Gelakkan dia ehh ... mentang-mentanglah jual belacan menerusi blog. Apa guna anda gelakkan dia, walhal dia buat duit, anda? Gelakkan orang sebab jual belacan .... anda jual apa? Jual diri? Ada tanya saya, "Camna nak buat duit online menerusi blog?" Nah, jual belacan ni pun salah satu cara untuk anda jana pendapatan dan dapatkan duit online menerusi blog.

Jual Belacan Menerusi Blog

Jual Belacan Menerusi Blog

Jangan dipandang rendah mereka yang buat blog untuk perkenalkan perniagaan dan produk mereka. Ini adalah kerana iltizam mereka lebih kuat daripada anda yang berblog suka-suka. Mereka akan belajar untuk mantapkan blog semata-mata untuk membolehkan apa yang mereka jual dapat dibeli. Dapat jual, dapat duit. Dapat duit pula tu, dengan hanya duduk depan pc, depan laptop, depan tablet.

Jual belacan menerusi blog, ambil gambar belacan, pengunjung tengok, mereka suka dan tertarik. Pengunjung yang suka, akan beli. Si blogger gembira di hati sebab dah dapat jualan, dan income menerusi blog dengan jual belacan. Anda pula macamana? Jual wajah? Jual badan? Apa yang anda dapat? Glamour? Famous? Nak bawak ke mana glamour dan famous tu? Boleh beli petrol ehhh? Kalau boleh tak mengapa, saya tak ada masalah.

Jangan Pandang Rendah Pada Blogger Jual Produk Seperti Belacan

Bukan apa, muncul manusia yang perlekehkan blogger yang ada keazaman buat blog untuk berniaga. Kenapa? Salahkah mereka nak jadikan blog sebagai salah satu cabang perluas dan kembangkan bisnes yang ada.

Bagi mereka yang nak cari alternatif untuk dapatkan income, buatlah blog. Kalau tidak dapat menjual, sekurang-kurangnya anda dapat promosikan bisnes dan produk anda. Biar mereka tahu, biar satu Malaysia tahu, biar satu dunia tahu ... bagaimana nak dapatkan belacan terbaik dari anda.

Masih ingat satu iklan di tv mengenai seorang budak dan ayahnya yang merupakan seorang nelayan?


14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tajuk artikel pun dah menarik perhatian..

    BalasPadam
  2. salah satu usaha yang patut diberi pujian. usaha tangga kejayaan kan?

    BalasPadam
  3. wow ohsem.. memudahkan rakyat Malaysia di luar negara beli belacan. jangan pandang rendah kalu owener blog jual belacan income lebih masyuk dari blogger

    Entri Terbaru : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3

    BalasPadam
  4. belacan tu...dunia it..mana tau dgn jual dr belog pewrniagaannya maju kan...

    BalasPadam
  5. respect usahawan macam ni. dia membatu ramai orang melayu yang makan belacan... kadang kala nak beli belacan kat supermarket tak kualiti....

    BalasPadam
  6. Tak perlu gelak. Tapi tabik la. Menggunakan segala medium yang ada untuk memajukan perniagaan.

    BalasPadam
  7. ada usaha ada jaya.. tak kisah la jual apa, asal halal :)

    BalasPadam
  8. takde apa yang lucunya jual belacan kat blog. sekarang ni semua benda boleh jual kat online termasuk la jual diri.. lebih hina jual diri dari jual belacan kat blog kot.. hahahaha

    BalasPadam
  9. zaman dah canggih kan sekarang..jadi cara kita berfikir pun kena canggih juga..apa nak diherankan orang nak jual belacan online...rezeki masing-masing kan

    BalasPadam
  10. Menjual sesuatu yang orang tidak jual lagi akan menarik orang untuk menbelinya..kreatif dan menarik..tiada yang mustahil..pernah ada satu cerita dahulu di mana terdapat seorg yang ingin membuat pinjaman wang kerana ingin menjual air kosong..pada ketika itu air mineral tiada di pasaran..apabila berjumpa dengan pegawai bank..ditertawakannya kerana perniagaan yang ingin dibuat adalah menjual air kosong..tetapi sekarang ini..pelbagai produk air kosong yang dijual cuma ditukar nama kepada air mineral dan air minuman..pada asasnya ianya adalah air kosong...www.tepakku.com

    BalasPadam
  11. ada je orang yang akan beli.. percubaan ni jauh lagi baik dari terpaksa mengemis...

    BalasPadam
  12. boleh juga listkan produck jualan di www.pasomalam.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement