Ok. Ringkas je. Mari kita ketahui apa yang dimaksudkan dengan On-Site SEO ini.
On-Site VS Off-Site SEO
On-Site SEO
Ia lebih kepada beberapa perkara-perkara kecil dalam blog anda yang ada kesan besar kepada enjin carian. Ia menekankan mengenai blog anda mengenai apa yang diceritakan dan bagaimana ia penting buat enjin carian tersebut. Perkara-perkara tersebut termasuklah -- Semua isi kandungan blog anda, termasuklah laman (pages), arkib, apa yang ada di sidebar, ada yang tertulis di kaki blog (footer), entri-entri semasa dan sebelum.
 - Ia berkaitan dengan meta tags, dan tag H1 iaitu tajuk utama serta deskripsi blog anda.
 - Latar rekabentuk blog anda termasuklah layout, kedudukan sidebar (kiri atau kanan), warna dan sebagainya.
 - Perkara berkaitan teks alt yang terkandung pada imej dan gambar
 - Katakunci yang anda gunakan dalam blog anda, kekerapan dan keutamaannya
 - Berkaitan samada entri anda segar, unik dan berkualiti
 - Masa untuk blog anda dipaparkan sepenuhnya
 - Struktur URL blog dan entri-entri anda; samada punyai katakunci yang dimaksudkan
 - Sitemap XML - ia sepatutnya menyeluruh dan dinamik (sentiasa dikemaskini)
 - Cara bagaimana blog dan kandungannya diindeks oleh enjin carian
 - Pautan dalaman dan navigasi dalam blog
 - Isi kandungan dalam fail Robots.txt yang ada dalam blogspot
 - Ubah-hala 301 - bagi entri-entri yang telah dipadamkan
 
Off-Site SEO
Perkara yang kita tidak nampak dalam blog kita, termasuklah teknik kita mempromosikan blog dan entri; contohnya seperti berikut -- Pembinaan link atau pautan luar, backlink serta pautan berkategori
 - Kenyataan akhbar atau media lain yang beri kesan pada blog
 - Penghantaran mana-mana entri ke laman-laman ping atau laman web aggregator seperti Busuk.org, Kartikel, Pingje, OhBelog, Apesal dan sebagainya.
 - Analisis seperti dilakukan menerusi Bing Webmaster, Google Webmaster, dan macam-macam lagi
 - Penggunaan media sosial
 - Analisis mengenai kata kunci dan ketepatannya dengan kandungan blog anda.
 - Tinggalkan komen dan link di laman web, blog-blog, forum serta medium video seperti YouTube
 - Hantar URL blog ke direktori laman yang mesra SEO
 - RSS feeds
 
In Sha Allah, lain kali saya akan cerita lagi. Sabar-sabar ehh ....



Terima kasih daun keladi.
ReplyDeleteWahhh.. macam sesuai jea dengan apa yang teman tengah fikir nak buat dengan blog teman, hu2..
ReplyDeleteBlog banyak doodle n kartun pun x mesra seo yea HH, teman suka kartun.. xde cara lain ke nak bg blog yg ada kartun/doodle nesra seo ye
ReplyDeleteAssalammualaikum...bro HH,
ReplyDeletebagus sangat3 entry nie,,, ada perkara yg tak tahu boleh belajar di sini... terbaik..
mselim3
Ilmu..ilmu..ilmu.. thx for sharing abang HH!
ReplyDelete"Ubah-hala 301 - bagi entri-entri yang telah dipadamkan"..bro nnt buat tutorial pasal ni plak..hu3..bleh x
ReplyDeleteHantar URL blog ke direktori laman yang mesra SEO
ReplyDeletetuan, boleh bg contoh x utk di atas?
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.