As-Salam. Jenuh saya nak reka tajuk, fikir-fikir inilah tajuk yang sesuai untuk menyatakan mengenai How to test responsive web design in various resolutions atau dalam bahasa yang anda mungkin faham bagaimana nak tahu atau uji rekabentuk laman web atau blog kita ini dalam pelbagai resolusi. Almaklumlah, dunia dah makin moden, banyak gajet, peralatan elektronik canggih sudah pun berada di tangan pengguna, dan antara ciri utama gajet ini ialah dapat melayari internet.

Maka, arakian kehebatan gajet dan munculnya pelbagai gajet inilah menjadikan satu cabaran bagi blogger untuk menghasilkan sebuah rekabentuk blog yang responsif iaitu mudah dan senang serta tidak lari rekabentuknya dalam apa jua resolusi.

Jangan Hanya Elok di Mata Sendiri

Dan paling penting ialah ... memastikan blog anda dapat dipaparkan dengan baik dalam skrin komputer orang lain, dalam apa jua resolusi pixels, saiz skrin, jenis dan jenama. Jangan cantik di mata sendiri tetapi di komputer atau laptop orang lain, blog anda sudah jadi tunggang terbalik.

Mengapa resolusi (resolution)? Ini adalah kerana saiz setiap skrin dan kebolehan paparan oleh gajet-gajet ini adalah terbatas. Jadi sangat perlu memastikan bahawa blog anda boleh diakses dengan mudah, selain memastikan rekabentuk blog anda tidak jadi kucar-kacir bila dilihat menerusi gajet-gajet mahupun pelbagai peranti terkini.

Uji Rekabentuk Blog Dalam Pelbagai Peranti

Cara paling mudah ialah dengan menjalankan ujian responsif (responsive test) pada blog anda. Saya tunjukkan contoh blog ini dipaparkan melalui beberapa peranti mudah alih.

OhBlogger Paparan iPad dan iPhone

Blog dipaparkan dalam iPad
Bentuk blog dalam iPhone


Blog Dalam Paparan Telefon Pintar Android

Blog dipaparkan dalam telefon androidBlog dipaparkan dalam telefon android

Blog Paparan Skrin SVGA


Cara Mudah Uji Rekabentuk Responsif Blog

Cara paling mudah untuk anda uji tanpa perlu anda beli mahupun pinjam kat sapa-sapa gajet-gajet canggih ini ialah dengan pergi ke laman web ini - Responsive Test. Hanya masukkan sahaja url atau alamat blog anda, dan walla ... dah tersedia untuk anda lihat. Terdapat 8 pilihan pembolehubah yang boleh anda guna-pakai - samada komputer, laptop, telefon android, iPhone dan juga iPad.

Yang menariknya, anda boleh terus 'guna' atau uji segala bagai pautan, tulis komen, dalam 'peranti' yang dipaparkan.

Cubalah uji sekarang di Responsive Test. Main klik-klik je cam di bawah ni.
Cara Uji rekabetuk blog dalam pelbagai peranti dan gajet
Ok. Selamat mencuba dan lihat blog anda dalam pelbagai peranti canggih....:)



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. waktu sy intern dlu, perkara ni sangat penting dan harus di titiberatkan.. lagi memeningkan bila ada user internet explorer...some settings,mungkin ada probs in IE.. macam2 hal

    BalasPadam
  2. nak jugak mencubanya...mana tau kot orang tak boleh tengok blog saya di pelbagai peranti..

    BalasPadam
  3. Awal tahun saya ada pergi seminar yang dianjurkan oleh Armanz. Menurut mereka theme WordPress kebanyakkan sudah responsive. Bermaksud kandungann blog boleh disesuaikan mengikut skrin peranti. Kebanyakkan aplikasi CMS mula membangunkan theme mereka responsive kerana jumlah pengguna akses mengunakan peranti meningkat kerana portabliti. Ia tidak boleh dipandang remeh.

    BalasPadam
  4. responsive adalah trend baru untuk melayari internet..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement