Saya bukan mahu menutup rezeki orang lain, apatah lagi nak hasut sesiapa. Tetapi adalah lebih baik kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warga prihatin. Kesihatan jangan dibuat main, boleh mati ooo ....
Tips Ketahui Ubat Palsu dan Laman Web Jual Ubat Haram
Bagaimana nak tahu sesuatu ubat itu palsu? Bagi saya yang tiada ilmu mengenainya tentulah tak pandai sangat nak cerita, apa yang boleh dilakukan ialah dengan meminta pertolongan orang lain, badan lain, agensi yang berkaitan untuk lakukan apa yang patut dilakukan. Kita sebagai pengguna ada hak nak tahu, betul tak?Tips Ketahui Ubat Palsu
Tips untuk ketahui ubat palsu, cara saya ialah dengan membuat pertanyaan kepada agensi berkaitan, dan dalam soal ubat-ubatan yang diiklan di internet, atau lebih khusus di blog. Bagi kes ini, saya menggunakan khidmat pertanyaan ubat-ubatan di portal Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.Tips Ketahui Laman Web Jual Ubat Haram
Cara kedua ialah dengan membuat pertanyaan pada agensi berkaitan dengan pengurusan dunia maya ini, tidak lain tidak bukan SKMM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Hanya isi borang yang disediakan, dan usulkan pertanyaan anda. Ia untuk memastikan anda sebagai blogger tidak mengiklankan atau mempromosikan sebuah laman web yang mungkin akan mendatangkan masalah di kemudian hari.Mengapa perlu dilakukan sedemikian? Ini adalah kerana bagi mengelakkan blog atau laman web disenaraikan di dalam tajuk berita ini:
131 Jual Ubat Haram
Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan mengesan 131 laman web menjual ubat haram, termasuk perangsang seks dan produk pelangsing badan, dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Daripada jumlah itu, empat laman web sudah ditutup Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyalahi Akta Racun 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Kita sentiasa memantau laman web penjualan ubat bagi memastikan ubat berkenaan didaftar dan mendapat kelulusan kementerian,” Datuk Eisah A Rahman,Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Dalam tempoh itu juga, kementerian memeriksa 888 bungkusan di pintu masuk utama dan pusat mel seluruh negara serta merampas 21 bungkusan mengandungi ubat tidak berdaftar bernilai RM76,600.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A Rahman, berkata pihaknya tidak berkompromi dengan penjualan ubat haram melalui internet kerana membahayakan kesihatan orang ramai. - Berita Harian
Ingat tajuk entri mengenai Tamak Selalu Rugi? Jangan sebab ketamakkan, kita akhirnya akan kerugian, menjadi anjin yang kehilangan tulang yang digongong ....
Laman pautan - Bahagian Farmasi KKM Pertanyaan Ubat dan Pertanyaan/Aduan Laman Web SKMM
ada betulnya jugak tu..produk vimax tu tuk apa bro...
ReplyDeleteHuhuhu.. entah.. tu kena lihat laman web yang disertakan. Saya no komen. :)
Deletekenali ubat anda.....
ReplyDeleteoh ada cara rupanya nak cek.. biasanya deno ambil ubat deno setiap bulan di hospital jadi takde keraguan tentang ubat dah :)
ReplyDeletep/s: maaf bertanya macam mana nak buat kotak komen ada latar berwarna spt warna hijau ini ya? terima kasih :)
ReplyDeleteI see.tq saudara. Nice sharing..berguna utk semua blogger yg buat jualan...
ReplyDeletekena berhati-hati untuk beriklan
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.