Sokong Faizal Ismail (FBI) Letak Jawatan Penyampai Radio Hotfm

Sejujurnya, saya sokong dengan pendirian Faizal Ismail untuk meletakkan jawatan sebagai penyampai radio +hotfm976 . Mengapa? Sebab ini lumrah manusia, perlu anjakan paradigma. Kita takkan selamanya berada di satu-satu tempat, akan tiba masa ... kita mesti mencari haluan seterusnya untuk berjaya. Bagi saya, apabila Faizal Ismail (FBI) umumkan perletakkan jawatannya sebagai penyampai radio HotFM berkuat-kuasa serta merta hari ini (24 Oktober 2013) ... ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Faizal Ismail (FBI) Letak Jawatan Penyampai Radio Hotfm

Gambar Faizal Ismail dengan Hanis Zalikha (Blogger Terkenal)
Siapa yang berhak untuk tentukan halatuju diri dan kehidupan? Adakah anda yang mendengar celoteh dan #gelaksakan AMKrew dengan kendalian Faizal Ismail, Fara Fauzana serta AG? Ini kehidupan seorang individu yang mahukan sesuatu kelainan. Mengapa perlu dihalang? Apa hak kita untuk tentukan di mana dia patut bekerja, apa yang patut dia lakukan?
Faizal Ismail Letak Jawatan Penyampai Hotfm 24 oktober 2013


Apabila Faizal Ismail tweet untuk letak jawatan, ramai yang nampaknya tidak rela dengan keputusannya itu. Malah, ada yang sifatkan pengumuman itu hanya satu gimik dan cara untuk menaikkan namanya sebagai penyampai radio.

Mahu Fokus Kepada FBI Entertainment?

Tapi, daripada apa yang saya tahu, Faizal Ismail kini sudah ada syarikat sendiri yang dinamakan FBI Entertainment. FBI Entertainment ini merupakan syarikat event management Faizal Ismail yang menguruskan dan menyediakan servis untuk sebarang acara syarikat seperti makan malam tahunan, hari keluarga, video korporat, persembahan pentas dan pelbagai lagi.


Maka, berilah peluang untuk Faizal Ismail berhijrah untuk satu permulaan baru yang lebih baik untuk dirinya. Takkan kita nak suruh dia duduk dalam konti sampai ke sudah, kelak nanti ... dia tetap akan keluar dari HotFM; cuma bezanya ialah peluang .... peluang sekarang terbuka luas untuk Faizal Ismail berdikari.

Mungkin ini merupakan azam baru buat Faizal Ismail sempena Maal Hijrah 1435.

In Sha Allah, akan ada kejayaan buat mereka yang mahu berubah kepada yang lebih baik.

p.s: Harapnya ini bukan Tweet Hangit Faizal Ismail (FBI) ....

Kredit Gambar: http://nanirostam.blogspot.com

Post a Comment

31 Comments

  1. rasanya kalau dia dah ada syarikat sendiri, no problem.

    ReplyDelete
  2. Betul.. setuju kalau keputusan dia keluar adalah yang terbaik untuk dia dan keluarga... maka penghijarahan itu perlu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Faizal Ismail ni boleh kira sebaya dengan saya. Dan merupakan antara follower twitter dan blog ini (perasan je lebih)

      Delete
  3. Good for him...naik lagi satu anak tangga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, naik satu lagi tahap pencapaian yang bagus.

      Delete
  4. Assalam
    Untuk Faizal B I ,semoga terus maju jaya di lapangan baru.

    Untuk Tuan HH , jangan 'pencen' dulu ya . Banyak lagi saya nak belajar ilmuan berblog dari Oh Blogger Malasia ni :)

    ReplyDelete
  5. Harapnya ini bukan Tweet Hangit Faizal Ismail (FBI) ..hahaha

    ReplyDelete
  6. letak jwtn sebagai penyampai jerk .. mgkn dia dpt naik pangkat kat HotFM kot ..

    ReplyDelete
  7. tu la.. rasanya smua orang nak dapat lebih baik. anjakan paradigma.

    ReplyDelete
  8. jarang dengan hotfm...tetapi sebagai satu anjakan paradigma yang baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh... saya pun pasang waktu pagi masa nak hantar anak kat sekolah. Lepas tu tak adalah melainkan ada topik bagus, saya buka di 8TV

      Delete
  9. satu anjakan paradigma yg berani.

    ReplyDelete
  10. ohhhh.. xpela, masing2 ada pendapat msing2.. semoga FBI maju jaya dgn keputusan beliau. wiwiwiw

    ReplyDelete
  11. patutla pagi tadi tak dengar suara dia..

    ReplyDelete
  12. setuju..mencari peluang yg lebih baik...x slah

    ReplyDelete
  13. agreed with this..kalau dia nak concentrate dengan FBI Ent tu memang sy sokong 100%..baik berkerja untuk naikkan company sendiri daripada makan gaji...

    ReplyDelete
  14. bagus la tu dia dah ada bisnes sendiri..sampai bila dia nak makan gaji kan...hu3

    ReplyDelete
  15. FBI dah ada nama..so tak kisah sangat la camtu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sering saya ingatkan pada blogger Malaysia. JeNAMA.... bukan nama sahaja ... :P

      Delete
  16. Perubahan perlu untuk memajukan diri. Sebab tu dlm satu2 organisasi kita juga perlu bertukar department atau mencari angin baru bila dah lama sgt berada di situ. :)

    ReplyDelete
  17. Buat la apa sahaja yg terbaik.. kami tetap sokong

    ReplyDelete
  18. Sebentar tadi pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah menghantar satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan mengesahkan tentang perletakkan jawatan FBI.

    Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

    "Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

    Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

    ReplyDelete
  19. wah FBI review entry ini di fanpage dia. Tahniah abg hasrul

    ReplyDelete
  20. itulah yang terbaik buat Faizal, semoga pelapis yang baru akan muncul.

    ReplyDelete
  21. Faizal nama besar dalam list DJ di Malaysia. Yes, satu anjakkan perlu dilakukan untuk perubahan dalam hidup. Keep itu up FBI! =)

    SH

    ReplyDelete
  22. Berhujrah untuk lebih baik. Ramai pun penyampai radio yang berhijrah dan ramai mereka yang berjaya. Ambil contoh boss HotFM sekarang pun asal deejay juga. Malah kalau semua masih ingat David Lau deejay Era dulu sekarang sudah memiliki stesen radio sendiri berpengkalan di Pulau Pinang. Selamat berjaya untuk FBI.

    ReplyDelete
  23. pilihan yang bijak & tepat ...semoga berjaya FBI...

    ReplyDelete
  24. betui2..bagi aku biaq la dia nak buat apa pun..itu keputusan dia..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.