Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan
Satu ketika dahulu, saya bina dan buat blog ini antara lain adalah untuk kongsikan gambar-gambar yang saya tangkap hasil hobi saya dalam fotografi. Ketika itu, saya buat blog untuk kongsikan gambar yang saya ambil menggunakan kamera DSLR Sony A200. Itulah kamera DSLR pertama saya.

Apabila Apa Dicurahkan Dirasakan Berbaloi

Kemudian, apabila saya mula menulis mengenai tips blogging, ramai yang nampaknya mahu tahu lebih lagi mengenai cara berblog yang betul, cara mendapatkan trafik ke blog, cara nak tambah follower, dan bagaimana untuk menjadi blogger yang berjaya.

Saya usahakan diri saya untuk maju setapak demi setapak. Dengan bantuan beberapa blogger yang dah memang berjaya, saya cuba cedok segala ilmu yang ada. Ketika itu, blogwalking menjadi agenda saya setiap hari. Saya singgah dari blog ke blog, terutama blog yang dapat ramai pengunjung dan ramai pembaca, saya kaji, saya selidik ... dan cuba dapatkan rahsia blogger dan blog itu capai kejayaan.

Alhamdulillah, akhirnya dengan ilmu yang sedikit ada, saya dapat capai apa yang saya mahukan. Lalu, saya terdetik hati .. bahawa kejayaan kecil ini patut dikongsi oleh semua. Ilmu yang saya dapat, saya mahu beritahu pada yang lain ... dan akhirnya blog ini menjadi Panduan Blogger untuk blogger-blogger Malaysia. Syukur, blog ini diterima baik oleh semua.

Usaha saya ini, dari hari ke hari membuahkan hasil. Ramai blogger yang dulunya kecil kini sudah nampak gah. Ramai blogger yang dulunya hanya buat blog suka-suka, sudah dapat jana pendapatan sampingan sendiri. Ada yang dulunya bengap SEO kini dah handal dalam bab SEO Blogspot (maaf guna bengap ...:P). Ada yang dulunya blog kucar-kacir, kini dah ada blog yang tersusun dan sedap mata memandang.

Itu antara impian saya, melihat ramai blogger terutama blogger yang kosong ilmunya menjadi seorang blogger Malaysia yang ada pengetahuan.

Kejayaan mereka, merupakan kegembiraan saya. Bukan sedikit rasa, tapi amat bermakna. Terima kasih kepada ramai rakan blogger yang ikuti blog ini. Terima kasih tak terhingga kepada blogger-blogger yang sudi singgah hari-hari dan cedok segala ilmu percuma yang disampaikan.

Apalah guna ilmu andai tidak diamal. Apalah guna ilmu andai ia tidak disebarkan. Terima kasih semua.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. blog bro mmg terbaik..mungkin dalam tak sedar..aku adalah salah seorang blogger dtg mencedok ilmu dekat sini..halalkan ilmu tu yer bro..tak pernah minta izin pun..hahaha

    ReplyDelete
  2. menjadi seorang blogger memang penting untuk menjadi blogger yang berilmu kan abang HH... saya sentiasa mencari dan berusaha untuk belajar dengan lebih lagi dari sehari ke sehari walaupun masa adakalanya membataskan...

    ReplyDelete
  3. Hehe... memang bengap pown sy dulu... la ni baru je nak jd sikit cerdik. Tunjuk ajar sifu amat2 dihargai. Terima kasih ya sudi jadikan sy contoh kat blog hebat sifu ni :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih HH. Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi halal dan berguna di kemudian hari. Amin,insyallah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. ilmu yg bermnafaat pasti akn beri mnfaat pda semua...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih HH atas semua ilmu yg pernah dikongsikan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement