Salah satu kaedah untuk sesebuah blog cepat naik, dan mendapat Google Pagerank (PR) yang bagus ialah mempunyai backlinks yang berkualiti. Ramai blogger yang mahukan blog mereka punyai Google Pagerank yang baik, tetapi tidak tahu cara dan kaedah yang sesuai. Salah satu cara untuk mendapat PR yang baik, menerusi backlinks ialah dengan membuat entri pelik.

Buat Entri Pelik Untuk Dapatkan Backlinks

Ya, buat entri pelik. Laaa ..janganlah dok pandang-pandang pelik pula. Saya bagi contoh mudah je la. Anda tengok blogserius.blogspot.com; blog ini punyai backlinks sikit punya banyak. Kerana apa? Kerana kebanyakkan entri-entrinya memang pelik. Ditonjolkan kepelikkan ini dengan menggunakan tagline tertentu, yang menggamit orang lain untuk klik sesebuah tajuk entri.

Benda pelik adalah benda yang jarang berlaku. Jadi, kalau anda dapat memikirkan atau menerbitkan sebuah entri yang pelik, in Sha Allah, dengan berikan sedikit masa, akan ada blogger, blog atau laman web yang secara sukarela memberikan backlink kepada entri dan blog anda itu.

Saya sendiri pernah menggunakan pendekatan ini, bukan hanya saya memberikan backlinks, tetapi saya juga dapat backlink kerana kongsikan satu entri berkaitan dunia haiwan, dunia tumbuhan yang memang banyak kepelikkan dan keunikkan.

Dengan sedikit usaha untuk mengkaji dan mencari fakta; anda boleh sediakan entri-entri pelik yang boleh membuatkan pengunjung pertama berada kekal dalam blog dan menyelongkar isi kandungan blog anda secara total.

Kadangkala ada cerita pelik yang berlaku dalam hidup anda, itu juga boleh dikategorikan entri pelik yang boleh anda kongsikan dalam blog. Ala, contoh macam ni ...

  • Satu Entri 30K Pageviews Sehari - Ni boleh dikatakan pelik sebab ia jarang berlaku, pasti orang nak tahu ... 
  • Kahwin Sebulan Sudah Mengandung - Ini juga boleh jadi entri yang saya katakan tadi. Dah ramai yang buat entri macam ni dan dapat bertingket-tingket trafik masuk.
  • Bunga Depan Rumah Kembang Tengah Malam - Nampak biasa, tapi bagi sesetengah orang ia satu kepelikkan, dan ada rasa ingin tahu mengenai bunga yang hanya kembang di tengah malam.

Itu antara contoh entri-entri yang boleh dikategorikan pelik dan boleh memberikan backlinks kepada blog anda. Cubalah nanti.


17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. penggunaan title entry yg lain daripada yg lain.. kreatif org mcm ni..=)

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum...bro HH,

    mselim3 pun tgh xder idea apa nak ditaip nie..

    BalasPadam
  3. Entri tajuk pelik ni mengundang curiosity pembaca. Pakai sekali-sekala orait la kot. Kalau hari-hari dah jadi macam cliche pulak kang. Hehehe

    BalasPadam
  4. kreatif dia..tgk tajuk pun rasa nak baca entri tu :D

    BalasPadam
  5. Idea yang bisa bikin orang suspen..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, suspen tu barulah best .. hehehehe.. kasik debar sikit

      Padam
  6. Tips menarik. Kena kerah otak fikir lebih kreatif untuk tajuk entri pelik ni.

    BalasPadam
  7. good tips. terima kasih atas perkongsian.. :)

    BalasPadam
  8. Assalam
    Kena latih ni - tulis entri pelik-pelik.

    *terima kasih ya Tuan HH kerana listkan blog saya di #bloglist50 :)

    BalasPadam
  9. Boleh masuk sebagai salah satu topik hangat dalam blog...benda2 pelik untuk dapatkan backlinks. Thanks.

    BalasPadam
  10. Ikut hati memang nak buat 18 blog tapi 1 blog pun x terjaga..

    BalasPadam
  11. orang memang suka benda2 pelik ni kan

    BalasPadam
  12. Setuju HH. Rasanya selain dari yang pelik, yang misteri juga pasti disukai ramaikan..

    BalasPadam
  13. "ayam" di lorong gelap berjaya di berkas...haha

    pelik x?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement