Buat ibu bapa yang baru mempunyai anak, tentu mahukan anak sulong yang dilahirkan itu seorang yang cerdik dan bijak. Jadi, apa kata ..... bina dan mantapkan otak anak anda itu dengan penggunaan Flashcard. Flashcard merupakan kad imbasan untuk meransang minda anak-anak ... anda boleh beli dengan mudah kad imbasan ini di pasaraya mahupun pasar malam.

Untuk info, flashcard diperkenalkan oleh Dr Glenn Doman iaitu pengasas Institute for the Achievement of Human Potential. Dia telah memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.

Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.

Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.

Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.

Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh).

Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan degan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.

Sumber: Majalah Pa&Ma
Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement