Ramai blogger Malaysia termasuk blogger top rank yang ada masalah dengan idea. Ia bukan selalu berlaku, tetapi sesekali ia terjadi juga sepanjang penglibatan dalam dunia blog. Ada blogger yang walaupun dah berpengalaman hadapi masalah ini, apatah lagi blogger baru. Dalam entri ini, saya ingin berikan sedikit tips untuk tulis entri blog, khusus untuk mereka yang menulis blog adalah pelajar di IPT. Lebih senang maksud, saya mahu kongsi idea tulis entri bagi pelajar IPT baru.

Ok, pelajar IPT baru? Freshies ke? Tak semestinya, ini adalah idea tulis entri bagi blogger Malaysia yang sedang masuk semester baru di IPT. Banyak sebenarnya idea tulis entri yang ada impak di enjin carian, lebih-lebih lagi di IPT yang ada WIFI dan servis internet percuma.

Singkap satu-satu ya, dan tengok kesesuaiannya.
Idea Tulis Entri Pelajar IPT Baru - hasrulhassan.com

Idea Tulis Entri Pelajar IPT Baru

Tulis Mengenai Jadual Kuliah

Seandainya anda seorang pelajar IPT yang proaktif, anda boleh kongsikan jadual lengkap kuliah anda di blog. Boleh buat jadual dalam bentuk imej atau gambar. Namakan imej itu dengan nama sepatutnya seperti jadual-kuliah-css101-2014-usm.jpg.

Kemungkinan ada orang lain akan rujuk entri anda untuk tengok jadual tersebut, dan membolehkan backlink terbina dengan sendirinya - maka meningkatkan lagi Google PR blog. Sama juga andai anda kongsikan entri tersebut di Facebook atau Twitter, makin ramai yang akan kongsi dan sebarkan kepada rakan-rakan lain, trafik blog naik, dan PR blog juga akan bertambah bagus.

Tulis Mengenai Silabus Subjek

Jika anda telah mempunyai silabus mata pelajaran tertentu, kongsikan dengan membuat sinopsis subjek berkenaan di semeter tersebut. Nyatakan siapa pensyarah, berikan contoh buku-buku rujukan. Anda boleh membina backlink dengan mudah jika anda boleh capai URL tertentu sebuah buku rujukan yang terdapat di perpustakaan atau kedai buku tertentu. Malah, anda mungkin boleh dapat komisen jika ada buku-buku tersebut dijual secara program affiliate.

Kongsi Mengenai Buku Semester Terdahulu

Jika anda seorang pelajar senior, menulis mengenai satu-satu subjek anda belajar dalam blog anda boleh mendatangkan juga satu kebaikan dan manfaat. Anda bukan sahaja beri kemudahan pada pelajar baru untuk tahu lebih lanjut, malah anda boleh recycle buku yang anda ada dan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Tulis Himpunan Nota Kuliah

Anda boleh tulis nota kuliah dalam bentuk word dan tukarkan ke pdf atau tidak dan upload ke laman perkongsian fail seperti drive dan sebagainya. Anda boleh ceritakan nota kuliah itu dalam blog anda dan buat capaian ke laman perkongsian tadi.
Nota Kuliah idea tulis entri - hasrulhassan.com

Tulis Mengenai Aktiviti Ko Kurikulum

Ada pelajar yang perlu mengambil jurusan ko kurikulum tertentu. Dan ada kos yang diluar dalam bajet untuk aktiviti ini. Anda dengan sendirinya boleh menulis mengenai aktiviti ko kurikulum ini dan menjual barangan yang mungkin anda sudah tidak gunakan. Anda juga boleh berkongsi tips tertentu mengenai aktiviti ko kurikulum tersebut.

Tulis Mengenai Tip Belajar Subjek

Sesetengah orang ada masalah apabila ada subjek baru dalam jadual hariannya. Masalah tersebut termasuklah sukar nak faham, sukar nak dapat rujukan, sukar nak dapatkan nota dan sebagainya. Sebagai seorang yang mungkin sudahpun khatam subjek berkenaan, boleh tulis mengenai pembelajaran subjek itu bagi panduan pelajar baru.

Anda boleh nyatakan siapa pensyarah yang bagus untuk bertanya. Boleh nyatakan cara nak dapatkan nota kuliah terdahulu. Boleh kongsikan tips untuk dapatkan rujukan buku yang bagus dan macam-macam lagilah.

Inilah sahaja yang dapat saya terfikirkan oleh minda separuh abad saya ni. Dah lama tinggalkan dunia IPT ni. Mungkin idea di atas boleh dan tidak boleh digunakan, almaklumlah pelajar sekarang lebih bijak dan tangkas. Mereka lebih inovatif. Zaman saya tak macam zaman sekarang, telefon bimbit penuh poket ..... :) zaman saya zaman kelui. Siapa ada kelui .. dia hebat!

Oklah, harap terima apa yang dipersembahkan ini. Mana yang elok ikut, yang tak elok sila komen ehh ...


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nampak macam saya tak sempat dengan zaman kelui. Apa kelui tu?

    BalasPadam
  2. waahh...terbaiklah bro...sy sdg usahakan..hehe

    BalasPadam
  3. waahh...terbaiklah bro...sy sdg usahakan..hehe

    BalasPadam
  4. Mengenai jadual kuliah tu yg selalu blogger buat termasuklah saya... :D

    BalasPadam
  5. masa mia study kat oum dulu.. semua kisah belajar ada kat blog hehehehsz

    BalasPadam
  6. zaman kelui bukan dari cter korea my love from the star ke?? hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement