Tak salah kalau boleh saya katakan, apa yang ada di luar negara, sebenarnya boleh kita dapati di dalam negara sendiri, dan ada yang lebih daripada itu. Serius. Negara kita, Malaysia punyai seribu kelebihan dan keunikkan, yang kadangkala ada di antara kita tak pernah tahu pun. Kita kagum dengan kecantikkan negara luar, tetapi kecantikkan yang ada di dalam negara adalah lebih mengagumkan.
Visit Malaysia Year 2014 #VMY2014
Destinasi #VMY2014 pasti lebih best andainya kita tahu akan kelebihan yang ada di Malaysia. Dalam entri ini, saya akan kongsikan keunikkan yang luar biasa yang sebahagian dari kita kagumi pada negara luar, walhal di Malaysia sendiri telah ada kelebihan itu.

Mari lihat 2 entri #VMY2014 - Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang telah dikongsikan oleh blogger Malaysia. Apa pilihan dan cadangan mereka?

Destinasi Pelancongan Visit Malaysia Pilihan Blogger Malaysia

Desa Cattle Dairy Fairy Farm

Jika anda ke sini, anda seolah berada di ladang tenusu New Zealand. Udara segar dan nyaman akan menyelimuti diri, dan melihat pemandangan mengasyikkan. Ia merupakan ladang tenusu di kaki Gunung Kinabalu yang indah dan gah.
Visit Malaysia Year 2014 #VMY2014

Visit Malaysia Year 2014 #VMY2014
Amacam? Menarik bukan? Lebih info mengenai percutian ke lokasi ini, anda boleh rujuk entri ini - Percutian ke Desa Cattle Dairy Fairy Farm

Bukan sahaja mengenai tenusu, tapi ada yang lebih .... :)

Melaka - Destinasi Sejarah

Tak perlu diulas panjang, semua orang tahu akan keistimewaan negeri kepahlawanan Melayu ini. Sejarah mencoretkan bagaimana Melaka, sebuah kerajaan yang cukup terkenal, malah antara kerajaan Melayu terkuat satu masa dahulu. Di Melaka, anda boleh melihat kesan-kesan peninggalan sejarah berabad lamanya.

Mari lihat pengalaman blogger ini semasa bercuti di Melaka - Percutian Gila-Gila di Melaka

Visit Malaysia Year 2014 #VMY2014

Semoga entri ini boleh dijadikan panduan buat semua dan menggalakkan pelancongan di dalam Malaysia.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement