Mendung je hari ini. Semalam di kampung kat Parit, Perak juga mendung.

Buka email pagi ini, terdapat satu email menerusi satu entri, bertanyakan kepada saya; "Assalamualaikum tuan. Ingin bertanya, bagaimanakah caranya untuk automatik delete post apabila sampai masa/tarikh yang telah ditetapkan dalam post tersebut? Harap dapat membantu." Hmm anda tahu jawapannya tak? Tak tahu? Hmm .. kena baca entri ini sampai habis.

Blogspot Hanya Boleh Autopublish

Sepengetahuan saya, menerusi blogspot ... anda boleh buat autopublish, iaitu tulis entri dahulu dan buat terbitan secara automatik kemudiannya. Cara ini anda boleh lakukan dengan ubah atau tetapkan setting pada bahagian Schedule di post editor anda. Ia merupakan menu di sebelah kanan anda apabila menulis entri dalam blogspot. Ini juga adalah salah satu cara untuk buat sticky post dalam blogspot.
Logo Blogspot - Entri dalam blogspot tidak boleh autodelete

Entri Tidak Boleh Autodelete

Persoalan, bolehkah kita padam sesuatu entri secara automatik? Jawapannya ialah tidak boleh. Tidak ada aplikasi dalam blogger atau blogspot yang membolehkan cara itu dilakukan. Ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Ia akan kekal dalam blog selagi kita tidak memadamnya secara manual.

Memadam sesebuah entri di dalam blog sebenarnya tidak digalakkan sangat. Itu sebab kita perlu berfikir dulu sebelum terbit sesebuah entri dalam blog.

Jejas Kebolehpercayaan Blog dan SEO

Mengapa? Sebab ia akan menjejaskan blog dari segi skor SEO. Bagi sesebuah blog, paling baik ia tidak mempunyai broken-link. Saya pernah jelaskan mengenai perkara ini satu ketika dahulu. Selain jejaskan SEO sesebuah blog, ia juga akan beri kesan tidak baik kepada pengalaman pengunjung dan pembaca setia blog.

Apabila anda memadam sesuatu entri di dalam blog. Terdapat dua perkara anda harus lakukan, iaitu memastikan pengalaman pengunjung yang terkena paparan 404 dalam blog anda untuk mencari entri dipadamkan menyusul ke entri lain, dan keduanya ialah memadamkan ia dalam enjin carian menggunakan Google Webmaster Tools, supaya ia tidak diambil kira sebagai salah satu broken-link di dalam blog anda.

Entri lama atau yang telah diterbitkan memang tidak boleh anda buat autodelete, ia hanya boleh dipadamkan oleh diri anda sendiri atau dengan kata lain secara manual.

Erkk .. ini bersandarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang cetek ... mungkin ada blogger lain yang lebih tahu, boleh kongsikan kepada saya dan pembaca yang lain.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada juga yg nak buat autodelete..hu3..macam2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tuan. Saya perlukan auto delete post untuk padam post yang dah expired. Buat pengetahuan, saya baru 3 hari dalam dunia blogging. Blog saya berkaitan hartanah lelong. Saya perlukan auto delete ini untuk padam post-post rumah lelong yang sudah terlepas tarikhnya. Di bawah adalah blog saya; http://rumahlelong-johor.blogspot.com/

      Padam
    2. Kalau laman web mungkin boleh, kalau blog terutama blogspot rasanya tak boleh, cuma dengan manual deletion.

      Apapun, anda boleh letak nota kaki pada post berkenaan ...

      Cara: Note: This Particular Land/House Promotion Will Become Obsolete after 12 March 2013.

      Padam
  2. setau Farah memanglah tak boleh buat entri autodelete...oh, ada juga rupanya yer yang berminat nak buat entri autodelete...

    BalasPadam
  3. patut ler kadang-kadang ada blog yang kuar error 404 merupakan kod entry blog yg dah didelete rupanya....

    BalasPadam
  4. Assalam.
    Oooo.. Baru lah tahu 404 itu sebenarnya entri yang sudah dipadam. Terima kasih Tuan HH.
    Syukur kepada Allah di temukan dengan Oh blogger blogspot Mlysia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement