keputeraan baginda Sultan Azlan Shah. Jadi, inilah sebab kenapa baginda Sultan begitu dekat dengan saya dan isteri. Isteri saya pula pernah berkesempatan bergambar dan bercakap dengan Paduka Sultan semasa perasmian KK Taiping beberapa tahun lepas.

Isteri saya berkata, almarhum seorang yang peramah, dan begitu intelek. Malah, ketika isteri perkenalkan rawatan dan ubat berkaitan diabetes dan penyakit darah tinggi, almarhum tahu akan apa yang diperkatakan. Al marhum Sultan ada penyakit-penyakit ini.

Teringat ketika Aidilfitri, baginda Sultan akan datang ke Batu Gajah untuk bertemu rakyat. Malah, setiap hari raya kedua, almarhum akan ke pusara bondanya yang disemayamkan di situ.

Mengapa saya bangga dengan al marhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah?

Sebab baginda seorang yang bijaksana, intelek dan dikagumi ramai. Jika disorot akan sejarah baginda, banyak kekaguman yang boleh saya ceritakan. Baginda almarhum semasa hayatnya menjadi Ketua Hakim, Ketua Majistret ... peguam ... dan aktif dalam sukan hoki dan juga golf. Almarhum ada sejarah mengagumkan dalam bidang perundangan negara. Memang hebat.

Jika anda mahu mengenali baginda Al Marhum, saya syorkan anda lawat Muzium Di Raja di Kuala Kangsar yang sebelum ini menjadi tempat sambutan 25 tahun pemeritahan baginda di Perak. Serius, ia tempat yang wajib lawat kalau ke negeri Perak Darul Ridzuan.

Al Fatihah Al Marhum Tuanku Azlan Shah

Al fatihah buat Al Marhum Paduka Seri Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah.

Kami sekeluarga merafak sembah takziah buat seluruh anggota keluarga baginda almarhum Sultan.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. al-Fatihah...saya turut mengkagumi almarhum Baginda...sangat berkarisma...semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah SWT

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement