Siapa yang tak tahu mengenai Alexa? Alexa secara amnya adalah berkaitan trafik. Alexa berikan ranking kepada mana-mana laman web dan blog yang menerima trafik setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan sepanjang tahun. Alexa kalau diikutkan tidak memasukkan kualiti kandungan blog, dan inilah yang membuatkan ia berbeza dengan Google Pagerank yang pernah saya ceritakan di entri ini - Beza Google Pagerank dengan Alexa

Jadi, memang ada kemungkinan .... andai blog atau laman web itu terima trafik tinggi tapi isi kandungannya hanyalah copy-paste dan tidak original. Malah, ada blog atau laman web yang mempunyai ranking yang baik dalam Alexa hanya dengan berkongsi entri-entri daripada laman web atau blog yang lain. Contoh mudah ialah Busuk.org, Ohbelog.com dan banyak lagi.

Ranking Alexa di Awal November 2013

Alexa rank

Erkk .. oh saya bukan nak kondem Busuk.org, cuma nak bagi pencerahan kepada anda bahawa dalam ranking Alexa, anda boleh berada di top rank dengan pelbagai cara. Salah satu cara ialah dengan memasukkan blog anda dalam laman web yang menyediakan pertukaran trafik. Busuk.org mahupun OhBelog, Kartikel.com semuanya merupakan laman web ping agregator, dan memang akan terima trafik tinggi disebabkan oleh widget yang dipasang pada blog-blog yang menjadi ahli.

Berbalik kepada ranking Alexa, seandainya laman web berita ... pasti tidak mustahil untuk berada di ranking tertinggi Alexa. Ia memang menjadi rujukan. Malah banyak blog dan laman web lain yang memasukkannya dalam list blog atau laman web.
Ranking Alexa di Awal November 2013

Tapi, jika anda ada blog yang memang ditulis mengenai perkara-perkara tertentu, bukan salin tampal dan original, untuk berada di top ranking Alexa memang boleh dijadikan pengukur kejayaan.

Mengapa? Sebab ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Anda sebagai penulis blog perlu dan terpaksa bersaing dengan laman-laman web lain yang dah lama established, yang sudah ada ribuan dan jutaan pembaca. Maka, apabila ranking dalam Alexa buat blog anda berada di atas ... sudah tentulah ia menjadi satu yang boleh dibanggakan. Ye tak?

Perlu ke nak ada statistik ranking Alexa ini? Nak tahu? Baca ini - KLIK SINI.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alhamdulillah blog saya masih dapat maintain..tapi dah rasa makin sukar untuk bersaing dgn blog2 lama..kita ni blog baru

    BalasPadam
  2. oooo ok2, dapat info berguna lagi hari ni.. terima kasih :)

    BalasPadam
  3. Dah lama aku tak cek blog kat alexa..

    BalasPadam
  4. http://www.menulismenconteng.my/2013/10/blog-popular-malaysia-mengikut-alexa.html

    masa hujung Oktober...senarai 24 blogger Malaysia top Alexa.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement