Ramai blogger Malaysia anggap program buat duit Adsense adalah untuk blog-blog berbahasa Inggeris. Saya sangkal sebabnya saya sendiri ada beberapa blog dalam bahasa Malaysia tetapi diletakkan iklan Adsense. Tak percaya? Ok, saya tunjukkan bukti pada anda.

Saya akan bagi dua contoh blog saya berbahasa Melayu tetapi pasang iklan Adsense. Ada lagi tetapi cukuplah dua ini sebagai bukti kepada anda yang mungkin tertanya adsense hanya untuk blog bahasa Inggeris.

Saya dah terbitkan entri-entri berkaitan Adsense termasuklah cara nak buka akaun, cara nak tempatkan iklan Adsense dalam blog termasuklah blog berbahasa Malaysia.

Petua Iklan Adsense Dalam Blog Bahasa Melayu

Oklah, trick mudah untuk sesiapa yang berminat nak letak iklan Adsense, buat satu blog bahasa Inggeris, terbitkan dalam 10 entri ... kemudian cubalah pohon akaun Adsense di sini - Borang Permohonan Google Adsense

Ada cara lain, anda boleh cuba Google kalau anda malas nak buat blog bahasa inggeris.

Contoh Blog Bahasa Melayu Iklan Adsense

Berikut beberapa blog sebagai contoh (blog saya nih) yang papar iklan Adsense. Harap nampak jelas dan keluarkan tafsiran bahawa blog bahasa inggeris sahaja boleh bikin duit dengan Adsense.
blog berbahasa melayu dengan iklan adsense

blog berbahasa melayu dengan iklan adsense
 

Ini pula iklan Adsense dalam blog Wordpress saya, yang juga letakkan iklan Nuffnang yang berstatus Glitterati. Amacam? Tak percaya lagi? Baca topik mengenai Adsense di sini: Panduan OHBlogger Blogspot Mengenai Adsense.
blog berbahasa melayu dengan iklan adsense



Ini pula contoh dari blog-blog lain yang berbahasa Malaysia tetapi letak iklan Adsense:

Jika ada kata tak boleh tu adalah disebabkan cara mereka memohon itu tidak ikut para blogger lain dah bagitahu.

Mungkin anda tak nak ikut apa yang saya tulis mengenai Adsense, ok tak mengapa, ini ada panduan daripada blogger lain, yang juga rakan blogger terbaik .... baca sini - Tips Mohon Akaun Google Adsense untuk Blog Bahasa Melayu

Jadi, macamana? Siapa kata blog bahasa Melayu tak boleh letak iklan Adsense?

Jika benar-benar mahu buat duit dengan Adsense - Dapatkan ebook ini - Buat Duit Dengan Google Adsense



14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang boleh sangat. asal takde keyword haram sudah laa. :)

    BalasPadam
  2. Tula pasal, saya kena banned sebb perkataan love bites, langsung blog ni kena banned letak iklan adsense, masa dapat sekejap hari tu .. perghh memang lebatlah ..

    BalasPadam
  3. okey..dh faham bro....nmpaknya kena wat blog ada niche untuk letak adsense ni kan..

    BalasPadam
  4. banyak blog abe...hehe...masyuk...

    BalasPadam
  5. Saya dah cuba. Mmg boleh. Tapi adsense ni pilih bulu sikit kalau blog ada domain n hosting sendiri, jarang keluar iklan. Kalau blogspot selalu je keluar iklan.

    BalasPadam
  6. dh tahu sejak 2006 lagi..hehe..blog trafik tinggi kalau dalam BM..memang masyuk..kalau setakat 100-200 uv je sehari..payah..CPC pun rendah je sebab geolocation kita,advertiser kurang berminat, sebab banyak fraud klik...mungkin sebab blog yg ditunjukkan berkenaan impression amat tinggi..so memang lumayan..

    saya ada blog travel dulu..BI..UV sehari dalam 100-200 je..tapi CPC boleh capai dalam USD5 satu klik bagi sesetengah keywords..:D ye blog BM memang boleh..tapi iklan yang keluar biasanya murah je..nak tak nak memang kena tingkatkan UV..main cost impression je la gitu..lain la kalau ada advertiser Malaysia yang paying keywords yang tinggi untuk market Malaysia sampai USD2-USD10 satu klik...em..ada ke advertiser gitu kat Malaysia? kebanyakannya kedekut...kan? :P

    BalasPadam
  7. Mmg jelas.. T kasih atas perkongsian ini ye :)

    BalasPadam
  8. menarik...saya belum try lagi...lepas ini kena grab it.......

    BalasPadam
  9. Try error je. Aku nk masuk kat situ tak lepas lg... waaaaa

    BalasPadam
  10. Dulu dah apply untuk blog kedua (berbahasa Inggeris). tapi ditolak.
    Sekarang, baru teringin nak apply untuk blog pertama. Tapi tak pandai cara-caranya sebab langsung tak sama macam MuazFaris ajar. Nak kena cari tok guru lagi ni.

    BalasPadam
  11. Blog BM kureng sikit ler..sebab pengiklan di malaysia adalah syarikat yg sama spt bank2,zalora,use car,home stay dan beberapa lagi syarikat.harga per klik iklan dan impression amat murah.ada yg serendah 1 sen jer satu klik...ahahhaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement