Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan
Semua ada - Facebook, Twitter, Instagram dan Google+; jika anda sudi boleh follow laman sosial yang saya telah daftar. Tak ramai yang follow, tapi saya percaya, yang dah follow tu sebab dan kerana mereka suka apa yang saya kongsikan. Tak suka .... mudah je, boleh unfollow ... tak kena denda punyalah.

Facebook, Twitter, Instagram, Google+

Ya, saya ada akaun untuk Facebook, Twitter, Instagram dan juga Google+. Ada khusus untuk blog ini, ada yang lebih kepada akaun diri saya sendiri. Saya kadangkala aktif di Instagram, kadangkala meroyan status di Facebook, dan kadangkala suka main +1 kat page Google+. Mana-mana tempat ada tujuan, dan kesan khusus kepada blog. Bukan buat akaun main redah je, ada sebab buat dan ada tujuan.
twitter hasrulhassan.com
Fanpage FB hasrulhassan.com

Mungkin ada antara kita saja-saja seronok buat akaun laman sosial maya ni. Tapi bagi sesetengahnya pula, ia satu cara untuk perluaskan jenama blog, teknik dapatkan trafik, buat jualan produk, buat duit online dan macam-macam lagilah. Tak kurang juga yang guna laman-laman sosial itu untuk tujuan yang tak begitu baik, seperti menyerang peribadi orang lain atau cuba sebarkan perkara yang tidak baik.
Google+ hasrulhassan.com

Kata kawan saya; "Apa ke buat ada akaun berlambak gitu, sana sini ada ...nak cari glamor la tu ehhh ..."
"Glamor?" saya mushkil.
"Tak adanya glamor, aku bukan artis, bukan orang nak kenal sangat pun, aku cuma guna untuk blog aku je .... di situ aku cari kawan dan kenalan yang ada minat sama, siapa suka mereka ikut .. tak suka .. tok sah ikut, pilihan ada. Janji ... aku gunakan untuk tujuan yang baik ..." jelas saya.

Anda? Jangan biarkan akaun yang ada tu kosong-kosong. Boleh guna untuk tujuan yang saya katakan tadi. Maksimakan sumber, dah buat tapi tak jalan ... apa ke halnya Yob Yong?

Errr nak follow ke? Kalau nak .. tu atas sekali ada ...klik dan dah boleh follow dah.


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum Tuan HH. Saya ada masalah untuk melihat halaman dan catatan di blog saya. Setiap kali ke Halaman atau catatan akan keluar:

    "Anda telah dilog keluar pada lokasi yang lain. Mahu menglog masuk sekali lagi?"

    Tapi setiap kali saya ikut arahan itu , masih tetap seperti demikian.

    Boleh Tuan HH bantu . Terimakasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement