Syukur alhamdulillah. Tak sangka pula dalam sempit-sempit dan hangat-hangat mengenai kenaikan #20sen terselit rezeki kurniaan Allah Taala menerusi sebuah kontes - Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?. Entri yang telah saya sediakan dan tulis awal bulan ini (4 September 2013) telah membolehkan ia menang hadiah tempat pertama bernilai RM300 beserta sebuah hadiah misteri.

Entri Bernilai RM350 !

Ya, ia sebuah entri bernilai RM300. Malah menerusi entri itu juga, saya menerima hadiah tambahan RM50 untuk referral terbanyak. Bermakna, ia bukan lagi entri bernilai RM300 tetapi RM350! Syukur alhamdulillah.

Menulis entri berkualiti dan baik ada harganya. Jika kita menulis berdasarkan apa yang kita tahu dan pengalaman sendiri, in Sha Allah, ia akan bernilai dan berbaloi untuk kita tulis. Jadi, siapa kata menulis entri di blog tidak boleh mendatangkan income? Hanya dengan menulis, seperti contoh ini, anda dah berjaya mendapat tunai RM350. Ditulis di waktu santai dan senang, ditulis tatkala anda menghirup teh o ais, ditulis tanpa ada yang suruh dan perintah.

Buat Duit Dengan Menulis

Bagaimana nak hasilkan sebuah entri yang punyai nilai seperti ini? Ramai blogger dah bagi petua dan pedoman. Anda tidak perlu pun skill yang terlalu mahir untuk menulis sesuatu yang anda suka. Jika anda suka mengenai sesuatu, anda pasti boleh bercerita lebih daripada 300 .. malah 600 atau 1000 patah perkataan sekalipun.

1000 patah perkataan? Mana mungkin? Itu mungkin kata sesetengah orang. Tapi lihat sahaja mereka yang menulis menerusi Ebook. Dan kemudian, lihat hasil pendapatan mereka menghasilkan income menerusinya. Dalam tidur pun mereka boleh menjana wang hasil penulisan bermutu mereka.

Jadi, entri bernilai RM350 bukan entri yang patut anda wow kan ... tetapi lihat betapa hebatnya mereka yang telah berjaya menulis dengan baik sehingga berjaya hasilkan pendapatan - bukan setakat satu atau dua entri, bukan 100-300 patah perkataan.

Itu untuk anda fikirkan.

Apapun, tahniah pada rakan-rakan blogger lain yang telah berjaya menang bersama dalam kontes anjuran Santaikata.com ini.

www.khairulzamri.com, www.bloggerlelaki.com, Norazizah.org, MenulisMenconteng.my, Hafizmohd.com

Mereka merupakan nama-nama blogger/blog yang tidak asing lagi, malah mereka antara yang sangat mesra di blog ini.

38 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nilai entri bro lagi mahal da..berbaloi-baloi..tahniah bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya pengunjung dan pembaca yang pandai menilainya. Saya? Hanya menulis apa yang saya tahu untuk anda peroleh manfaatnya.

      Padam
  2. Alhamdulillah =) bro HH mmg ptt dpt..sbb entri2 dalam blog ni mmg terbaik dn kesukaan bloggers..Tahniah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..sebenarnya aku terpenagruh dgn blog HH ni la yg menjerumuskan aku ke dunia blogging ini..hu3

      Padam
    2. HAhahaha... terjerumus ehhh .. harap beri impak positif.

      Padam
  3. Balasan
    1. Terima kasih. Blog tuan juga dah makin mantap.

      Padam
  4. Tahniah.
    semoga rezeki bertambah murah...
    Nie yg semangat nak join contest nie... he he..

    BalasPadam
  5. Tahniah... mmm... semuanya berdomain sendiri seperti yang pernah saya katakan dalam entri ini> http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/09/panduan-blogging-6-jangan-takut.html

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Terima kasih. Memang seronok bila entri dibuat dapat sesuatu habuan.

      Padam
  7. Balasan
    1. Terima kasih Eraz. Rezeki datang dari Allah S.W.T. Sedikit dan banyak, perlu bersyukur dan redha.

      Padam
  8. Tahniah baru tau semalam tentang blog santaikata ni

    BalasPadam
  9. Assalammualikum..HH,

    Tahhniah bro moga anda sukses selalu...

    mselim3

    BalasPadam
  10. assalamualaikum
    singgah pagi
    apa khabar hari ini

    BalasPadam
  11. Tahniah HH..sape nak bagi kan...hasil usaha kita nie dihargai..

    BalasPadam
  12. Tahniah bro, sangat bernilai tu....

    BalasPadam
  13. saya pernah baca entri yang dimaksudkan tu, memang bagus dan layak untuk menang.tahniah HH..:)

    BalasPadam
  14. Tahniah kepada semua pemenang..

    BalasPadam
  15. untung pndai menulis blog ni... berkualiti shingga mndpt penghargaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena kerja keras, cedok ilmu, selidik sana sini. Nak pandai bukan mudah terutama bagi saya yang IQ tak berapa tinggi ni.

      Padam
  16. mr HH masih ingat tak komen saya pada artikel yang menang ni? nampaknya tekaan saya dan pendapat saya setepat sang santaikata...tahniah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement