Tersentap tak wahai rakan-rakan blogger yang menyertai bisnes MLM dengan tajuk entri saya ini? Haa, jangan terus buat kesimpulan ye, baca dulu sampai habis apa yang ingin saya sampaikan. Benarkah, bisnes MLM atau Multi Level Marketing merupakan bisnes untuk orang malas?
Mengapa keluar tajuk entri tersebut? Sebabnya ialah ada yang buat bisnes ini promosikan ia sedemikian. Dakwa orang-orang ini, kalau mahu buat bisnes yang mudah, yang boleh goyang kaki, hari-hari masuk duit tanpa perlu kerja keras - maka sertailah bisnes MLM.
Saya, sebagai seorang yang pernah menyertai MLM, sangkal apa yang mereka katakan itu. Bohong, semua itu bohong. Bisnes MLM bukan untuk mencari mereka yang malas bekerja, tetapi bisnes ini mencari mereka yang perlu kuat bekerja. Kalau anda tidak kerja keras, anda tidak akan dapat hasil.
Usah terpedaya dengan janji mereka yang mengatakan buat bisnes MLM boleh kaya dan untung cepat tanpa usaha keras. Itu janji palsu yang disebarkan hanya untuk merekrut orang bawahan. Target mereka hanyalah mahu dapatkan komisen keahlian yang sebenarnya bukan satu tujuan dalam bisnes MLM.
Ya, mungkin ada di antara anda skeptikal dengan bisnes MLM ini, seperti juga saya. Saya dah lama berhenti dari membuat bisnes MLM ini secara aktif. Kalau ada yang terkait tu pun hanyalah kerana saya mahu dapatkan produk yang dijual.
Banyak produk MLM adalah produk yang bagus, tapi marketing yang salah telah membuatkan produk-produk ini terjual secara paksa, dan bukan atas sebab ia merupakan satu produk yang elok untuk dicuba.
Bisnes MLM bukan bisnes orang malas, ia merupakan bisnes untuk mereka yang rajin usaha mempromosikan produk-produk yang tersedia oleh pihak syarikat MLM. Kalau anda mahu goyang kaki dan makan komisen hasil ahli ... baik lupakan, bukan apa, niat anda tu dah salah, maka cara juga akan jadi salah.
Dalam bisnes, dalam perniagaan ... produk itu yang perlu diutamakan. Elak janji perkara tak betul, tapi kongsikan perkara yang bermanfaat yang boleh dapat dari produk.
Oh ya, satu lagi .. pilih syarikat MLM yang ada ciri-ciri yang menonjolkan produk; sebab kalau sudah syarikat itu menggalakkan ahli-ahli cari ahli baru, maka ia jadilah sebuah syarikat yang berpaksi kepada duit semata dan bukan produk bermutu.
Elak tertipu.
yes setuju sangat denga bro hasrul. kebanyakkan orang MLM ni cerita pasal duit je lebih, keuntungan piramid itu sendiri, tak bercerita langsung pasal produk. saya respect dengan HerbaLife punya agen, (tak tahu la orang lain) diorang demonstrate semua pasal kesihatan, sikit pun tak cakap pasal MLM walhal memang ada pun MLM dalam struktur organisasi diorang.
ReplyDeletetapi jujur saya katakan, saya memang tak suka MLM ni, yang di atas terus kaya, yang di bawah terus berusaha untuk terus kaya. ya memang seronok berada di atas tapi hakikatnya adakah duit daripada hasil titik peluh orang bawah itu halal sedangkan kita tak buat apa apa? renungkan.
konsep MLM berbeza dengan konsep memiliki syarikat sendiri.kena pandai bezakan.saya selalu dikelilingi oleh orang yang buat duit dengan MLM ni, ada yang berjaya, ada yang tidak, ada yang kena tipu, ya saya sendiri pernah kena tipu dengan kawan saya sendiri semata2 nak ambil saya jadi downline mereka.
sahabat yang saya anggap kawan baik menipu saya, konon ajak keluar makan tapi bawak saya ke HQ di Bandar Tasik Selatan, (mungkin sesetengah daripada anda tahu MLM apa) atas alasan cuba membuka mata saya membuat bisnes MLM ni. INI BUKAN CARA YANG BETUL!!
sampai sekarang saya tak rapat dah dengan dia, bukan sebab dia tipu saya, itu satu hal, yang buat saya benci tengok dia sebab asal dengan dia dah tak boleh sembang biasa dah, mesti nak sembang pasal MLM.
Dalam MLM, siapa malas memang takkan dapat apa2 hasil..
ReplyDeleteBisnes MLM ni sebenarnya bagus cuma dah 'diburukkan' oleh ahli-ahli yang terlalu tamak nak kaya cepat dengan hasil cari downline, sampai produk MLM yang bagus2 pun diorang buat macam takde apa.. Paling teruk bila mereka dah dapat downline, lepas tu dibiarnya downline tu tanpa dibimbing sampai downline tu hilang arah tuju dan akhirnya gagal.. Kesiaann..
Bab MLM ni boleh jadi gaduh.. Kawan rapat pun boleh gaduh sebab MLM.. Adik beradik pun boleh jadi bergaduh besar..
Baik tengok MLM (Maharaja Lawak Mega)..
Wah, asal entri pasal MLM je, memanjang orang komen...dah macam entri baru pula! Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya MLM bagi sesetengah orang...
ReplyDeleteSetuju bab utamakan produk...
ReplyDeleteSaya pun gunakan produk dari syarikat MLM. Tapi 8 bulan baru berani sharing...tu pun bukan giler nak cari downline..tapi seronok jadi 'doktor'. Kami juga tak de havoc citer marketing memanjang bila ada seminar. Kerana lebih kepada produk..bagaimana produk membantu.
Dan marketing kami..buka. kayakan org atas...sebab kalo org bawah tak dibantu org atas pun rugi ..jadi sistem network kami masih kuat.
Huhu..citer pasal mlm plak...maklunlah sejak terjebak ni..baru clear dan nampak bezanya..apapun..saya jual nilai produk bukan harga barang
setuju dengan Anarm....fasal MLM pun nak gaduh, ahli yang di atas sibuk mencari downline dari promo produk, tak faham aku.....tengk Maharaja lawak mega lagi best......
ReplyDeletekalau nak duduk saja baik jangan join mlm nie kena rajin n ringan tulang baru leh berjaya
ReplyDeleteBetul tu HH...Dalam apa pekerjaan tak ada istilah malas...kalau tak dah lama ramai orang kaya kat dunia ni..tak perlu usaha sungguh-sungguh, goyang kaki sikit-sikit duit dah masukdalam bank..which is impossible..!!!!
ReplyDeleteMLM.....semoga mereka diberkati..
ReplyDeleteMulti Level Marketing / Networking biz adalah bisnes yg sgt bagus .. tetapi yg memburukkan biz ini adalah ahli2 itu sendiri .. JGN kata, klu kita kerja keras, org atas yg kaya, dlm apa shj perniagaan, apa yg x melibatkan rantaian ?? Beli beras di kedai, kedai dpt beras dr mana?? Dr supplier, supplier dpt dr mana?? Dr kilang, kilang dpt dr mana?? So xde isu, ko buat, org atas yg kaya, mentaliti dan persepsi org melayu skrg dah terpesong, dlm ape shj bisnes dan pekerjaan, u usaha kuat, u dpt hasil yg bagus .. tepuk dada tanya hati .. dlm berniaga kene jujur, klu dr asas , sendiri x jujur, mmg apa pon kelaut .. hehe .. just my 50cent thought... Majulah MLM/Networking utk kehidupan. Jom minum utk sihat bersama Smartherbs (0123334106)
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat tuan. Sebenarnya MLM ke apa saja pekerjaan yang kita lakukan, memerlukan kerja keras di peringkat awal. Bila kita sudah mempunyai kumpulan yang besar, kita tetap kena bekerja juga dengan memberi servis kepada downline kita.
ReplyDeleteCuma tugas kita sekarang ni yang sudah clear dengan apa itu MLM, perlu berikan lebih banyak didikan kepada orang baru di luar sana untuk mereka nampak apa itu kelebihan MLM seperti apa yang kita nampak..
Jadi tidaklah sewenang-wenangnya mereka lemparkan bisnes MLM adalah untuk orang malas..
Sy nk kluar dr MLM ni. Mcm dah trlmbt. Huhu. Sy bodoh x search psl MLM ni
ReplyDeletemasalahnya kena fikir sama.untuk meningkatkan ekuiti bumiputra..bukan duit je..boleh je buat mlm tapi bila dh cukup modal..buat la bisness sendiri..company sendiri..klaua berjaya..boleh bg anak bangsa makan..anggap mlm ni untuk dapatkan modal dan belajar cara buat jualan..nak berjaya duit berjuta2 tapi tak de matlamat nak bantu bangsa atau nak turunkan bisness kat anak...cuba berfikiran besar sikit..ni bukan soal duit je..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.