Salam hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56! Ramai blogger yang lahir kini adalah golongan blogger yang sangat beruntung. Saya pasti ramai blogger tidak pernah merasa keperitan dan kesusahan di zaman sebelum merdeka (kalau ada memang magik la). Malah, saya juga cukup pasti, ramai blogger yang ada sekarang tidak merasa suasana ketika negara masih berada dalam ancaman pengganas komunis.

Untung Ramai Blogger Sudah Kecap Nikmat Sebuah Kemerdekaan

Anda semua sangat beruntung, memang beruntung sangat, kerana kebanyakkan dari anda lahir dan terus mengecap nikmat sebuah negara yang membangun, yang sudah jauh dari cengkaman fizikal penjajahan.

Sebagai seorang anak yang dikelilingi oleh mereka yang pernah berkhidmat dengan pasukan keselamatan negara, maka pengertian Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpah Darahku memberikan satu makna tersendiri. Mana taknya, arwah tok wan seorang polis (berseluar pendek dengan songkok), arwah abah pula seorang askar, begitu juga dengan beberapa bapa dan ibu saudara saya yang lain - samada askar atau polis.
Merdeka Malaysia 56 Tahun
Merdeka Malaysia 56 Tahun

Dikelilingi oleh mereka yang ada pengalaman tersendiri ini, secara tidak langsung .. ada kisah dan cerita mereka yang menjadi iktibar kepada diri. Ia membuatkankan saya ada penilaian sendiri mengenai kedaulatan negara dan Malaysia dari sudut sebuah negara Merdeka.

Mereka telah mencorakkan pemikiran saya mengenai kemerdekaan dan erti daulat sebuah negara.

Erti Merdeka 56 Tahun Blogger Malaysia

Sebagai seorang penulis blog, kita patut dan perlu menjadi seorang yang merdeka. Merdeka dari segi menyampaikan sesuatu kebenaran dan kebaikan. Ada ramai yang masih lagi dikongkong dengan rentak dan persembahan blogger lain, dan ada di kalangannya itu terikut apa yang dipersembahkan oleh blogger yang jauh dari peradaban kita sebagai sebuah bangsa Malaysia yang merdeka.

Ramai blogger yang masih lagi bergantungan dengan perkara-perkara dan sumber luaran. Seolah corak pemikiran dan persembahan blog terikat dan tidak boleh lepas. Merdekakah?
Sambutan kemerdekaan di bandar hilir Melaka

Termasuklah diri saya, ada waktu menulis entri sehingga terlupa bahawa ini bukanlah peribadi kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang merdeka. Kita terlalu mengikut kata orang lain, dijajah minda dan pemikiran mengenai sesuatu perkara sampai tak boleh nak bandingkan antara sebuah kebenaran dengan sandiwara.

Masih ada terikut cara orang luar dulunya pernah menjadi bangsa penjajah yang telah mengambil kesempatan ke atas datuk nenek kita. Lebih 400 tahun dijajah, bukan satu masa yang singkat!

Tanggungjawab Seorang Blogger Malaysia Merdeka

Kita sebagai blogger punyai tanggungjawab bagi memastikan negara kita selamat dan aman, kekal berdaulat. Untuk itu, janganlah sesekali mendedahkan negara kita dari ancaman, baik dalam bentuk fizikal dan minda.

Penting seorang blogger Malaysia merdeka lakukan perkara ini:
  • Tingkatkan patriotisma terhadap negara
  • Elakkan bocor rahsia negara menerusi penulisan entri yang membahayakan.
  • Elak mengaibkan para pemimpin negara yang perjuangkan rakyat kerana jika ia berlaku, orang luar akan ambil kesempatan.
  • Bertindak mengikut lunas undang-undang dan bukan semborono sehingga negara jadi kucar-kacir.
  • Sentiasa menulis entri yang berfakta dan tidak bersumberkan perkara yang kita tidak pasti.
  • Tampilkan penulisan era Malaysia merdeka di mana lebih neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana.
  • Sentiasa memastikan aura positif disebarkan mengenai negara kita dalam penulisan dalam entri blog - #saySomethingNice 
  • Elakkan mengagungkan sesuatu yang bukan dari adab budaya dan agama kita.
  • Tulis sesuatu atas pendapat, pemikiran dan kisah sebenar anda; jauhi entri emosi keterlaluan, lebihkan fikir dalam setiap terbitan entri anda.
  • Jadikan agama sebagai tunjang kukuh bagi anda menghasilkan dan menerbitkan sebuah entri serta blog yang jauh dari pemikiran yang merosakkan.
Pengisytiharan Kemerdekaan Malaya 1957

In Sha Allah, blogger Malaysia akan menjadi sumber dunia blog untuk dicontohi. Kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada jumlah senjata dan anggota keselamatan, tetapi juga betapa tajamnya mata pena (penulisan) rakyatnya yang boleh disalurkan menerusi blog!

Kredit Foto: Arkib Negara

*p.s: Lihat bagaimana askar Melayu kita dulu pakai seluar pendek dan bersongkok, kini tidak lagi. Kita sudah semakin merdeka dengan cara kita sendiri.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement