Malaysia memang banyak keunikkannya. Saya berani berkata, ramai antara kita yang tidak tahu seluruhnya akan keunikkan yang ada di tanah tumpah negaraku ini. Segmen #VMY2014 yang disertai ramai blogger yang suka mengembara dan melancong telah mendedahkan betapa banyak keunikan yang ada. Pasti, buat para pelancong baik dari luar negara dan dalam tidak mahu lepaskan untuk ketahui apakah keunikan sempena #VMY2014.

Mari lihat beberapa keunikan Malaysia yang dikongsi oleh rakan blogger sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (#VMY2014).

Destinasi Pelancongan Visit Malaysia Pilihan Blogger Malaysia

Kenali Sarawak Menerusi Perkampungan Budaya Sarawak

Menerusi Kampung Budaya Sarawak yang terletak di kaki Gunung Santubong ini, anda akan mengetahui hampir keseluruhan budaya dan kepelbagaian etnik yang ada di Sarawak. Dalam satu hari, minda dan pengalaman akan tertumpu betapa banyaknya keunikan yang ada di sebuah negeri yang cukup terkenal dengan panggilan Bumi Kenyalang ini.
#VMY2014 - Kampung Budaya Sarawak

Saya sendiri telah punyai kesempatan untuk ke Kampung Budaya Sarawak. Memang seronok. Memang banyak pengetahuan baru saya dapat. Dan apa yang mengagumkan saya ialah, walaupun dalam perbezaan etnik dan budaya yang adanya amat ketara, namun Sarawak boleh bermasyarakat tanpa sebarang masalah, hidup dalam rukun dan bersama arus pembangunan tanpa memingkirkan budaya dan adat resam lama.

Budaya dan adat resam inilah yang menjadikan Sarawak itu serba unik serba menarik. Ikuti lebih suasana menarik dengan gambar cantik di sini - Kampung Budaya Sarawak - Aset Pelancongan #VMY2014

Uniknya Menara-Menara Jam Kemerdekaan Malaysia

Saya sendiri tidak menyedari bahawa Malaysia juga unik dengan menara-menara jam Kemerdekaan yang ada. Anda juga pasti akan terpegun apabila mengetahui bahawa Malaysia punyai banyak menara-menara jam yang mendeklarasikan kemerdekaan negara dengan cara unik tersendiri.
#VMY2014 Malaysia Independence Clock Tower

Memang menarik. Selama ini saya tidak tahu bahawa terdapat banyak menara-menara jam yang 'merakamkan' sejarah kemerdekaan negara. Terdapat lebih 10 menara jam kemerdekaan telah dibina di Malaysia, dengan keunikan serta ceritanya yang tersendiri.

Untuk lebih info dan melihat akan fakta-fakta berkaitan menara-menara jam kemerdekaan ini, boleh rujuk entri ini - Menara Jam Kemerdekaan Malaysia

Lebih banyak entri #VMY2014 akan saya kongsikan kepada anda hasil kerjasama beberapa blogger yang telah join segmen ini tempoh hari. Anda akan berasa kagum betapa banyaknya kelebihan dan keistimewaan negara kita. Pastinya ia bakal jadi tarikan untuk pelancong semasa Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti, in Sha Allah.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement