Blogwalking salah satu cara nak promosikan blog, selain jalin ukhwah berterusan sesama blogger Malaysia. Saya juga blogwalking dalam keadaan yang agak sibuk menyempurnakan beberapa tugasan terutama berkaitan servis blogspot. Dalam seronok-seronok blogwalking tu, ada masa ingin juga beri komen menarik dan tinggalkan pendapat mengenai sesuatu ... tetapi ....

Saya ni agak rabun, jadi akan timbul masalah apabila sesetengah blog itu ada verifikasi perkataan untuk bolehkan komen yang dah tulis itu diterbitkan. Jika ada entri menarik yang membangkitkan nafsu saya untuk menulis komen panjang berjela, verifikasi perkataan dalam kotak komen akan buat saya gementar. Bukan apa, silap-silap .... dah tulis panjang-panjang tapi tak lepas - silap tulis huruf atau nombor yang keluar. Saya frust dan jadi malas .. saya akan klik pangkah.

Bila Blogger Rabun, Inilah Jadinya


Bukan kes sekali dua .... banyak kali dah. Selalunya saya akan cuba juga untuk komen walaupun kena masukkan word verification yang kecil bangat tu. Dah la rabun .. jari jemari ni suka pula sasul. Lagi-lagi kalau saya guna iPad mini dari Weecklicks ... jari jemari saya selalu sahaja salah tekan. Belum lagi daripada telefon pintar bajet saya tu ... memang tak dapatlah.

Maka, kalau mahu pengunjung blog berikan komen entri anda, jangan sukarkan mereka. Berikan segala kemudahan, pastikan blog anda mesra pengunjung dan bukan menyusahkan pengunjung. Kalau dah susah nak buat itu ini dalam blog anda, esok lusa .. mereka tak akan datang dah.

Walaupun tadi saya kata ... saya akan frust dan terus pangkah - ia sebenarnya tak selalu berlaku. Sebaliknya, dengan sedikit sendal kesabaran yang telah diberikan oleh ibubapa saya, alhamdulillah ... saya dapat juga tinggalkan komen, paling tidak pun dalam 5 patah perkataan.....

*p.s: Saya jarang komen kalau saya tak ada benda nak komen, lebih2 lagi kalau entri tu saya tak faham pangkal dan hujung. Baca ada masa lebih baik dari mengomen .. sbb baca susah nak dapat dosa, manakala tulis ini boleh tersasul bahasa.


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. heheh..
    sy pn xpasti kenapa masih ada blogger letak word verify nie.
    kadang mmg sakit hati bila salah.

    BalasPadam
  2. blog gua tak pakai word verimenyusahkan ni..hu4

    BalasPadam
  3. salam.... sy ni dah la jarang2 mengomen tambah ada word verify lagi la sy malas nak mengomen... heheee

    BalasPadam
  4. kadang-kadang bila sekali dah fail..confirm terus pangkah..harap2 blogger2 tak menggunakan words verify tu..kan mudah orang lain nak komen...tapi terpulang kepada mereka...

    BalasPadam
  5. yup. betul tu bang HH. kadang2 sy yang muda ni pun tsalah taip kat word verification tuh. hehe

    BalasPadam
  6. saya sejak azali blog saya lahir x pakai verfy2 tu....sbb sy amat ssh mcm bro HH jga utk komen jka ada mende alah ni....jd sbb x suka maka sy x taruk la mende alah tu kt blog saya

    BalasPadam
  7. Actually kita pernah kena tegur pasal verification ni masa mula-mula berblog. Sebenarnya bukan sengaja nak letak tapi tak perasan pun kena verify sebelum komen..tapi Alhamdulillah sekarang dah ok..rasanya pada yang baru buat Blog mungkin mereka ada masalah yang sama..tak perasanlah tu..tapi kita pun memang malas sikit nak komen kalau ada words tu..

    BalasPadam
  8. mungkin juga sudah sampai masa untuk dapatkan cermin mata baru kot...:)

    BalasPadam
  9. word verify nie kadang-kadang menyusahkan, nak komen tapi tersekat.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement